Wednesday, 23 May 2012
"Tiada orang ketiga" AIDA YUSOF
"Ia bukan berpunca kerana kehadiran orang ketiga," demikianlah respon Aida Yusof, isteri kepada pelakon Adi Putra ketika ditanya mengenai punca kemelut rumah tangga yang melanda mereka.
Aida yang ditemu pada satu sidang media khas mengenai isu penceraian rumah tangga mereka di Hotel Park Royal malam semalam menjelaskan, kemelut yang selama ini melanda rumah tangga mereka sejak April 2006 langsung tiada kena mengena dengan orang ketiga.
Malah menurutnya lagi, dia dan suaminya telah berbincang dan tidak menyalahkan mana-mana pihak.
Sambil menyifatkan keajaiban yang wujud dalam rumah tangga mereka ini sebagai sesuatu yang berharga, Aida juga menjelaskan bahawa keputusan mereka membawa masalah rumah tangga mereka ke mahkamah hanya untuk memfailkan sahaja dan tidak wujud penceraian. Dan dirinya juga terkejut bagaimana orang di luar sana sudah mengatakan mereka sudah bercerai walhal mereka masih bersama, cuma memerlukan sedikit waktu untuk berbincang dan menyelesaikan kemelut yang dihadapi.
Dalam pada itu, Aida turut menambah permasalahan yang dilalui mereka bukan juga disebabkan ketiadaan cahayamata yang menyerikan rumah tangga mereka.
"Ada yang kata perkara ini berlaku sebab ketiadaan zuriat. Persoalan itu tidak timbul. Kalau tiada zuriat, kami masih boleh mengambil anak angkat. Semuanya kerana masalah ketidaksefahaman dan hanya kami berdua saja yang tahu," ujar Aida yang sebelum ini merupakan isteri kepada Zul Handy Black.
Aida turut menyifatkan segala yang berlaku bukan satu kesilapan, tetapi satu pengajaran buat dia dan suami dalam mengukuhkan lagi hubungan suami isteri.
"Hidup perlu diteruskan, selepas ini kami akan menjalani rutin harian seperti biasa, laksanakan tanggungjawab masing-masing seperti biasa," ujar Aida tersenyum.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment