Wednesday, 23 May 2012
AARON AZIZ bersedia untuk di periksa
Selepas kejayaannya di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011, kehidupan Aaron Aziz dilihat semakin murah rezeki dan tidak kurang juga, dilanda kontroversi.
Apabila Zed Zaidi mendakwa industri lakonan terutamanya telah dimonopoli oleh pelakon bukan dari Malaysia, sekaligus meminta aktor "Ombak Rindu" ini menunjukkan permit kerjanya, Aaron mengambil langkah berdiam diri dan enggan ambil peduli tentang hal tersebut.
Ini kerana dia sedang sibuk dengan penggambaran drama "Adam Dan Hawa" serta kini berada di tanah suci Mekah bersama keluarganya untuk mengerjakan umrah.
"Saya tidak tahu bagaimana isu ini boleh timbul. Saya hanya tahu tentang perkara ini selepas rakan-rakan saya memberitahu.
"Jadi biarkan sahaja sekiranya dia ingin menghantar FINAS atau mana-mana badan kerajaan untuk membuat pemeriksaan. Saya akan sentiasa berada di sini.
"Zaidi tidak sedar bahawa 'cabaran'nya itu menghina badan kerajaan seolah-olah mereka tidak melakukan tugas mereka dengan elok," ujar aktor kelahiran Singapura ini ketika ditemui baru-baru ini.
Dalam perkembangan lain, Aaron baru sahaja diangkat sebagai jurucakap atau duta kepada makanan ringan jenama Yourgurt walaupun pada mulanya kurang menggemari yogurt.
"Saya tidak suka makan yogurt sebenarnya. Ianya masam. Namun selepas saya berkesempatan merasanya selepas pihak Yourgurt menghubungi saya, ia adalah satu peluang yang baik."
Tambahnya lagi, "Apa yang penting adalah isteri saya menggemari yogurt dan makanan ini adalah bagus untuk anak-anak saya."
Selain daripada "Adam Dan Hawa", Aaron bakal muncul dengan filem "KL Gangster 2", "Dampak" dan juga "Cicakman 3". Malah Aaron juga telah ditawarkan menjadi pengacara program televisyen "Fear Factor Asia".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment