Thursday, 10 May 2012
LUFYA tamatkan pergaduhan dengan ZARINA
Bekas peserta rancangan realiti televisyen Akademi Fantasia musim ke-6 (AF6), Lufya memberitahu mahu menamatkan "perang mulut" diantaranya dengan Zarina Anjoulie yang kecoh sebentar apabila ramai pihak tersalah anggap setelah dikatakan mereka mempunyai persamaan muka.
"Saya di sini ingin menjernihkan apa yang keruh. Saya tidak mahu memberi sebarang kenyataan lagi mengenai kes ini kerana merasakan sudah berakhir dan tidak perlu dipanjangkan lagi ceritanya."
"Jika dia(Zarina) ingin memberi sebarang kenyataan buruk mengenai saya, silakan. Saya tidak mahu bergaduh lagi."
Ujar Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah binti Sheikh Omar ini, Zarina seperti mahu memanjang-manjangkan cerita. Apa yang didengarinya diambil dari sudut negatif.
"Saya tiada apa lagi yang ingin dijelaskan di sini, jika dia nak teruskan dengan perbalahan ini terserah. Saya pelik, apa yang saya cakap dia ambil dari sudut negatif, sebelum ini pun kebanyakkan kenyataan yang saya berikan bukan tujukan untuk dia pun, dia yang terasa lebih." Ujar Lufya yang ditemui baru-baru ini.
Gadis yang berusia 27 tahun ini turut berkongsi rahsia dengan memberitahu bahawa dia kini sudah mempunyai teman istimewa cuma masih belum berfikir untuk menamatkan zaman bujang.
"Saya sudah mengenali si dia lebih kurang setahun, buat masa ini kami masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Untuk masa yang terdekat ini, saya masih belum berfikir untuk menamatkan zaman bujang kerana mahu fokus dengan karier seni dahulu."
Dalam perkembangan lain, Lufya yang terkenal dengan video klip lagu "Diam" ini bakal tampil dengan sebuah lagi video klip terbaru yang akan muncul tidak lama lagi. Di harap dengan kemunculan lagu dan video klip terbaru ini akan mendapat sokongan dari peminat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment