Thursday, 22 December 2011

YUNI SHARA & RAFFI AHMAD KEMBALI BERPACARAN



Sebelum ini, hubungan antara Yuni Shara dan Raffi Ahmad pernah dilanda masalah sehinggakan keduanya membuat keputusan untuk berpisah. Namun ketika mengendalikan sebuah rancangan "Cerita Cinta" di Jakarta, keduanya dipertemukan dan kelihatan mesra diantara satu sama lain. Adakah cinta berputik kembali?
Dipetik dari Detikhot.com, pasangan tersebut tidak mengiyakan atau membantah apabila ditanya oleh para media adakah mereka kembali bersama.

"Buat masa sekarang ini, kami hanya menjalani kehidupan seperti biasa dan meneruskan perhubungan ini tanpa dipaksa oleh sesiapa pun. Sekiranya di masa hadapan perhubungan ini baik, saya bersyukur," ujar Yuni.
Sementara itu, Raffi mengakui bahawa kedua-duanya megalami masalah sebelum ini, namun dia tetap berkomunikasi dengan Yuni.

Raffi juga mengakui bahawa ketika mengendalikan rancangan tersebut bersama Yuni, adalah merupakan kali pertama mereka bertemu setelah lama tidak bertemu. Raffi yang tidak dapat menyembunyikan perasaannya apabila harus berdepan dengan Yuni ketika mengacarakan rancangan "Cerita Cinta".

No comments:

Post a Comment