Monday, 26 December 2011

Pindah selepas 10 tahun tinggal di hotel


Datuk Ramli Mohamed Salleh atau Ramli MS, menafikan sekeras-kerasnya bahawa perpindahannya ke rumah baru kerana bakal menamatkan zaman dudanya dalam masa terdekat ini.

"Banyak perkara yang perlu diuruskan dulu seperti anak-anak, kerjaya dan urusan pembelian rumah baru. Jadi saya tak terfikir pun untuk berkahwin dalam buat masa ini. Tapi semestinya saya mahu kahwin satu hari nanti," ujarnya.

Pengarah muzik terkenal ini akhirnya membuat keputusan untuk berpindah ke rumah baru yang dibelinya awal tahun depan setelah menetap selama 10 tahun di sebuah hotel di Petaling Jaya.

Dipetik dari Mstar, Ramli MS berkata, sudah sampai masanya untuk dia memikirkan masa depan dengan memiliki sebuah rumah yang selesa agar dapat tinggal bersama ibunya yang masih lagi menetap di Singapura. Ramli MS juga mengatakan bahawa dia akan membawa ibunya untuk berpindah sekitar bulan Januari atau Februari akan datang.

Tambah Ramli MS, antara sebab beliau tinggal di hotel selama ini adalah kerana kemudahan dan keselamatan yang disediakan oleh pihak hotel. Oleh itu, dia tidak perlu memikirkan tentang masalah rumah bersepah.
Ramli MS juga turut memberitahu dia akan mengubahsuai salah satu bilik di rumah barunya itu untuk dijadikan sebuah studio mini bagi memudahkan dirinya untuk menghabiskan kerja-kerja seninnya.

No comments:

Post a Comment