Thursday, 15 December 2011

Larang filem kisah AMY WINEHOUSE


Kisah tragik kehidupan penyanyi Amy Winehouse tidak akan sesekali dibawa ke layar perak. Begitulah tegasnya kata ayah kepada penyanyi "Back To Black", Mitch Winehouse.

Dipetik daripada Daily Mail, ada khabar angin mengatakan bahawa bekas teman lelaki Amy, Reg Traviss telah ditawar untuk menerbitkan filem biografi yang mengisahkan kehidupan penyanyi yang mempunyai masalah dengan alkohol dan dadah ini.

Walaubagaimanapun Mitch yang memegang hak cipta music Amy dan perlu memberi kelulusan jika lagunya ingin digunakan memberitahu, "Agak sukar untuk menghasilkan filem biografi tanpa memasukkan muzik, dan kami tidak akan membenarkan lagu-lagunya digunakan."

Mitch yang juga seorang pemandu teksi sebelum ini memberitahu dia bercadang untuk menulis buku autobiografi Amy dan keuntungan yang diterima daripada syarikat penerbitan akan diberikan kepada pertubuhan amal di bawah nama anaknya itu.

The Amy Winehouse Foundation telah dilancarkan pada November lalu untuk membantu remaja yang memerlukan bantuan dari segi pemulihan, penyalahgunaan dadah atau alkohol, kurang upaya dan juga masalah kesihatan.

Amy yang sepatutnya meraikan hari jadinya ke-28 pada 14 September lalu ditemui mati di kediamannya pada 23 Julai 2011 akibat keracunan alkohol. Album terbaru dan terakhirnya, "Lioness: Hidden Treasures" sudah berada di pasaran seluruh dunia.

No comments:

Post a Comment