Satu lagi filem diadaptasi dari novel sedang dalam pembikinan. Situasi ini membuktikan filem bercorak sebegini sememangnya mempunyai pengikutnya. Antara filem yang telah diadaptasi dan berjaya meraih keuntungan adalah "Lagenda Budak Setan" dan yang terbaru, "Ombak Rindu" dimana kedua-duanya diterbitkan oleh Astro Shaw Sdn. Bhd.
Tidak mahu dianggap tidak mengikut citarasa penonton, Grand Brilliance Sdn Bhd yang bernaung di bawah jenama Primeworks Studios turut mengatur strategi menghasilkan produk terbaru yang mementingkan kualiti dan jalan cerita yang bagus.
Yang terbaru, produksi ini muncul dengan filem "Pecah", adaptasi karya Nizam Bakeri yang menampilkan kelainan dari segi genre, iaitu mengenengahkan genre 'thriller'. Pergambaran telah bermula sejak 22 Disember lalu di sekitar Lembah Klang.
Teraju utama bagi filem ini dilihat mengambil risiko yang agak besar dimana menampilkan aktor dan aktress yang tidak berapa dikenali atau pun lebih tepat tidak setanding Fasha Sandha, hatta, Aaron Aziz. Ditanya tentang pemilihan pelakon Shah Hassan selaku produser bahagian porduksi filem berkata, mereka telah pun melakukan perbincangan sebelum sebulat suara memilih mereka sebagai gandingan utama. Ini dilihat dari segi aspek dan kredibiliti Tony Eusoff dan Izreen Azminda mereka sememangnya layak dan sesuai untuk gandingan bersama.
Filem ini mengisahkan tentang Tony yang memegang watak sebagai, Herman, seorang peguam yang membalas dendam terhadap lelaki yang menjalinkan hubugan sulit bersama isterinya yang dilakonkan oleh Izreen.
No comments:
Post a Comment