Thursday, 22 December 2011

MASALAH DISPLIN PUNCA JUE DI SINGKIRKAN


Pelakon, Zuliana Abd Aziz atau lebih dikenali sebagai Jue Aziz, yang dipilih memegang watak sebagai Dara dalam pementasan teater "Semerah Padi" yang akan dipentaskan pada 24 Disember ini, telah disingkirkan oleh pihak produksi akibat masalah disiplin.

Dipetik dari Mstar, penerbit produksi, Megat Noor Salleh Ghani @ Keno, nyata kecewa dengan sikap Jue yang mengakibatkan keseluruhan produksi terjejas.
"Kami terpaksa menggunakan khidmat pelakon lain bagi menggantikan Jue. Nasib baiklah kami telah bersedia dengan pelakon gantian kerana bimbang berlaku masalah pada saat-saat akhir. Rupa-rupanya memang benar berlaku.

"Jue tidak datang latihan sejak Jumaat lalu dan pihak kami gagal menghubunginya, namun dia ada menghantar pesanan bahawa dia ada masalah kesihatan," katanya
Penguguran Jue Aziz dikatakan bakal diganti oleh pelakon Arbaiah Ahmad Nadzri ataupun Abby Nadzri.
Tambah Keno lagi, Jue kurang memberi tumpuan sepenuhnya ketika sesi latihan yang mula dijalankan sejak 13 November lalu.

"Pementasan teater bukan seperti penggambaran filem atau drama yang boleh ditangguhkan atau menunggu pelakon.
"Teater perlu ada komitmen, usaha dan disiplin yang tinggi. Latihan adalah paling penting dan tidak boleh dipandang remeh atau sambil lewa," katanya dengan nada kesal.
Ketika ditanya adakah pihak produksi mahu mengambil tindakkan undang-undang terhadap pelakon berusia 28 tahun itu, Keno memberitahu bahawa mereka tidak ada membuat apa-apa perbincangan setakat ini.
"Kami mempunyai kontrak dan boleh ambil tindakan terhadapnya kerana melanggar perjanjian."
"Bagi saya dia sendiri telah menjatuhkan reputasi dia dalam industri ini dan secara jujur, ini mungkin kali yang pertama dan terakhir untuk bekerjasama dengan Jue," katanya.

Pada masa sama, Keno turut menjelaskan pembatalan dua hari pementasan teater pada 22 dan 23 Disember ini bukanlah akibat dari masalah disiplin Jue, tetapi persediaan keseluruhan produksi masih tidak lengkap dari segi teknikal.

Teater arahan Rosdeen Suboh ini akan turut dibintangi oleh Khir Rahman, Datuk Baharuddin Omar, Azizah Mahzan, Fauzi Nawawi, Fazlina Datuk Ahmad Daud dan Baby Erin.
Teater "Semerah Padi" akan mula dipentaskan pada 24 hingga 31 Disember di Panggung Sari, Istana Budaya.

No comments:

Post a Comment