Tuesday, 20 December 2011

"masih berbekas di hati saya" Zul Ariffin



Tiga tahun menyulam cinta dan kasih sayang bersama pelakon, Abby Abadi, namun bintang siri "Gerak Khas" , Zulkifli Ariffin atau lebih mesra dengan nama Zul Ariffin, terpaksa akur dengan ketentuan takdir apabila akhirnya berpisah tanpa sebab yang kukuh.

Zul memberitahu walaupun sudah berpisah, ia tidak menghalangnya dari terus berhubung dengan bekas kekasihnya itu. Dan Zul memberitahu bahawa dia masih mengambil tahu mengenai perkembangan diri Abby dan tiga anaknya melalui laman sosial Facebook milik Abby.

Pelakon bertubuh sasa ini turut memberitahu bahawa dia dan Abby masih baik dan dia menghormati Abby sebagai seorang kawan. Zul juga menggambarkan bekas kekasihnya itu sebagai the best person yang pernah mucul dalam hidupnya selain dari keluargannya.

"Hubungan saya dengan Abby masih baik. Kadang-kadang kami saling bertanya khabar melalui panggilan telefon atau pun berbalas SMS. Hubungan kami dah habis, tapi perasaan sayang kepadanya itu masih ada. Kerana percintaan kami bukan terbina selama tiga hari, tetapi tiga tahun lamanya."
"Sudah tentu ia masih berbekas di hati saya. Apatahlagi biasanya kalau kita kenal rapat dengan seseorang itu, 5% tentang dirinya pasti ada pada diri kita", katanya

Sementara itu, ketika ditanya adakah dia akan kembali menjalinkan hubungan dengan bekas penyanyi kumpulan Elite itu, pemuda berusia 25 tahun ini dengan ringkas menjawab, 'mungkin'.
"Jodoh dan maut di tangan Tuhan. Jadi sama ada kami akan bersama semula atau tidak, tunggu dan lihat pada takdir Ilahi. Mungkin ya atau tidak kita tidak tahu apa yang berlaku masa depan."
"Malah sehingga ke hari ini, jika orang masih kaitkan saya dengannya, saya langsung tidak ada masalah kerana kami masih berkawan dan berhubung bertanya khabar," katanya ketika ditemui pada pelancaran filem "Penanggal".

Zul dan Abby dilaporkan berpisah pada Oktober lalu, selepas Abby menyatakan sendiri di laman blognya peribadinya.

No comments:

Post a Comment