Wednesday, 25 January 2012

SPICE GIRLS KEMBALI ?


Kumpulan wanita popular tahun 1990-an, Spice Girls dilaporkan bakal bersatu semula untuk sebuah konsert yang dijadualkan berlangsung ketika sukan Olimpik di London pada musim panas akan datang.

Spice Girls yang dianggotai oleh Mel B, Emma Bunton, Gerri Halliwell, Victoria Beckham dan Mel C sedang bekerjasama dalam menghasilkan lagu untuk muzikal berdasarkan kumpulan mereka dan sekaligus ia membuatkan mereka ingin bergandingan semula
untuk acara besar-besaran tersebut.

Sebelum ini Mel B memberitahu Star Magazine, "Saya tidak akan sesekali mengatakan 'tidak'. Saya rasa ia mungkin akan berlaku. Saya ingin sekali kami bersama semula dan ikuti siri jelajah."
Manakala Halliwell juga pernah menyatakan rasa ingin membuat persembahan ketika sukan Olimpik di negara kelahirannya.

"Menyanyi di acara tersebut adalah satu idea dan peluang yang hebat. Inilah masa yang sesuai buat kami untuk membuktikan bahawa muzik British pernah menguasai dan mendominasi dunia," ujar Halliwell kepada The Daily Mirror.

Kali terakhir Spice Girls bersatu mengadakan siri jelajah adalah pada tahun 2008.

No comments:

Post a Comment