Aktres baru yang kian meningkat namanya, Natasha Sheila Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Tasha Shilla menafikan dakwaan pihak yang mengatakannya dirinya melakukan aksi ghairah ketika meraikan sambutan hari lahirnya yang ke-25 baru-baru ini.
Tasha, 25, dikatakan menari tiang di sebuah kelab malam ketika sambutan hari lahirnya yang diadakan di sebuah kelab malam, Rootz di ibu kota bersama rakan-rakannya.
"Saya masih waras dan tidak pernah melakukan aksi sedemikian ketika meraikan sambutan hari lahir di kelab malam, Rabu lalu.
"Saya bukanlah seorang yang bodoh untuk melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan periuk nasi saya kerana sedar setiap perkara ada batasannya. Tuduhan dilemparkan terhadap saya terlalu melulu dan tidak berasas," jelas Tasha kepada akhbar Harian Metro.
Walaubagaimanapun aktres "Klip 3GP" mengakui dia gemar meluangkan masa di kelab malam bersama rakan-rakan untuk menghilangkan tekanan selepas selesai penggambaran. Namun dia tahu menjaga kelakuannya dan berpegang kepada prinsip hidup kerana sedar dirinya dikenali peminat.
Sementara itu, Tasha kini sedang sibuk dengan penggambaran drama terbarunya berjudul "Atas Nama Cinta".
No comments:
Post a Comment