Wednesday, 18 January 2012

EJA tiada facebook @ twitter

Aktres "Durja Ningsun", Eja atau nama sebenarnya Siti Shahrizah Saifuddin mengakui apa yang dilabelkan terhadapnya iaitu seorang yang konservatif adalah benar.
Ini kerana beliau tidak melayan laman sosial seperti Facebook dan Twitter dan menganggap ia bukanlah medium yang tepat untuk merapatkan silaturrahim bersama peminatnya.
Malah aktres berusia 39 tahun ini turut berasa gusar sekiranya privasi bersama keluarga akan hilang akibat terlalu taksub dengan peredaran teknologi masa kini.
Oleh itu, beliau lebih gemar menyampaikan penghargaan terima kasih buat peminat setianya dengan memberikan lakonan yang bermutu untuk tatapan mereka.
"Dengan cara tersebut, peminat akan lebih mengingati diri saya sebagai seorang pelakon dan lebih menghargainya," ujarnya kepada Berita Harian.
Mula mencipta nama melalui drama bersiri "Rahsia Demi Rahsia", Eja turut mengakui bahawa dirinya agak cerewet dan memilih watak yang ditawarkan.
"Memang benar kata orang bahawa saya berada dalam industri ini bukan untuk menjadi penghibur semata-mata dengan membintangi ratusan filem dan drama. Sebaliknya saya ingin menjadi seorang pelakon yang diingati dengan hasil kerja yang bermutu.
"Saya hanya membintangi beberapa buah drama sahaja sepanjang 15 tahun pembabitan saya dalam industri seni," kata Eja lagi.
Pada tahun lalu, Eja telah diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-24 dan Anugerah Skrin 2011 untuk wataknya dalam filem seram "Janin".

No comments:

Post a Comment