Thursday, 19 January 2012
ABBY ABADI di sihir?
Selepas dua kali membuat pemeriksaan kesihatan di hospital akibat mengalami sakit-sakit di badan, akhirnya pelakon dan penyanyi Abby Abadi mendakwa dirinya telah disihir oleh pihak yang cuba menutup periuk nasinya.
Dipetik daripada laman mStar, Abby memberitahu dia mula mengalami gangguan kesihatan yang teruk sejak November tahun lalu lagi ketika sedang sibuk dengan penggambaran drama dan rakaman single lagu barunya ciptaan Edry Abdul Halim berjudul "Aku Tak Mahu".
Kesakitan di perut yang membuatkannya tidak mampu berjalan, sukar tidur dan sering sakit pinggang telah memaksa Abby membuat pemeriksaan di hospital sebanyak dua kali, namun doktor mengesahkan dia tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.
"Selepas gagal mendapat sebarang jawapan di hospital, saya membuat keputusan untuk berubat secara tradisional pula dengan pelakon Ashraf Muslim. Semasa mendapatkan rawatan secara alternatif itu, saya diberitahu telah terkena buatan orang oleh mereka yang iri hati dengan saya.
"Saya tidak menyangka ada orang berniat jahat sedangkan saya sama sekali tidak pernah cuba menyakiti hati orang lain," ujar ibu tunggal beranak tiga ini.
Abby walaubagaimanapun bersyukur kerana penyakit misteri yang dialaminya itu beransur sembuh dan dia masih lagi meneruskan perubatan tradisional itu.
Tidak mahu menuding jari menuduh sesiapa kerana dirinya juga tidak tahu siapa yang memusuhinya sehingga tergamak melakukan perkara jahat sedemikian, Abby hanya mampu berdoa agar pihak yang menganiayanya akan mendapat balasan daripada Allah SWT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment