Tuesday, 17 January 2012

AZWAN & UMMI dulu bersama kini berlawan

kalau di imbas kembali sekitar tahun 1998 Azwan ali sering bersama adik nya iaitu ummi dalam turun naik mahkamah berkaitan berhubung dengan salah satu kes melibatkan bekas timbalan perdana menteri pada masa itu.

tapi sekarang ianya jadi sebaliknya apabila Ummi di khabarkan membuat laporan polis terhadap Azwan kerana ugutan si Azwan mahu kerat,bakar & bunuh adiknya sendiri.

Kata-kata berunsur ugutan itu di tulis oleh Azwan sendiri dalam laman sosia (twitter) miliknya dan mengajak pengikut twitter nya beramai melakukan nya.

Ummi berkata sebelum ini beliau sudah lama bersabar dengan sikap abangnya yang mencaci dengan memanggil pelbagai gelaran seperti "ahli neraka","perempuan jalang dan sebagainya.namun adik kandung Azwan ali ini akan menarik balik laporan nya sekiranya Azwan ali sedia membuat permohonan maaf secara terbuka di media.

Sumber mengatakan Azwan Ali akan mengadakan sidang media berhubung kes ini di Restoran Ar Rausha di Jalan Kampung Pandan pada 12.30 hari ini.di katakan pada sidang media ini si Azwan ali akan memohon maaf secara terbuka dan memberi tahu kepada media beliau sudah memutuskan hubungan dengan puak yang menghasutnya.

Entah lah apa lagi kontroversi yang akan timbulkan oleh artis yang di gelar sebagai artis propa ni,betul ke tidak ada orang yang menghasutnya...sama-sama lah kita fikirkan ye....

PETIKAN KOMEN UGUTAN & KRITIKAN TWITTER AZWAN ALI



No comments:

Post a Comment