Monday, 16 January 2012

pelakon filem "Hantu Jeruk Purut" meninggal dunia


Pengacara dan aktres kelahiran Jakarta, Indonesia, Valia Rahma telah meninggal dunia selepas sembilan hari koma akibat terbabit dalam satu kemalangan di Bali baru-baru ini.

Menurut Kapan Lagi, aktres filem "Hantu Jeruk Purut" menghembuskan nafas terakhirnya di Rumah Sakit Denpasar, Bali pada 13 Januari 2012 sekitar jam 5 petang waktu tempatan selepas mengalami kecederaan dan pendarahan teruk di otaknya.

Sahabat Valia, Faradila mengesahkan berita tersebut ketika dihubungi.
Jenazah Valia telah dikebumikan di tanah perkuburan Tanah Kusir, Jakarta Selatan pada 14 Januari 2012.
Valia yang sepatutnya memasuki usia 27 tahun pada 31 Januari ini memulakan kariernya sebagai seorang model diikuti dengan tawaran mengacara dan berlakon.

Menurut suaminya, Arya Suwastika, Valia pernah memberitahu keinginannya untuk mempunyai anak pada tahun ini.

No comments:

Post a Comment