Shila Amzah mula dikenali di saat usia masih kanak-kanak lagi dan kini dia kian meningkat dewasa dan jarang sekali dikaitkan dengan apa-apa kisah kontroversi.
Walaubagaimanapun anak kepada penyanyi N.D Lala ini tidak dapat melarikan diri daripada ditanya tentang teman lelaki dan hubungan cinta.
Hubungan rapat bersama pelakon "Bicara Hati", Sharnaaz Ahmad bukanlah satu kisah baru walaupun ramai yang mempersoalkan kemesraan tercipta di antara mereka. Namun ia telah dinafikan oleh Shila satu ketika dahulu kerana menganggap ia hanyalah perasaan sebagai teman biasa sahaja.
Namun kini gadis berusia 22 tahun sudah bersedia untuk bercerita tentang kisah cintanya. Menerusi petikan laporan Berita Harian, Shila berkata, "Saya akui Sharnaaz adalah teman istimewa daripada semua rakan lelaki saya yang lain. Sebelum ini kami memang baik, tetapi selepas penggambaran "Patah Seribu", kami menjadi lebih rapat daripada teman biasa."
Walaupun mendapat restu daripada kedua-dua belah pihak, Shila berkata Sharnaaz masih belum berkesempatan membawanya bertemu kedua orang tuanya yang berada di Pulau Pinang.
Shila juga berharap dengan adanya penjelasan daripada pihaknya dan Sharnaaz, spekulasi atau khabar angin tentang hubungan mereka dapat dihentikan.
ohh .. buah hati dirampas . seday ! sharnaaz sweet banget !
ReplyDelete