Thursday, 19 January 2012

AYUMI HAMASAKI tidak mahu pindah punca penceraian


Penyanyi terkenal kelahiran Fukuoka, Jepun, Ayumi Hamasaki kini sedang melalui proses perceraian dengan suaminya yang juga pelakon dan model Austria, Manuel Schwarz.

Dipetik daripada Tokyo Hive, Hamasaki telah mengumumkan niatnya untuk bercerai menerusi laman rasmi peminat selepas mereka berkahwin pada bulan Januari 2011.
Hamasaki menerangkan dia mengambil keputusan sedemikian kerana mula berubah hati setelah menetap di luar Jepun selepas gempa bumi Tohoku berlaku.

Menurutnya, "Ketika kami berkahwin, kami membuat keputusan untuk menetap di Amerika Syarikat. Walaubagaimanapun selepas gempa bumi Tohoku berlaku dua bulan selepas itu, perasaan kuat dalam diri saya memberitahu bahawa saya tidak ingin tinggalkan Jepun. Saya tidak dapat membayangkan mempunyai kehidupan di Amerika. Oleh itu, saya meninggalkan suami saya keseorangan untuk satu tempoh yang panjang."

Ia telah menyebabkan perselisihan faham antara Hamasaki dan Schwarz kerana tidak bersefahaman untuk menetap di Jepun, sekaligus mengganggu mereka dari segi fizikal dan mental.
Hamasaki dijangka memfailkan perceraian di Los Angeles bulan ini.

Pasangan ini bertemu pada Ogos 2010 selepas Schwarz dipilih memegang watak sebagai suami kepada Hamasaki untuk video promosi "Virgin Road".
Mereka berkahwin di sebuah gereja kecil di Las Vegas pada 1 Januari 2011.

No comments:

Post a Comment