Monday, 16 April 2012

SENARAI PEMENANG KUIZ JANGAN PANDANG PANDANG



Hai semua! After dikira kira and di judge judge, we had found the WINNERS untuk Kuiz Jangan Pandang-Pandang . Berikut, merupakan senarai nama yang bertuah :
1. Mieza Mokhtar
2. Haime Rammaat
3. Aisha Simera
4. Nur Diyana
5. Fazira


Hope semua dapat meluangkan masa pada Rabu (18.04.2012), jam 9 malam bertempat di McDonalds, Desa Pandan untuk pengambilan Pas Pas Percuma anda. Anyway, Tahniah dan Selamat Menonton! :)

YUNA dalam iklan ADIDAS ORIGINAL

YUNA bertambah bersinar di Amerika Syarikat apabila beliau telah dilantik sebagai duta produk untuk projek terbaru ADIDAS ORIGINAL yang di panggil "WHITE SPACE PROJECT". Projek ini bertujuan untuk membawa semua wanita di seluruh dunia untuk berkongsi kreativiti masing-masing.

NEED FOR SPEED bakal di filemkan


Pembuat permainan video terbesar dunia, Electronic Arts (EA) dikatakan telah mengambil pengarah filem "Real Steel", John Gatins untuk membuat sebuah filem berdasarkan permainan video siri "Need for Speed" dimana Gatins dan EA akan menerbitkan projek tersebut dengan George Gatins sebagai penulis skrip.

Dipetik daripada Comingsoon.net, Warner Bros, Sony dan Paramount dikatakan paling awal berminat untuk menjayakan filem ini.

Permainan video game siri "Need for Speed" ini adalah permainan lumba kereta paling popular di dunia, dan merupakan permainan video paling berjaya sepanjang zaman dengan lebih 100 juta unit siri "Need for Speed" terjual di seluruh dunia.

Siri permainan video "Need for Speed" yang paling terbaru dikeluarkan adalah "Need for Speed: The Run" yang dikeluarkan pada 15 November tahun lepas, yang menampilkan suara Sean Faris dan Christina Hendricks.

Masalah kewangan punca ARIEL & LUNA putus


Berakhirnya hubungan cinta antara dua selebriti terkenal negara seberang Luna Maya dan Ariel Peterpan tampaknya disebabkan oleh pelbagai masalah. Selepas dikhabarkan putus kerana muncul pihak ketiga, kini timbul pula khabar yang mengatakan hubungan mereka putus disebabkan masalah kewangan yang melanda.

Desas-desus yang tersebar mendakwa ketika pasangan ini masih bersama, mereka mempunyai satu akaun simpanan bersama yang dipegang Ariel. Namun setelah putus, Luna dikatakan meminta kembali wangnya dari Ariel yang kini masih berada di penjara Rutan Kebonwaru, Bandung.

"Barang-barangnya (Luna) juga masih banyak di rumah Ariel," kata satu sumber kepada detikHot.
Ariel yang sebelum ini ketika bersama ahli kumpulan Peterpan, merupakan salah satu pemuzik yang berpendapatan tinggi. Namun kini dia tidak lagi mampu untuk mendapat wang seperti dahulu selepas dia dipenjarakan kerana kes video lucahnya.


Luna pula sekarang ini dikatakan sudah menemui pengganti Ariel. Jejaka yang dimaksudkan itu merupakan seorang pengusaha kafe. Bagi Luna yang juga pengarah filem "Skors" itu juga tidak menafikan jika dirinya yang sentiasa rapat dengan banyak pengusaha.

"Saya memang rapat dengan banyak pengusaha, kan saya juga pengusaha," jelas Luna.
Luna juga tidak pernah mahu bercerita panjang tentang hubungannya dengan Ariel yang dikata telah berakhir. Namun sumber terdekat Ariel telah mengesahkan bahawa mereka sudah berpisah.

Seorang pengacara hampir mati minum peluntur

Seperti tidak percaya dengan berita yang baru sahaja sampai ke pengetahuan kami mengenai seorang pengacara wanita rancangan gosip tempatan popular yang bersiaran setiap hari minggu, dikatakan telah dimasukkan ke Hospital Serdang akibat meminum peluntur pakaian petang semalam
.
Dia yang dimasukkan ke wad kecemasan sebelum itu telah pun dipindahkan ke wad pesakit luar selepas keadaanya dikatakan sudah stabil.

Menurut satu sumber yang dipercayai, pengacara tersebut telah meminum peluntur akibat tekanan dari masalah yang berlaku pada dirinya.

Dia yang dimasukkan wad pada jam 5.13 petang semalam turut cuba untuk menutup muka akibat malu dengan tindakkan akal pendek yang dilakukannya, dan cuba untuk menyembunyikan identitinya daripada diketahui ramai.

Pengacara tersebut juga sempat meminta maaf kepada peminatnya dan juga pengikutnya di laman Twitter dan meminta agar diberikan kepercayan terhadap dirinya kerana dia sendiri tidak dapat menahan tekanan yang terpaksa dihadapinya sekarang.

SHIDA YAACOB model terkenal meninggal dunia

Takziah diucapkan kepada keluarga supermodel terkenal negara, Shida Yaacob yang telah meninggal dunia baru-baru ini.

Menurut MHOnline, model terkenal Malaysia di awal 90-an ini meninggal dunia akibat menghidapai penyakit luekimia.

Tahap kesihatan Shida yang dikatakan semakin tenat sejak kebelakangan ini akhirnya telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3 pagi di kediamannya di Damansara.

Arwah yang sememangnya terkenal di dalam bidang peragaan dan seringkali menghiasi iklan komersial telah meninggal pada usia 41 tahun.

Jenazah telah selamat dikebumikan sebelum Zohor pada Rabu lepas.