Thursday, 22 August 2013

FILEM : PAKU PONTIANAK


Pengarah berbakat besar, Ismail Bob Hasim sekali lagi tampil dengan sebuah filem bergenre seram arahannya "Paku Pontianak" untuk penonton yang gemar filem bergenre ini.

Bob Hasim yang pernah merangkul Anugerah Filem Takut Terhebat Anugerah Blockbuster 2012 menerusi filem "Sumpahan Kum Kum" yakin dapat memberi impak terbaik melalui filem seram terbaru arahannya.

Filem ini mengisahkan tentang seorang pemuda kampung bernama Adam (Pekin Ibrahim) telah terlanggar seorang gadis Melati (Uqasha) ketika pulang dari tempat kerjanya pada waktu malam. Adam kemudiannya telah membawa pulang Melati yang tidak sedarkan diri ke rumahnya.

Usaha mencari keluarga Melati tidak berjaya apabila Melati tidak mengingati apa-apa langsung dan menyebabkan Adam sentiasa melindungi Melati. Pada masa sama hal tersebut telah menimbulkan rasa tidak senang hati Seri (Hidayah Samsudin) yang sudah lama meminati Adam, dan ini telah menimbulkan konflik.

Selain Pekin dan Uqasha, filem terbitan MIG ini turut dibarisi pelakon seperti Adiba Yunus, Along Eyzendy dan Hidayah Ismail dan ramai lagi.

"Paku Pontianak" akan mula ditayangkan bermula hari ini iaitu 22 Ogos di seluruh pawagam di Malaysia.

1 comment: