"Biasalah, pasangan bercinta pasti akan bergaduh. Begitu juga dengan kami berdua tetapi kami masih lagi berhubung dan bercakap seperti biasa. Biarlah keadaan reda dahulu, baru saya akan duduk berbincang dengannya. Sekarang ini kami berdua sibuk dengan kerja masing-masing, sebab itulah terjadinya hal seperti ini.
"Perempuan biasalah, bila tengah emosi, itulah yang berlaku. Jadi saya tidak kisah, saya terima sahaja. Apapun saya masih sayangkan dia sama seperti dahulu," katanya seperti dipetik dari akhbar Kosmo!
Nas-T yang sedang sibuk dengan penggambaran telefilem "Anak Imam Argentina" ketika ini turut memberitahu dia akan tetap sayangkan aktres berusia 28 tahun itu tidak kira apa jua status hubungan mereka kelak.
"Kami akan kekal seperti dahulu, masih berjumpa dan meluahkan masalah masing-masing. Bagi pihak saya pula sebenarnya saya lebih suka dia menjadi seorang kekasih kerana dia melengkapi diri saya."
Dalam pada itu, Nas-T memberitahu bahawa dia sendiri tidak dapat meramal apa akan berlaku antara mereka. Jika ada jodoh mereka akan berkahwin, tetapi jika tidak mereka akan tetap berkawan baik.
Semalam ibu tunggal kepada puteri berusia tiga tahun, Keisha Laila ini memberitahu bahawa dia dan Nas-T lebih sesuai menjadi sahabat daripada bergelar kekasih.
"Let's enjoy our single moment like before. We are good being a best friend than a lover. (Mari kita gembira dengan kehidupan solo seperti sebelum ini. Kita lebih baik sebagai teman baik daripada pasangan kekasih)," ujar Nabila.
No comments:
Post a Comment