Konsert 'Living Things' di Malaysia ini akan diadakan pada jam 8 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Menurut pihak penganjur, Malaysia merupakan satu-satunya negara di Asia Tenggara yang telah terpilih untuk siri jelajah dunia 'Living Things' ini.
"Peminat di Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana Linkin Park memilih Malaysia untuk mengadakan konsert sebagai salah satu rangka lawatan mereka di Asia Tenggara. Thailand, Indonesia dan Singapura tidak tersenarai sebagai lokasi persinggahan mereka kerana kesuntukan masa," ujar penganjur The WonderLand+.
Dianggotai oleh Chester Bennington, Mike Shinoda, Joe Hahn, Rob Bourdon, Brad Delson dan Dave Farrell, Linkin Park mula dikenali selepas album pertama mereka, "Hybrid Theory" diriliskan pada tahun 2000.
Tiket berharga RM95, RM195 dan RM295 dikategorikan sebagai tempat duduk bebas, manakala untuk tempat berdiri bebas tiket dijual dengan harga RM350 (Zon Playground), RM450 (Zon Rock), RM550 (The Pit) dan RM680 (VIP).
Pra-jualan tiket konsert akan bermula pada 21 Jun hingga 30 Jun akan datang dan diskaun sebanyak 10 peratus akan diberikan kepada mereka yang membeli dalam tempoh tersebut.
Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang Ticket Charge ( www.ticketcharge.com.my), atau hubungi talian 03-9222 8811 atau laman Facebook The WonderLand+ (www.facebook.com/thewonderlandplus).
No comments:
Post a Comment