Wednesday, 26 June 2013

KOMEN AZMEER DI ANGGAP BIADAP


APA agaknya yang bermain di benak fikiran komposer dan pengkritik Azmeer sehinggakan tergamak untuknya mengeluarkan komen ‘biadap’ dan ‘tidak beretika’ dalam satu ‘playback’ yang disiarkan sebuah program realiti terbitan syarikat televisyen swasta, baru-baru ini.

Komen Azmeer dalam program itu berbunyi: “diaorang tu bukan bodoh tau, you must remember walapun diaorang tu pelawak. Faiz tu nampak aja bodoh-bodoh macam Down’s Syndrome tapi dia adalah…” apabila dijemput untuk memberi nasihat dan tips bagi satu kumpulan finalis sebelum mereka beraksi pada malam final yang disiarkan pada Jun 23. Program realiti itu yang bertujuan mencungkil bakat baru menerusi persembahan sketsa komedi dan nyanyian. 

Tirai telah dilabuhkan dan pemenang juga telah dinobatkan dan kini timbul pula satu isu yang dikaitkan bukan dengan finalis tetapi Azmeer. 

Gara-gara komen yang diutarakan Azmeer dalam ‘playback’ pendek itu, seorang pemerhati daripada sebuah badan bukan kerajaan telah bersuara lantang mengkritik Azmeer kerana mengeluarkan komen yang dianggap biadap. 

Pemerhati dikenali dengan nama, Azatul Shima Mohd Said daripada kumpulan sokongan anak-anak Down’s Syndrome, ‘Bunga-bunga Syurga’ itu telah memuat naik petisyen itu pada Selasa jam 4.23 petang. Lebih kurang sejam kemudian, petisyen itu telah ditandatangani lebih kurang 880 orang.  

Petisyen menuntut komposer itu dan stesen televisyen tersebut untuk meminta maaf  kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak dan kanak-kanak OKU yang menghidap Down’s Syndrome. Kumpulan itu menggesa Azmeer dan pihak televisyen memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat melalui TV dan pihak media.

Dalam perkembangan lain, seorang pengguna laman Facebook lain telah menurunkan komen dan luahan rasa prihatinnya tentang petisyen yang dikeluarkan itu. 

“Saya telah terpanggil membuat satu petition terhadap komposer Azmeer yang telah mengeluarkan comment mengguris hati kami ibu bapa anak-anak Down's Syndrome dan umumnya anak2 OKU yang lain. Dalam komennya itu dia mengatakan “kumpulan Tapaw ni bodoh-bodoh Down Syndrome" amatlah menunjukkan ketidakpekaan beliau dlm menjaga sensitiviti serta perkembangan pendidikan anak-anak OKU di Malaysia. Saya harap sudilah anda sama2 menandatangani petition ini dalam usaha membuka mata komuniti kita bahawa kami KOMUNITI OKU adalah “SEBAHAGIAN BESAR DARI ANDA JUGA”.
 

APA KOMEN AZMEER? 

Apabila pihak Yahoo! Malaysia menghubungi Azmeer, beliau mengulas kenyataannya dalam program TV itu telah ‘disalahertikan’ oleh sesetengah pihak. 

“Jujur saya ingin menyatakan di sini yang komen tersebut berbentuk pujian kepada finalis terbabit. Tidak ada segelumit perasaan saya menghina atau menjijikkan mana-mana individu kurang upaya,” katanya. 

Berlainan kalau saya mengeluarkan komen seperti ini ‘orang itu nampak seperti buta tapi bukan seorang buta’. Jika dilihat dari perspektif peribadi, kenyataan ini tidak menunjukkan saya menghina individu kurang upaya atau orang buta.

Tambah Azmeer, secara realitinya komen itu pada hakikatnya merupakan satu pujian terhadap finalis tersebut. 

“Ini bukannya satu lawak jenaka. Dan saya tidak digambarkan ketawa ketika memberikan komen itu. Saya merasakan ada yang sedikit janggal atau merasa tidak selesa kerana perkataan itu (Down’s Syndrome) jarang digunakan dalam konteks percakapan,” katanya.

Mempunyai pengalaman selama 15 tahun duduk di bangku pengkritik program realiti, Azmeer berkata yang kata-katanya boleh dianggap ‘pedas’ dan ‘tajam’ oleh sesetengah pihak.   

“Saya hanya ingin menyuntik ‘the fighting spirit’ (semangat juang) terhadap finalis dan mentor mereka, tidak lebih daripada itu,” kata Azmeer.

Kesal kerana komennya telah dipandang negatif oleh sesetengah pihak, Azmeer akur dan tidak akan teragak-agak untuk meminta maaf secara terbuka kepada pihak terbabit. 

“Ikhlas saya ingin meminta maaf sekiranya komen saya itu telah menyinggung perasaan mana-mana pihak. Bagi pihak stesen TV terbabit juga saya ingin meminta maaf kepada mana-mana individu terbabit. 

No comments:

Post a Comment