Jika sebelum ini pelakon Nora Danish dikatakan akan berkahwin lagi kerana membeli barang persiapan perkahwinan di Jakarta, Indonesia, kini kecoh pula mengenai hubungannya bersama anak Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, YB Dato' Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz yang dikenali sebagai Nadeem.
Namun janda anak satu ini menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan jejaka tersebut dan memberitahu bahawa dia mengenali Nadeem sudah tujuh tahun lalu di mana ketika itu dia belum berkahwin lagi.
"Saya berkawan dengan ramai orang. Kawan-kawan saya ada yang dikalangan anak menteri, ada juga yang orang biasa. Cuma mungkin sebab dia anak menteri, jadi orang bercakap tentang itu," katanya kepada Malaysian Digest.
Tambah pelakon "Aku Terima Nikahnya" itu turut menjelaskan dia sudah berfikir panjang sebelum memuat naik gambar tersebut dan tidak kisah dengan pandangan masyarakat terhadapnya kerana berasakan dirinya tidak bersalah.
"Masa saya muat naik gambar itu, saya awal-awal lagi dah bersedia dengan apa yang orang akan kata. Biasalah, pengikut-pengikut saya di Instagram, ramai yang memang pandai buat andaian."
Dalam pada itu, Nora berkata dia sudah bersedia untuk kembali menjalin hubungan cinta dan berkahwin lagi selepas empat tahun menjanda, namun sehingga kini belum jumpa lagi jejaka yang dapat membuka pintu hatinya.
No comments:
Post a Comment