Pelakon Johnny Depp yang sering memakai cermin mata mendedahkan dia mempunyai masalah rabun yang teruk dan hampir-hampir buta pada mata kirinya.
Depp memberitahu dia mengalami masalah tersebut sejak lahir.
Pelakon filem Public enemies itu memberitahu mata kanannya juga mengalami masalah rabun dekat dan terpaksa bergantung kepada cermin mata bagi memudahkannya untuk melihat dengan jelas.
"Semua benda yang saya lihat kelihatan kabur. Saya tidak pernah mempunyai penglihatan yang normal seperti orang lain," katanya kepada The Sun.
Depp berkata, dia hanya boleh melihat dengan jarak tertentu jika tidak memakai cermin mata termasuk ketika berlakon filem.
Aktor berusia 50 tahun itu mempunyai dua cahaya mata - Lily Rose, 14 dan Jack, 11 hasil perkongsian hidup bersama bekas teman wanitanya Vanessa Paradis.
No comments:
Post a Comment