Sunday, 30 June 2013

SHAHZ. JASZLE TERTEKAN DENGAN KES KHALAWAT


Pelakon Shahrizal Jaszle mengakui semakin tertekan dengan kontroversi yang melanda dirinya ekoran ditangkap khalwat bersama seorang wanita selain diasak dengan pelbagai pertanyaan daripada pelbagai pihak.

Shahrizal atau sebelum ini dikenali sebagai Shah Jaszle, 25, berkata, dia mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada dunia lakonan bagi memberinya ruang bermuhasabah tentang kejadian khalwat yang menimpanya baru-baru ini.

"Terus terang saya tidak tahu lagi ingin cakap apa mengenai kes tersebut supaya masyarakat dapat memahami situasi saya.

"Saya berasa letih dengan kontroversi tersebut dan ingin berehat seketika supaya dapat menenangkan fikiran," jelasnya kepada mStar Online ketika ditemui baru-baru ini.

Tambah Shahrizal, dia juga mengambil keputusan itu selepas tidak pernah mengambil cuti daripada berlakon sejak beberapa tahun lalu.

Pada 16 Mei lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam satu kenyataan medianya mengesahkan telah menahan Shahrizal atas tuduhan khalwat di Apartment Taman Sri Subang, di sini, pada pukul 3.30 pagi.

Penahanan tersebut dilakukan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 selepas Bahagian Penguatkuasaan jabatan itu menerima aduan daripada pihak awam berhubung kegiatan berkenaan.

Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Kes tersebut akan disebut di Mahkamah Syariah pada 12 November depan.

Dalam pada itu, Shahrizal berkata, dia enggan lagi mengulas kes berkenaan mahupun hubungannya dengan Redzwani Puteri kerana sedar jawapannya tidak akan dapat memuaskan hati semua pihak.

Jelasnya, dia mengambil keputusan untuk berdiam diri daripada terus bercakap tentang kes tersebut dan menunggu perbicaraan di mahkamah penghujung tahun nanti.

"Macam-macam saya kena hentam dan pelbagai pertanyaan yang diajukan sehingga saya tidak tahu lagi hendak menggunakan ayat apa bagi mempertahankan diri.

"Jalan paling baik adalah berdiam diri selepas ini dan tunggu perbicaraan di mahkamah kelak," ujarnya.

Shahrizal dan Redzwani Puteri bertunang pada 8 Disember 2012 dan mereka dijadualkan berkahwin pada 2015 selepas wanita yang menuntut dalam jurusan perubatan itu tamat pengajian.

Friday, 28 June 2013

FILEM : REVIEW FILEM THE HEAT

Filem genre komedi aksi terbaru hollywood ini mengisahkan 2 anggota FBI mempunyai berlainan karakter yang dilakonkan oleh sandra bullock sebagai sarah seorang yang gugup dan sentiasa tegang manakala watak shannon lakonan melissa mccarthy lebih tegas dalam menjalankan tugas.

Kedua agen FBI ini di gabungkan bagi menyelesaikan satu kes dadah,pelbagai pekara kelakar yang berlaku dalam filem ini yang akan membuatkan anda berasa terhibur.

The Heat
Genre : Komedi
Pengarah : Paul Feig
Penulis skrip : Katie Dippold
Produser : Peter Chernin, Jenno Topping

Pelakon utama
Sandra Bullock – Detektif Sarah Ashburn
Melissa McCarthy – Detektif Shannon Mullins
Thomas F Wilson – Kapten Franks Woods
Taran Killam – Adam

Studio : 20th Century Fox, Dune Entertainment, Chernin Entertainment
Rilis : 28 Juni 2013
Lama Film : 117 menit
Anggaran Film : -

JUSTIN BIEBER DI HALAU


PenyanyiJustin Bieber mengalami kejadian memalukan apabila diarahkan keluar kerana masih di bawah umur ketika mengunjungi sebuah kelab malam di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Seperti dipetik The Sun, penyanyi lagu Beauty and a Beat itu diusir petugas kelab hiburan kerana belum berumur 21 tahun.

Pada awalnya, penjaga pintu sudah melarang penyanyi tersebut daripada memasuki kelab itu namun tidak diendahkan oleh Justin yang tetap menggunakan laluan belakang.

"Kelab itu tidak membenarkan dia masuk kerana dia baru berusia 19 tahun namun dia dan teman-temannya berusaha masuk melalui pintu belakang," ujar sumber.


    FAKTA : 5 PRODUK KECANTIKAN DI HARAMKAN DI MALAYSIA


    Pada bulan Mei lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengharamkan lima jenis produk kecantikkan yang dipercayai mengandungi bahan yang merbahaya seperti merkuri dan karbon.

    Biro Pengawalan Farmasi Kebangsaan telah mengeluarkan senarai produk kecantikan yang diharamkan termasuk bahan kimia yang dijumpai di dalam produk. 

    Senarai penuh pelbagai produk yang diharamkan daripada tahun-tahun sebelumnya juga telah diberi untuk keselamatan pengguna. 

    Antara produk yang disenaraikan ialah: 

    1) Cellnex Anti-Sensitive Essence Treatment
    2) SS Vita C Night Repair
    3) Daily Protecting Cream- Joie et Beaute
    4) ~H20 + Waterwhite Brightening White Cream
    5) Chantique – Whitening Night Cream

    Kepada peniaga yang masih menjual produk ini akan dikenakan denda sebanyak RM25, 000 atau tiga tahun penjara untuk kesalahan pertama

    BENJY TUMBUK JURUGAMBAR


    Pelakon Benjy yang ditahan kerana kerana penyalahgunaan dadah telah bertindak agresif apabila dia menumbuk salah seorang jurugambar akhbar yang sedang menjalankan tugas.

    Benjy atau nama sebenarnya Khaeryl Benjamin yang didapati positif dadah jenis syabu itu menundukkan muka dan menutup wajah untuk mengelakkan gambarnya dirakam.

    Akhbar Utusan Malaysia melaporkan aktor berusia 35 tahun yang juga merupakan anak kepada seniwati Azean Irdawaty telah mengasari dan menumbuk kepada jurugambar yang merakam wajahnya serta menepis beberapa kamera jurugambar lain sewaktu dia dan lima lagi rakannya dibawa ke Mahkamah Majistret Ampang untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

    Pagi Rabu lalu Benjy telah ditahan selepas polis membuat serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa kira-kira jam 11.30 pagi. Hasil serbuan, polis berjaya menemui dadah seberat 4.7 gram yang disorok di salah sebuah bilik di kondominium tersebut.

    Antara lain yang turut ditahan adalah lima rakan artis itu termasuk bekas pembantu peribadi Benjy dan dua wanita berusia antara 27 hingga 38 tahun pagi kelmarin.

    Thursday, 27 June 2013

    EZANY BERTEGAS ENGGAN MINTA MAAF


    Nampaknya kes pengarah drama yang didakwa mencabul seorang pelakon baru semakin menjadi panas apabila pelakon Ezany tetap bertegas enggan memohon maaf berhubung kes tersebut.

    "Kalau nak saman saya tak payah beri tempoh seminggu, sehari pun sudah cukup. Biar apapun yang terjadi, saya tidak akan memohon maaf," katanya kepada Harian Metro.

    Ezany atau nama sebenarnya Mohd Zaini Mohd Nizariff turut berkata dia tidak pernah menfitnah Abdul Rahim dan jika pengarah drama tersebut yang juga merupakan Timbalan Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) mahu menyamannya, dia sudah bersedia dengan peguam yang dilantiknya.

    "Tidak perlu menggertak saya. Lebih sahih lagi kerana kes itu sekarang menjadi siasatan polis, kita tengok siapa salah atau sebaliknya."

    Dalam pada itu, pelakon baru Ffarrah Ismail, 22, berasa lega selepas pengarah drama tersebut telah ditahan.

    "Maruah diri saya terbela selepas dia ditahan. Walaupun perasaan masih tertekan, tetapi saya lega selepas membuat laporan polis."

    Ffarrah yang mengadakan sidang media bersama Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) semalam bagi memberi kenyataan dan menjelaskan situasi dirinya.

    "Saya tidak mahu perkara sama berlaku pada artis lain. Saya masih minat berlakon, tetapi serik dan takut untuk teruskan."

    FAKTA : SKANDAL VIDEO SEKS YANG MENAIKKAN NAMA ARTIS

    Aktres Megan Fox mula menjadi terkenal selepas kejayaan filem "Transformer" yang telah berjaya melonjak namanya sebagai salah seorang pelakon hebat, namun tidak semua selebriti menjadi popular dengan bakat lakonan mereka seperti Megan Fox mahu pun Jessica Alba atau Angelina Jolie, tetapi mereka mula dikenali dan menjadi sebutan ramai selepas video seks mereka tersebar.

    Skandal video seks yang menerpa diri selebiriti nyata tidak menjatuhkan populariti, malah mereka ini menjadi lebih terkenal. Mereka ini adalah; 


    Pamela Anderson
    Bintang siri televisyen popular "Baywatch" ini mula mendapat perhatian ramai setelah video seksnya dengan pasangannya mula tersebar. Bahkan ia bukan sekali terjadi. Pertama kali, video seksnya dengan suaminya, Tommy Lee tersebar pada tahun 1998, dan model kulit depan majalah Playboy ini sekali lagi menggemparkan dunia Hollywood pada tahun 2005 apabila video seksnya dengan vokalis kumpulan Poison, Bret Michaels tersebar.


    Paris Hilton
    Pewaris hotel Hilton ini mula menjadi popular selepas video seksnya dengan teman lelakinya, Rick Solomon mula tersebar di Internet. Walaupun malu dengan penyebaran video tersebut, namun sejak itu Paris semakin menjadi perhatian dan sentiasa diburu paparazzi.


    Kim Kardashian
    Siapa tidak kenal dengan Kim Kardashian bukan. Sosialita ini mula menjadi terkenal apabila video seksnya dengan bekas kekasihnya, Raj J tersebar di Internet. Video seks Kim telah menarik perhatian syarikat produksi porno Vivid Entertaiment yang telah membuat tawaran kepada Kim, dan Kim tidak berfikir panjang untuk setuju untuk menandatangani kontrak dengan Vivid Entertaiment untuk menjadi pengedar tunggal video seksnya.


    Minka Kelly
    Bintang "Charlie's Angels" ini juga menjadi popular menerusi video seksnya dengan bekas teman lelakinya. Video berdurasi 45 minit itu turut dipasarkan di Amerika Syarikat secara sah.


    Farrah Abraham
    Nama bintang rancangan realiti "Teen Mom" terbitan MTV, Farrah Abraham mula dikenali setelah dia membuat video seksnya dengan aktor filem porno, James Deen. Dia kemudiannya telah ditawarkan kontrak oleh syarikat produksi porno, Vivid Entertaiment untuk tampil dalam video porno lainnya.

    GEMPAR : JACKIE CHAN DI KHABARKAN TELAH MATI


    Berita yang mengemparkan dunia bahawa jackie chan telah mati hanya lah khabar angin semata-mata.Pelakon aksi tersebut juga terkejut dengan berita berkenaan dan menyedari nya ketika berada di dalam penerbangan untuk pergi bercuti di india.

    Berita tersebut telah di keluarkan oleh global associated news yang menyatakan pelakon RUSH HOUR ini telah mati di tembak pada jarak 50meter ketika pengambaran filem baru.terkejut dengan berita tersebut jackie chan telah menaik turun gambar beliau dalam keadaan sihat dan menyatakan dalam akaun facebook milik beliau.


    BENJY DITANGKAP LAGI


    Pelakon Khaeryl Benjamin atau lebih dikenali sebagai Benjy sekali lagi ditahan atas kes penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa pada pagi Rabu semalam.

    Dipetik dari Utusan Malaysia, Benjy yang merupakan anak kepada seniwati Azean Irdawaty itu ditangkap kira-kira jam 11.30 pagi. Sewaktu serbuan dilakukan, pihak polis tidak menemui dadah bersamanya namun selepas menjalani ujian air kencing, dia didapati positif dadah jenis syabu.

    Sebelum ini, pelakon berusia 30 an itu pernah ditahan pada Mac 2010 berhubung kes yang sama namun apa yang lebih menggemparkan ialah pihak polis telah menemui makmal memproses dadah di lokasi dia ditahan di pinggir ibu kota pada waktu kejadian. 

    Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan penahanan terbabit sewaktu dihubungi malam tadi dan berkata Benjy akan disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda hingga RM5,000 jika sabit kesalahan.

    KRISTAL TIADA MASALAH DENGAN AWIE


    Kumpulan Kristal tidak melihat kerjasama mereka dengan Awie selepas 13 tahun sesuatu yang pelik semasa pertandingan akhir program Versus musim kedua yang berlangsung pada 1 Jun lalu.

    Salah seorang anggotanya, Muhamad Rodi Baharudin atau Rody berkata, mereka tidak mempunyai sebarang masalah dengan vokalis kumpulan Wings itu walaupun bekas pemain dram kumpulan mereka iaitu, Ainol Eqraf pernah terlibat dengan pergaduhan bersama Awie.

    "Apa yang berlaku sebelum ini tiada kena mengena dengan Kristal dan ia hanya melibatkan Ainol sahaja. Mungkin orang ingat hubungan kami tidak baik kerana sudah 13 tahun tidak membuat persembahan bersama.

    "Apabila dapat kembali mengadakan persembahan bersama Awie dalam program Versus, kami sangat teruja dan merancang untuk bekerjasama lagi pada masa hadapan," jelasnya kepada mStar Online.

    Pada 26 September 2002, Awie terlihat dengan pergaduhan bersama Ainol dan abangnya iaitu Fairul Ezly dan Muhamad Nazri di lobi Kelab Oakleaf Bukit Antarabangsa, Ampang Jaya dekat sini.

    Bagaimanapun mereka dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Ampang terhadap tuduhan bergaduh di tempat awam pada tahun 2005.

    Selain Rody, Kristal turut dianggotai oleh Mohd Razlan Mohamed Yusuf (Razlan), Izaludin Ibrahim (Izal) dan Mohd NorAshraf Baharudin (Ashraf).

    Dalam perkembangan lain, Rody berkata, walaupun tidak menyandang gelaran juara program Versus namun penyertaan mereka dalam pertandingan itu dapat memperkenalkan lagi muzik mereka kepada pendengar baharu.

    Jelas Rody, cabaran menerusi pertandingan itu juga telah memberi peluang kepada mereka untuk melakukan eksperimen dengan muzik yang diperjuangkan sebelum ini.

    "Alhamdulillah peminat kami semakin bertambah walaupun tidak memenangi pertandingan tersebut malah kami dapat mengembangkan muzik kami yang tidak pernah diterokai sebelum ini.

    "Ia sekali gus memberikan banyak idea kepada kami bagi mengumpul material baharu untuk album seterusnya nanti," jelasnya.

    Sementara itu, Rody berkata, buat permulaan mereka akan tampil dengan single terbaharu dalam masa terdekat sebelum muncul dengan album penuh selewat-lewatnya pada awal tahun hadapan.

                   Kumpulan kristal di awal kemunculan di dunia hiburan tempatan


    AARON PERNAH JADI GANGSTER


    Pelakon Aaron Aziz mendedahkan dia pernah melakukan aktiviti tidak bermoral pada zaman remajanya dengan menyertai satu kumpulan gengster di Singapura.

    Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 37, berkata, dia sering dianggap lelaki ganas sehingga ditakuti ramai orang namun pengalaman bergaul dengan golongan itu telah banyak mengajar dia untuk mengenali masyarakat di sekeliling.

    "Biasalah zaman muda dahulu. Perasaan ingin tahu melebihi segala-galanya dan semua benda kita mahu cuba dan lihat.

    "Tetapi berkawan dengan orang jahat tidak semestinya kita akan jadi jahat. Pada pendapat saya berkawan dengan mereka mengajar saya jadi bijak dalam mengenali orang di sekeliling saya," katanya.

    Aaron ditemui pada sesi temu bual eksklusif di restoran Bait di sini pada Khamis. bersempena pelancaran program biografinya yang akan disiarkan menerusi saluran E! Entertainment.

    Aaron, pelakon dari Singapura itu merupakan artis pertama di Asia yang berpeluang muncul dalam program itu berjudul i E! Special: Aaron Aziz

    Kisahnya terlibat dalam kumpulan gengster juga akan dikongsi dengan para peminat menerusi program itu yang akan disiarkan pada 7 Julai depan selama satu jam menerusi saluran Astro, 712.

    Dalam pada itu, Aaron juga akan berkongsi rahsia peribadinya dalam program tersebut, terutamanya mengenai kisah-kisahnya pada zaman kanak-kanak dan remaja.

    "Tak silap saya ada dalam 30 peratus rahsia saya didedahkan kepada umum. Jujurnya saya tak sangka diberi peluang untuk menceritakan hal peribadi dan karier dalam sebuah program biografi khas di saluran hiburan popular dunia.

    "Saya menyifatkan ia sebagai satu penghormatan dan penghargaan buat diri. Sebenarnya kru produksi saluran itu cuba mencari apa-apa kontroversi untuk dipaparkan dalam program itu.

    "Apabila saya kata tidak banyak kontroversi yang ada, mereka terkejut. Malah tidak sangka perwatakan saya sangat santai ketika ditemu bual. Mereka kata saya ini seorang yang rendah diri," ujarnya.

    Dalam perkembangan lain, Aaron bakal muncul menerusi program Raya Sampai Pengsanbersama Nabil Ahmad pada sambutan Aidilfitri nanti di Astro Ria.

    Selain itu dia juga kini sibuk dengan penggambaran drama Tentang Hati (untuk saluran RTM) bergandingan dengan aktres Fasha Sandha dan bakal memulakan penggambaran filemAdam dan Hawa pada September depan.

    Wednesday, 26 June 2013

    MUZIK MUSE DALAM WORLD WAR Z


    Filem terbaru lakonan Brad Pitt "World War Z" menampilkan pemenang Anugerah Grammy, Muse dalam filem tersebut apabila lagu-lagu yang terdapat dalam filem "World War Z" diambil dari album terbaru Muse berjudul "The 2nd Law".

    Vokalisnya, Matthew Bellamy berkata, dia mendapat inspirasi menghasilkan album terbaru selepas membaca novel "World War Z" yang ditulis oleh Max Brooks.

    "Ketika kami sedang dalam proses merakam album terbaru, saya asyik membaca novel "World War Z", dan ia telah memberi saya ideal. Saya tidak tahu tentang apa-apa mengenai filem tersebut pada masa itu.

    "Saya hanya membacanya kerana seorang rakan saya berkata ia sebuah buku yang hebat," katanya kepada MTV.

    "Dalam album terbaru kami terdapat banyak lagu yang bertemakan tentang malapetaka, pengakhiran dunia, bagaimana untuk hidup dalam keadaan malapetaka tersebut. Lagu-lagu tersebut diinspirasikan dari buku tersebut."

    Sementara itu, Brad Pitt berkata, setelah hampir dua tahun mereka mencari lagu yang sesuai untuk dijadikan lagu tema dalam filem "World War Z", akhirnya mereka jumpa iaitu album Muse "The 2nd Law".

    "Dua tahun lalu, kami mencari lagu yang sesuai untuk dijadikan lagu tema filem ini. Kebetulan mereka (Muse) menghasilkan album terbaru mereka yang mana banyak lagu yang diinspirasikan dari novel "World War Z". Jadi kami terus menghubungi mereka dan mereka bersetuju. Kami sangat teruja dan gembira," katanya.

    Filem "World War Z" sudah pun ditayangkan di Malaysia pada 20 Jun lalu.

    JIMMY SHANLEY ADE ISTERI BARU


     Berikutan dari gosip panas yang mengatakan Jimmy Shanley sudah pun berkahwin dengan seorang wanita berstatus janda, Jimmy Shanley tidak mengiakan atau menafikan isu tersebut.

    Namun petang semalam, Jimmy telah memuat naik gambar bersama seorang wanita bertudung dan seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai anak Jimmy, Zahrah Rania,2, di laman Twitter. Gambar itu kelihatan seperti sebuah keluarga bahagia yang sedang menunggu hidangan makan malam.

    Jimmy yang juga pengacara dan pelakon sebelum ini pernah menyebut untuk mengadakan satu sidang media khas untuk menjawab segala pertanyaan statusnya mungkin telah bersedia untuk berkongsi cerita sebenar perkahwinannya kepada masyarakat.

    Buat masa ini, identiti wanita berkenaan masih belum dapat diketahui.

                       WANITA YANG DI KATAKAN SEBAGAI ISTERI BARU JIMMY SHANLEY

    KOMEN AZMEER DI ANGGAP BIADAP


    APA agaknya yang bermain di benak fikiran komposer dan pengkritik Azmeer sehinggakan tergamak untuknya mengeluarkan komen ‘biadap’ dan ‘tidak beretika’ dalam satu ‘playback’ yang disiarkan sebuah program realiti terbitan syarikat televisyen swasta, baru-baru ini.

    Komen Azmeer dalam program itu berbunyi: “diaorang tu bukan bodoh tau, you must remember walapun diaorang tu pelawak. Faiz tu nampak aja bodoh-bodoh macam Down’s Syndrome tapi dia adalah…” apabila dijemput untuk memberi nasihat dan tips bagi satu kumpulan finalis sebelum mereka beraksi pada malam final yang disiarkan pada Jun 23. Program realiti itu yang bertujuan mencungkil bakat baru menerusi persembahan sketsa komedi dan nyanyian. 

    Tirai telah dilabuhkan dan pemenang juga telah dinobatkan dan kini timbul pula satu isu yang dikaitkan bukan dengan finalis tetapi Azmeer. 

    Gara-gara komen yang diutarakan Azmeer dalam ‘playback’ pendek itu, seorang pemerhati daripada sebuah badan bukan kerajaan telah bersuara lantang mengkritik Azmeer kerana mengeluarkan komen yang dianggap biadap. 

    Pemerhati dikenali dengan nama, Azatul Shima Mohd Said daripada kumpulan sokongan anak-anak Down’s Syndrome, ‘Bunga-bunga Syurga’ itu telah memuat naik petisyen itu pada Selasa jam 4.23 petang. Lebih kurang sejam kemudian, petisyen itu telah ditandatangani lebih kurang 880 orang.  

    Petisyen menuntut komposer itu dan stesen televisyen tersebut untuk meminta maaf  kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak dan kanak-kanak OKU yang menghidap Down’s Syndrome. Kumpulan itu menggesa Azmeer dan pihak televisyen memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat melalui TV dan pihak media.

    Dalam perkembangan lain, seorang pengguna laman Facebook lain telah menurunkan komen dan luahan rasa prihatinnya tentang petisyen yang dikeluarkan itu. 

    “Saya telah terpanggil membuat satu petition terhadap komposer Azmeer yang telah mengeluarkan comment mengguris hati kami ibu bapa anak-anak Down's Syndrome dan umumnya anak2 OKU yang lain. Dalam komennya itu dia mengatakan “kumpulan Tapaw ni bodoh-bodoh Down Syndrome" amatlah menunjukkan ketidakpekaan beliau dlm menjaga sensitiviti serta perkembangan pendidikan anak-anak OKU di Malaysia. Saya harap sudilah anda sama2 menandatangani petition ini dalam usaha membuka mata komuniti kita bahawa kami KOMUNITI OKU adalah “SEBAHAGIAN BESAR DARI ANDA JUGA”.
     

    APA KOMEN AZMEER? 

    Apabila pihak Yahoo! Malaysia menghubungi Azmeer, beliau mengulas kenyataannya dalam program TV itu telah ‘disalahertikan’ oleh sesetengah pihak. 

    “Jujur saya ingin menyatakan di sini yang komen tersebut berbentuk pujian kepada finalis terbabit. Tidak ada segelumit perasaan saya menghina atau menjijikkan mana-mana individu kurang upaya,” katanya. 

    Berlainan kalau saya mengeluarkan komen seperti ini ‘orang itu nampak seperti buta tapi bukan seorang buta’. Jika dilihat dari perspektif peribadi, kenyataan ini tidak menunjukkan saya menghina individu kurang upaya atau orang buta.

    Tambah Azmeer, secara realitinya komen itu pada hakikatnya merupakan satu pujian terhadap finalis tersebut. 

    “Ini bukannya satu lawak jenaka. Dan saya tidak digambarkan ketawa ketika memberikan komen itu. Saya merasakan ada yang sedikit janggal atau merasa tidak selesa kerana perkataan itu (Down’s Syndrome) jarang digunakan dalam konteks percakapan,” katanya.

    Mempunyai pengalaman selama 15 tahun duduk di bangku pengkritik program realiti, Azmeer berkata yang kata-katanya boleh dianggap ‘pedas’ dan ‘tajam’ oleh sesetengah pihak.   

    “Saya hanya ingin menyuntik ‘the fighting spirit’ (semangat juang) terhadap finalis dan mentor mereka, tidak lebih daripada itu,” kata Azmeer.

    Kesal kerana komennya telah dipandang negatif oleh sesetengah pihak, Azmeer akur dan tidak akan teragak-agak untuk meminta maaf secara terbuka kepada pihak terbabit. 

    “Ikhlas saya ingin meminta maaf sekiranya komen saya itu telah menyinggung perasaan mana-mana pihak. Bagi pihak stesen TV terbabit juga saya ingin meminta maaf kepada mana-mana individu terbabit. 

    KONTROVERSI : NORA DANISH ADE HUBUNGAN DENGAN ANAK MENTERI?


    Jika sebelum ini pelakon Nora Danish dikatakan akan berkahwin lagi kerana membeli barang persiapan perkahwinan di Jakarta, Indonesia, kini kecoh pula mengenai hubungannya bersama anak Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, YB Dato' Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz yang dikenali sebagai Nadeem.

    Namun janda anak satu ini menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan jejaka tersebut dan memberitahu bahawa dia mengenali Nadeem sudah tujuh tahun lalu di mana ketika itu dia belum berkahwin lagi.

    "Saya berkawan dengan ramai orang. Kawan-kawan saya ada yang dikalangan anak menteri, ada juga yang orang biasa. Cuma mungkin sebab dia anak menteri, jadi orang bercakap tentang itu," katanya kepada Malaysian Digest.

    Tambah pelakon "Aku Terima Nikahnya" itu turut menjelaskan dia sudah berfikir panjang sebelum memuat naik gambar tersebut dan tidak kisah dengan pandangan masyarakat terhadapnya kerana berasakan dirinya tidak bersalah.

    "Masa saya muat naik gambar itu, saya awal-awal lagi dah bersedia dengan apa yang orang akan kata. Biasalah, pengikut-pengikut saya di Instagram, ramai yang memang pandai buat andaian."

    Dalam pada itu, Nora berkata dia sudah bersedia untuk kembali menjalin hubungan cinta dan berkahwin lagi selepas empat tahun menjanda, namun sehingga kini belum jumpa lagi jejaka yang dapat membuka pintu hatinya.

    Tuesday, 25 June 2013

    FAKTA : 10 MAKANAN BERSIHKAN KULIT WAJAH


    Setiap orang menginginkan wajah yang bersih, sihat dan tampak mulus. Walaupun pelembab sangat baik, makanan juga mampu membersihkan wajah dan membuat anda kelihatan lebih muda dan bertenaga. Terdapat 10 makanan yang membantu anda membersihkan wajah untuk kelihatan sihat, bercahaya dan bertenaga. 


    Avokado 
    Bukan sahaja digunakan dalam pelbagai produk kecantikan, tetapi kulit serta isi avokado kaya dengan vitamin B. Ia sangat penting untuk mendapatkan kulit yang licin, sihat, membantu mencegah iritasi, merah dan bengkak pada kulit. Anda boleh mengambilnya bersama salad, smoothie atau boleh menyapu isi buah tersebut di muka untuk dijadikan skrub. 

    Beri 
    Vitamin C sangat penting untuk kulit yang sihat dan buah beri telah membuktikannya. Strawberi dan beri hitam mengandungi serat kolagen untuk membuat kulit tampak lebih muda. Diperkaya dengan anti oksidan yang tinggi, ia turut berkesan untuk membantu mencegah keradangan tidak kira anda mengamalkannya bersama smoothie atau cara biasa. 

    Keju kotej (Cottage cheese) 
    Selenium dan Vitamin E yang terdapat dalam makanan ini dapat membantu melawan radikal bebas dan membekalkan antioksidan yang tinggi untuk kulit sihat. Ada laporan mengatakan khasiat kotej keju ini dapat mencegah kanser apabila diamalkan dalam pelan diet yang sihat. 

    Almond (kacang) 
    Asid lemak dalam makanan ini dapat membantu mengekalkan sel membrane dan dapat menyahkan toksik di dalam badan. Almond juga mengekalkan air dalam badan yang akan menjadikan kulit wajah dan badan yang pejal dan sihat. Selain itu, minyak baik yang terdapat di dalam almond ini sangat bagus untuk kesihatan jantung dan mengekalkan kesihatan berat badan.


    Kentang
    Kentang mengandungi zat besi yang sangat tinggi untuk keperluan tubuh. Diperkaya dengan zink dan vitamin C, kentang juga dapat membina kekenyalan kulit untuk tampil muda dan sihat sepanjang masa. 

    Bijirin
    Walaupun bijirin dapat menyebabkan peningkatan gula dalam darah, bijirin juga dapat membantu mengekalkan keremajaan dan kesihatan luaran yang anda mahu. Namun, anda harus memastikan bijirin ini mempunyai serat yang tinggi untuk mendapat manfaat yang baik kepada kulit anda. 

    Biji flaks
    Jika anda tidak suka makan ikan dan makanan yang mengandungi lemak asid omega tiga yang tinggi, biji flaks ini merupakan penyelesaian kepada anda. Omega 3 yang terdapat dalam biji ini dapat membantu menhidratkan kulit, mengurangkan sebum, menutup liang roma serta membantu mencegah jerawat. Minyak yang terdapat di dalam biji ini memberikan kulit wajah yang berseri secara semulajadi serta kulit yang muda dan sihat. 

    Yogurt
    Kaya dengan protein, yogurt membantu untuk membina kulit yang lebih anjal. Yogurt dari Greek mengandungi dua kali lebih protein dan kaya dengan serat. Terdapat pelbagai perisa yogurt dan anda juga boleh mengamalkan yogurt dengan tambahan buah beri, madu dan pelbagai buah lain. 

    Lada
    Warna hijau, kuning, oren, dan merah pada lada dapat menyerlahkan hidangan anda. Karotenoid (antioksidan di dalam lada) dapat mengurangkan kedutan pada wajah, menampakkan wajah lebih muda dan sihat jika selalu diamalkan. 

    Mangga 
    Bukan sahaja sedap, mangga juga dapat membantu memulihkan kulit. Mengandungi lebih daripada 80 peratus vitamin A, anda perlu amalkannya sekerap mungkin untuk melawan radikal bebas atau kulit tidak akan berkedut pada usia yang muda. Berkalori rendah, mangga amat sesuai diamalkan sewaktu diet.


    YANA SUDAH BERTUNANG?


    “Belum ada sesiapa pun datang merisik atau menghantar tanda pada keluarga saya. Saya sendiri pun tak tahu bagaimana cerita itu timbul.”

    Demikian kata pelakon popular, Yana Samsudin, 29, ketika mengulas berhubung desas-desus terbaru mendakwa dia sudah bertunang dengan anak kepada seorang tokoh korporat.

    Dakwaan itu timbul berikutan tersebar gambar Yana atau nama sebenarnya, Norliana Samsudin bersama lelaki terbabit di satu majlis anjuran sebuah syarikat korporat di Shah Alam, baru-baru ini. 

    Sumber yang memberitahu RAP turut mendakwa Yana sudah bertunang dengan jejaka berkulit putih itu dan dijangka melangsungkan pernikahan hujung tahun ini.

    Yana bagaimanapun mengakui memang hadir di majlis itu, tetapi menafikan memiliki hubungan istimewa dengan jejaka terbabit.

    “Saya antara artis yang diundang untuk memeriahkan majlis berkenaan. Saya sendiri tidak tahu menahu mana orang dapat cerita saya ada hubungan dengan lelaki dalam gambar itu.

    “Kami tidak ada apa-apa hubungan istimewa seperti yang digosipkan orang itu. Saya juga tidak ada apa-apa lagi nak komen mengenai perkara itu,” katanya.

    Bagaimanapun, kata pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-23 ini, dia berjanji tidak akan merahsiakan hari bahagianya dengan pihak media bila tiba masanya nanti.

    “Insya-Allah, kalau ada apa-apa cerita saya nak bertunang atau berkahwin, pasti saya mengundang pihak media untuk merakamkan detik bersejarah itu nanti,” katanya.

    Sebelum ini, Yana hangat digosipkan bercinta dengan adik aktor popular Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari.

    Namun, Yana menegaskan mereka tidak pernah berbincang soal kahwin walaupun sudah memperkenalkan dengan ahli keluarganya di Yong Peng, Johor dan berkawan rapat, sejak empat tahun lalu.

             Yana dikhabarkan bertunang bersama lelaki berkulit putih di dalam gambar di atas

    SYURA JUARA SELEBRITI MASTERCHEF 2



    Penyanyi Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron dinobatkan sebagai juara musim kedua program MasterChef Selebriti Malaysia selepas berjaya menentang saingannya iaitu pengacara Celina Khor.

    Kemenangan itu melayakkannya menerima wang tunai bernilai RM 60,500 yang akan disumbangkan kepada badan kebajikan yang diwakilinya iaitu Breast Cancer Welfare Association of Federal Territory.

    Hadiah disampaikan Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli di sini seiring dengan Majlis Tayangan Episod Kemuncak MasterChef Selebriti Malaysia yang turut dapat disaksikan menerusi saluran Astro Ria dan Astro Mustika HD pada malam Selasa.

    “Alhamdulillah, saya tidak menyangka kemenangan ini kerana tidak menjangka yang dapat pergi sejauh ini.

    "Saya banyak belajar mengenai dunia masakan dalam pertandingan ini, ” katanya pada sidang media di sini.

    MasterChef Selebriti Musim Kedua ini ditayangkan bermula 20 April setiap hari Sabtu hingga Selasa di saluran Astro Ria.

    Program sebanyak 40 episod itu disertai 19 selebriti tanah air dengan masing-masing diuji daripada aspek kebolehan memasak, kreativiti serta ketahanan fizikal dan mental di dapur.

    Barisan selebriti yang menyertai MasterChef Michael Ang, Sharifah Shahora, Kenchana Devi, Norish Karman, Cat Farish, Syanie Hisham, Lydiawati, Enot, Zain Saidin, Rozita Che Wan, Datuk Aznil Nawawi, Sabhi Sadhi, Sathiya, Radhi OAG, Yassin Yahya, Afiq Muiz, dan Keroz Nazri.


    Monday, 24 June 2013

    GAMBAR SEBENAR WANITA DI TANGKAP KHALWAT BERSAMA SHAHZ JASZLE


    FARAH wanita yang di tangkap bersama SHAHZ JASZLE tempoh hari akhirnya mendedahkan identiti beliau,kerana berang dengan sikap SHAHZ JASZLE yang bertindak menyerang beliau di sebuah bank tempat beliau berkerja dan beliau telah di berhentikan serta merta oleh pihak berkenaan.

    DAPHNE IKING MELUAT DENGAN SHARNAAZ



    Memang susah kalau bekerja dengan pasangan yang saling tidak menyukai antara satu sama lain. Apatahlagi kalau salah seorang daripadanya asyik nak tunjuk lagak kononnya dia saja lah yang bagus dan dia sajalah yang betul dalam segala hal. Itu yang dilalui oleh pengacara dan pelakon Daphne Iking apabila terpaksa berkerjasama dengan Sharnaaz Ahmad.
     
    Namun jangan khuatir kerana situasi itu hanya berlaku ketika di set filem Sindiket. Dalam filem arahan sutradara tersohor, Bade Haji Azmi itu, Daphne memengang watak sebagai Inspektor Sabrina yang bertugas di Sabah dan diarahkan bekerjasama dengan seorang pegawai polis dari Kuala Lumpur, Inspektor Rudy (Sharnaaz).
     
    Mereka ditugaskan membanteras sindiket pemerdangan manusia yang berleluasa di satu kawasan di Sabah. Diletakkan dalam satu pasukan, namun Sabrina dan Rudy saling bertelagah ketika menjalankan tugas kerana Rudy sering belagak manakala Sabrina hanya mahu menegakkan pendapatnya.
     
    Begitu pun, pertama kali berkerjasama dengan aktor itu, kata Daphne dia berasa teruja kerana selama ini dia hanya sekadar mendengar saja tentang lakonan Sharnaaz yang sering menerima pujian melalui akhbar dan TV. Sambil bekerja, ini juga masanya untuk ibu anak dua ini mengenali jejaka kelahiran Pulau Pinang itu.
     
    "Sebelum ni saya hanya dengar namanya dan hanya tahu serba sedikit tentang dia. Tapi bila dapat kenal betul-betul dengan Sharnaaz, dia sebenarnya sangat menjengkelkan (gelak). Dalam set sebagai Sabrina, saya memang rasa meluat dengan Rudy (Sharnaaz). Ketika diluar set pun sama!", selorohnya sambil melepaskan geram kerana Sharnaaz tidak habis-habis menyakatnya ketika di set.

    "Tapi sebenarnya saya suka dia, lakonannya bagus. Dah empat hari saya dan Sharnaaz di set. Setakat ni kami tak ada masalah. Malah saya kagum dengan caranya. Bayangkan dalam pada kami tengah berlawak, tiba-tiba pengarah suruh action, serta merta Sharnaaz bertukar kepada wataknnya, sedangkan saya masih cuba menahan ketawa. Sharnaaz memang seorang pelakon yang bagus", tambah Daphne. 
     
    Beliau ditemui di set lokasi penggambaran filem Sindiket di Unit Udara Polis Sabah, pada Rabu lalu. Pada hari tersebut telah dijalankan penggambaran babak melibatkan penerbangan pesawat khas dan lakonan oleh Datuk Jalaluddin Hassan, Sharnaaz dan Daphne sendiri.

    Seperkara lain yang menjadi cabaran Daphne sepanjang menghidupkan watak Sabrina, ibu kepada dua anak ini terpaksa mengikis sebahagian besar sifat dirinya.
     
    "Saya kena tinggalkan Daphne Iking dan menjadi Sabrina. Saya ni seorang yang periang dan suka ketawa serta pendamai untuk semua orang tetapi bila diberi watak polis ini saya akui amat sukar untuk ubah sikap saya bagi menjiwai watak ini.
     
    "Sehinggakan saya beberapa kali ditegur oleh Bade, dia kata ekspresi muka saya tak cukup garang dan serius ketika berlakon. Namun pengarah, memberi peluang kepada saya untuk cuba buat beberapa kali sehingga ianya berjaya", ujarnya.
     
    Berbaki 25 hari lagi penggambaran, filem yang mengetegahkan isu Human Trafficking atau Pemerdangan Manusia ini turut bakal menjalani penggambaran di sekitar Pulau Sebatik, Kalimantan Indonesia. Selain Daphne dan Sharnaaz, filem terbitan Loyal Studio Sdn Bhd yang menelan belanja RM3 juta ini turut membariskan pelakon seperti Liyana Jasmay, Sharifah Amani, Rashidi Ishak, Tony Eusoff dan Soo Wincci.

    TIMBALAN PRESIDEN FDAM BUAT REPOT POLIS KE ATAS EZANY


    Pengarah drama, Abdul Rahim Awang membuat laporan di Balai Polis Melawati dekat sini petang Isnin selepas mendakwa pelakon Ezany Nizariff cuba memfitnah kononnya dia mencabul seorang pelakon tambahan serta mengadakan hubungan seks dengan seorang pelakon baru.

    Rahim yang juga Timbalan Presiden, Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) berkata, dia nekad membuat laporan polis selepas kata-kata fitnah yang dilemparkan Ezany melalui media telah menjatuhkan maruahnya.

    "Apa yang telah dia (Ezany) lakukan telah memalukan saya sekeluarga.

    "Kenyataannya itu juga telah mengundang persepsi negatif oleh masyarakat umum terhadap saya.

    "Usia saya sudah 64 tahun. Adakah sesuai saya melakukan perkara sedemikian (mencabul)?" katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.

    Tambah Rahim dia memberikan tempoh seminggu bermula Selasa (hari ini) bagi menuntut Ezany membuat permohonan maaf secara terbuka.

    Katanya jika pelakon tersebut enggan berbuat demikian, Rahim akan mengambil tindakan seterusnya dengan membawa kes tersebut ke mahkamah.

    "Saya mahu dia membuat kenyataan minta maaf kepada dua akhbar utama dan kemudiannya meminta maaf kepada saya.

    "Bukan itu sahaja, dia juga perlu membuat sidang akhbar membersihkan semula nama saya yang tercemar ini.

    "Jika tidak, tindakan undang-undang pula akan diambil," tegasnya.

    Salinan laporan yang dibuat di Balai Polis Melawati.

    Terdahulu pada 17 Jun lalu, Ezany bersama enam orang kru produksi telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Serdang dekat sini selepas mendakwa sebuah syarikat produksi, NR Network, tidak membayar baki wang kerja-kerja lakonan kepada mereka menerusi dramaTitian Dua arahan Abdul Rahim.

    Malah Ezany turut mendedahkan produksi tersebut turut mempunyai masalah lain apabila pengarahnya iaiti Rahim telah cuba mencabul seorang pelakon baru dikenali sebagai Ffarrah di lokasi penggambaran. Pelakon itu telah pun membuat laporan polis pada hari sama di Balai Polis Kota Damansara.

    Sementara itu Ezany yang dihubungi berkata, dia tidak akan membuat sebarang permohonan maaf kepada Rahim kerana yakin berada di pihak yang benar.

    "Saya tidak perlukan masa seminggu untuk memikirkan sama ada mahu meminta maaf kepada dia (Rahim) atau tidak.

    "Buat apa saya perlu meminta maaf kepadanya? Saya bagi tempoh masa sehari sahaja untuk dia keluarkan surat saman.

    "Sepatutnya dia perlu berfikir panjang sebelum buat keputusan untuk menyaman saya," tegasnya.

    AWAL ASHAARI & LIYANA JASMAY DUTA SAMSUNG S4


    Telefon bimbit tidak lagi dilihat sebagai lambang kemewahan sebaliknya keperluan yang harus dimiliki setiap individu. Tambahan pula, sejak ‘smartphone’ atau telefon pintar diperkenalkan dengan sokongan pelbagai aplikasi, menjadikan segala urusan lebih mudah.

    Dua selebriti popular, Awal Ashaari dan Liyana Jasmay berkongsi pendapat yang sama. Malah, reaksi mereka jelas cukup teruja saat menceritakan kehebatan dan kelebihan telefon pintar terhangat di pasaran ketika ini, Samsung Galaxy S4, yang baru-baru ini dilancarkan.

    Liyana Jasmay berkata, S4 adalah telefon android pertama dimilikinya dan sejak menggunakan beberapa bulan lalu pelakon yang sedang sibuk dengan penggambaran filem Sindiket arahan Bade Haji Azmi itu mengakui sudah ‘ketagih’ dengannya.

    “Ini adalah telefon pintar android pertama yang saya miliki. Saya bukan jenis orang yang suka bertukar-tukar telefon. Saya akan menggunakan telefon hingga rosak dan baru menukarnya.

    “Ciri paling utama yang saya nilai sebelum membeli sesebuah telefon adalah kualiti kameranya. Apakah ia mampu menghasilkan gambar yang terang dan jelas?

    “Ini kerana saya memang suka ambil gambar dan akan muat naik di Twitter, Instagram dan Keek khususnya berkaitan dengan aktiviti penggambaran filem supaya dapat berkongsi dengan umum serta peminat bagaimana proses sesebuah drama atau filem dibuat,” katanya ketika ditemui di majlis pelantikannya sebagai duta Galaxy S4 bersama Awal di Kuala Lumpur, baru-baru ini. 

    Katanya, apabila Samsung mengeluarkan model terbabit, dia teruja untuk mendapatkannya, selain saiznya yang memang sesuai dengannya.


    “Aplikasi yang terdapat di dalam telefon ini juga sangat hebat dan luar 
    biasa. ‘Air View’ misalnya membolehkan pengguna melihat pratonton kandungan e-mel, S Planner, galeri imej atau video tanpa perlu membukanya. 

    “Air Gesture membolehkan pengguna menukar trek muzik, menatal ke atas dan bawah laman web atau menerima panggilan dengan mengguna isyarat tangan. Misalnya sedang sibuk di dapur dan tangan anda kotor, anda boleh menjawab panggilan dengan gelombang tangan saja dan ia terus menukar mode ‘loud speaker’,” katanya.

    Bagi Awal pula, dia tertarik dengan aplikasi ‘translate’ yang memudahkannya untuk berinteraksi dengan warga asing lebih-lebih lagi ketika berkunjung ke luar negara.

    “Ia akan memudahkan saya untuk berinteraksi dengan penduduk di negara yang saya kunjungi. Tambahan pula aplikasi ini turut mengajar kita untuk menyebut sesuatu perkataan dengan bunyi yang betul. Ia dapat membantu kita terutamanya ketika berada di negara yang tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai pertuturan mereka,” katanya.