Populariti aktor kacak Aaron Aziz yang mencanak naik nampaknya telah membuat dia sendiri laris dan menjadi 'lubuk duit' secara tidak sengaja.
Selain menjadi rebutan pihak penerbit, anak kelahiran Singapura yang kini sedang berusaha mendapatkan kerakyataan Malaysia ini juga asyik diburu oleh banyak produk kecantikan sebagai pancing untuk melariskan barangan mereka.
Terkini, jejaka yang menjadi idaman ramai wanita gara-gara lakonan gentlemannya sebagai Seth Tan dalam drama “Nora Elena” tidak lama dahulu ini dikatakan menerima tawaran sejumlah RM11.5 juta untuk tempoh satu tahun daripada syarikat minuman gergasi dunia, Pepsi.
Jika gosip tersebut benar, ia adalah sebuah rekod besar untuk industri hiburan tempatan. Kalau ia juga benar, nampaknya Aaron berkongsi satu payung yang sama dengan duta Pepsi dunia yang lain seperti Madonna, David Beckham, Shakira dan Britney Spears!
Wow, memang “hot” sangat aktor yang cukup sinonim dengan filem box-office “Ombak Rindu” ini. Dan menerima habuan sejumlah RM11.5 juta setahun, uh, tak habis senyumlah Aaron anak beranak dengan rezeki tersebut.
"Itu semua hanya gosip. Tidak benar sama sekali. Lagipun saya sekarang sudah terikat sebagai duta minuman produk Drive M7. Jadi saya tidak boleh mengikat kontrak sebagai duta produk minuman yang lain," jelas Aaron.
Sambil berseloroh dengan mengatakan jumlah RM11.5 juta itu membuat dia takut dikejar cukai pendapatan, Aaron juga menegaskan tentang nama sebenarnya yang dipermainkan sebagai Mat Haron Mustapha Mat Aziz Mustafa dalam sebuah laman hiburan tempatan.
"Nama saya memang original Aaron Mustapha Aziz yang diberikan oleh bapa saya sejak saya lahir. Bukan Mat Haron atau apa. Kalau tak percaya boleh semak dengan jabatan pendaftaran tentang nama sebenar saya," katanya yang kecewa dengan sikap individu yang 'menganiayanya' sehingga membuat dia dicemuh segelintir pihak.
Rata-rata banyak pula gosip liar yang dikaitkan dengan aktor yang makin segan ini. Apakan daya, gara-gara berjaya mengecapi status aktor terkenal, Aaron hanya mampu mendiamkan diri bila gosip tersebut mula bertiup kencang di laman-laman web sosial.
No comments:
Post a Comment