Friday, 6 April 2012
DEMAM ANUGERAH BINTANG POPULAR
ANUGERAH BINTANG POPULAR KE25 yang akan berlangsung pada hari ahad ini di genting highland.anugerah berpestij ini sentiasa di nanti-nantikan oleh para peminat-peminat artis yang bertanding.bagi peminat mereka semestinya tidak sabar untuk meyaksikan artis yang di minati menjadi bintang yang paling popular....
Adakah SHAHIEZY SAM akan mengekalkan POPULARITINYA? sama-sama kita saksikan.......
Berikut merupakan andaian admin siapa yang di jangka akan menang?
PENYANYI LELAKI POPULAR -HAFIZ
faktor kemenangan di anugerah juara lagu baru-baru ini dan fenomena ombak rindu mendorong kemungkinan HAFIZ akan menang.
PENYANYI WANITA POPULAR-YUNA
Populariti yang sudah ada pada diri YUNA sendiri dengan lagu terbaru terukir dibintang telah menadapat lebih 1 juta penonton di youtube tidak mustahil kategori ini milik beliau.
CALON ARTIS DUO/BERKUMPULAN POPULAR-SIXTH SENSE
Kumpulan ini sering menjadi perhatian di setiap persembahan mereka.lagu-lagu mereka sering menjadi lagu tema di dalam drama bersiri menjadikan mereka amat di minati oleh golongan gadis-gadis.
ARTIS BARU LELAKI POPULAR-JOHAN ARIFF
kategori yang sengit kerana semua mempunyai kekuatan sendiri dari segi filem,lagu dan gosip.kami memilih JOHAN ARIFF kerana lakonan beliau bersama fasha sandha yang mendapat rating tertinggi serta gosip yang dikaitkan membantu menaikan nama beliau.
ARTIS BARU WANITA POPULAR-IZARA AISHAH
Drama vanilla coklat yang mendapat 4.5 juta penonton membuatkan kami memilih IZARA antara calon yang layak untuk menang.
PELAKON FILEM LELAKI POPULAR-AARON AZIZ
Fenomena ombak rindu & kl gangster yang melanda industri filem negara dan kedua-dua filem lakonan beliau ini mendapat kutipan paling tinggi,tidak mustahil AARON bakal memenangi kategori ini.
PELAKON FILEM WANITA POPULAR-YANA SAMSUDIN
Pelakon yang paling banyak membintangi filem pada tahun ini dan mempunyai peminat yang agak ramai dan masih "single" ini tidak mustahil YANA menjadi pilihan kami.
PELAKON TV LELAKI POPULAR-AARON AZIZ
Drama nora elina lakonan "gentleman" AARON sebagai seth tan menjadi sebutan para penonton dan di menjadi idaman gadis-gadis di luar sana membantu kemenangan AARON dalam kategori ini.
PELAKON TV WANITA POPULAR-SCHA AL YAHYA
Pelakon yang akan menamatkan zaman bujang tidak lama lagi ini mempunyai peminatnya yang tersendiri dan impak awan dania mungkin SCHA calon yang dijangka untuk menang.
ARTIS KOMEDI LELAKI-ZIZAN RAZAK
Lakonan dalam filem HANTU BONCENG dan kemunculan di rancangan lawak sering menjadi perhatian oleh para penonton.Lawak ZIZAN sentiasa dinantikan oleh penonton di kaca TV.
ARTIS KOMEDI WANITA-NOORKHIRIAH
Lakonan beliau yang selalu menghiburkan para penonton dan lakonan yang nampak semulajadi beliau mendorong peminat akan memilih NOORKHIRIAH.
PENGACARA TV LELAKI POPULAR-AWAL ASHAARI
Kategori yang dikatakan PAK NIL yang punya.tapi mungkin pecah rekod jika AWAL yang akan memenangi kategori ini mengalahkan PAK NIL...;-)
PENGACARA TV WANITA POPULAR-FARA FAUZANA
Kesan impak MELODI terhadap FARA masih lagi ada dan lagi kuat lagi apabila FARA menjadi pengacara bagi rancangan NONA.
PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR-FAIZAL ISMAIL
Deejay radio hot fm bukan saja popular di radio malah di kaca televisyen FAIZAL berjaya menarik perhatian para penonton.populariti yang ada pada beliau mendorong kami memlilih beliau.
PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR-FARA FAUZANA
Deejay yang serba boleh dan kurang konroversi ini menjadi pilihan untuk memenangi kategori ini.
ANUGERAH SERI PERAK
Pertama kali di perkenalkan sempena sambutan ke 25 tahun anugerah ini dijalankan.DATUK SITI NURHALIZA merupakan calon pilihan kami kerana populariti yang masih ada dan perjalanan karier seni yang masih menjadi perhatian orang ramai.
ANUGERAH BINTANG PALING POPULAR KE 25
PETISURAT menjangkakan AARON AZIZ akan menjadi bintang paling popular tahun ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment