Tuesday, 10 April 2012
Badan WHITNEY melecur ketika di temui
Laporan bedah siasat ke atas mayat Whitney Houston, bekas penyanyi terkemuka yang bermasalah, telah menunjukan bahawa sebahagian besar kulit badannya telah melecur teruk akibat air panas di dalam tab mandi di mana penyanyi itu dijumpai.
Dipetik dari DailyMail, laporan yang mengejutkan itu menyatakan bahawa mayatnya mempunyai tompok-tompok kulit yang tertanggal di sebahagian badannya akibat melecur dari air panas.
Ianya dipercayai bahawa Houston yang mungkin dalam keadaan tidak sedar diri telah tidak dapat merasa betapa panasnya air mandian tersebut. Ketika mayatnya ditemui 6 jam selepas dia dijangka meninggal dunia, air mandiannya telah direkodkan mempunyai suhu 33°C (93.5°F), menunjukkan betapa panasnya air tersebut apabila dia menggunakannya.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu "I Will Always Love You" telah dijumpai meinggal dunia pada umur 48 tahun di dalam air sedalam 13 inci pada 11 Februari lalu dalam keadaan meniarap ke bawah.
Penemuan terkini yang mengejutkan itu menunjukkan betapa teruk keadaan mayatnya, juga menunjukkan bagaimana kehidupan bermasalahnya selama ini telah menjejaskan dirinya sehingga menyebabkan maut.
Kebanyaakan parut-parut di badannya adalah baru – manakala yang lain adalah parut-parut lama yang telah diabaikan. Laporan ahli bedah siasat Los Angeles menunjukkan bahawa bekas penyanyi itu mempunyai septum berlubang, kemungkinan dari kecederaan menghidu sejumlah ganja sepanjang hidupnya.
Mayat Houston juga menunjukkan parut-parut dan lebam-lebam di kedua-dua belah tangan dan kakinya, dan juga di kedua-dua bahunya dan kepala.
Terdapat 2 parut di bawah buah dadanya, dipercayai disebabkan oleh pembedahan buah dada. Ia juga dipercayai bahawa ketika dia masih hidup, dia telah menjalankan beberapa pembedahan kosmetik berdasarkan parut-parut di perut dan pehanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment