Tuesday, 3 April 2012

NURUL bakal menamatkan zaman 'single' nya?

Penyanyi berkulit hitam manis, Nurul Wahab telah terlepas kata dalam program bual bicara wanita terbitan TV3, "Wanita Hari Ini" (WHI) bahawa dia sudah mempunyai calon suami dan jika tiada aral melintang, dia akan menamatkan status jandanya pada tahun ini.

Dalam program tersebut yang sedang membicarakan topik "Fesyen: Koleksi Pengantin" ketika itu, pemilik nama sebenar Nurul Huda Abdul Wahab ini telah terlepas cakap selepas pengacara WHI, Azizah Ariffin dan Fiza Sabjahan bertanya tentang status dirinya.
Akhirnya penyanyi berusia 34 tahun ini mendedahkan bahawa dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga, namun enggan mengulas lanjut tentang bakal suaminya.

"Saya harap semua pihak memahami situasi saya. Saya mohon maaf kepada mereka yang menanti jawapan sahih mengenai status saya sekarang. Apa yang saya boleh kongsikan, saya memang akan berkahwin tahun ini jika tiada aral melintang. Saya akan membuat pengumuman sekitar Mei nanti. Oleh itu kita tunggu sajalah," ujarnya ketika ditemu ramai media sejurus selepas rancangan tersebut tamat.

Nurul yang bakal menggunakan khidmat Rizman Ruzaini memberitahu dia berasa sangat teruja untuk bekerjasama dengan pereka fesyen terkenal itu.

"Jika saya berkahwin buat kali kedua nanti, sudah pasti saya akan memilih Rizman Ruzaini kerana kami sudah lama bekerjasama sebelum ini. Selain selesa, saya suka rekaan mereka yang kreatif. Jujurnya, kami masih belum membuat sebarang perbincangan.

Semua persiapan baru hendak dimulakan," jelasnya lagi.Ditanya tentang perkahwinan impiannya, Nurul memberitahu dia inginkan perkahwinan keduanya ini diadakan secara eksklusif dan dalam suasana penuh romantik.

No comments:

Post a Comment