Thursday, 26 April 2012

HERO-HERO BERKUMPUL - THE AVENGERS



DIKHABARKAN bakal menemu ramah Chris Evans, pelakon terkenal yang memegang watak Steve Rogers yang juga Captain America dalam filem baru Marvel, The Avengers, hati penulis melonjak gembira.

Pertama kerana ingin melihat secara dekat bagaimana orangnya dan kedua, kesempatan itu membolehkan kami, media dari pelbagai negara menyelami peribadi aktor berusia 31 tahun ini.


Memandangkan kami dibawa Walt Disney Studios Motion Pictures untuk menonton tayangan premium filem berkenaan, sekali gus diberi peluang bertemu pelakonnya, maka kesempatan itu tidak boleh disia-siakan.

Meskipun sedar temu bual nanti hanya berkisar peranannya sebagai Steve Rogers, itu bukanlah masalah besar dan akhirnya selepas menunggu hampir sejam, Chris masuk ke bilik yang disediakan khas untuk temu bual itu dengan gaya santainya.

Memulakan perbualan dengan menceritakan pengalamannya serba sedikit menjadi Captain America dalam pasukan Avengers, Chris berkata, dia rasa bertuah dan gembira kerana digandingkan bersama barisan pelakon yang gila-gila.



“Di set penggambaran, kami banyak ketawa dan masing-masing tidak berasa tertekan. Kami seronok menjayakan filem ini dan sudah menjadi seperti keluarga kecil.

“Orang mungkin berkata terlalu ramai adiwira dalam satu filem akan menyebabkan pergeseran pendapat dan pertelingkahan, tetapi hakikatnya itu tidak berlaku kepada kami.

“Benar kami ada bergusti dalam filem ini, tapi kami juga pada masa sama menari terutama apabila ada seorang saja ‘bunga’ (merujuk kepada aktres, Scarlett Johannson) di set penggambaran,” selorohnya.


Walaupun Steve Rogers digambarkan sebagai seorang pendiam dan sukar menyesuaikan diri dengan keadaan, Chris jelas tidak mewarisi sikap itu. Bahkan pemilik nama penuh Christopher Robert Evans itu tetap bebas bercerita termasuk mengulas perasaan bangganya apabila dapat membintangi filem yang turut dibarisi idolanya.

Merujuk kepada Robert Downey Jr dan Samuel L Jackson, katanya, dia membesar dengan menghargai dua aktor terhebat itu dan kerjasama antara mereka sudah tentu menyimpan seribu kenangan.

“Apa yang anda lihat dalam filem tidak sama dengan yang berlaku di luar set. Kami memang mesra, bertukar cerita dan sering ketawa.

“Downey tetap dengan kelakarnya hingga kadangkala kami terpaksa menahan buat muka serius untuk memastikan tumpuan tidak terganggu. Betul, kami lebih banyak ketawa.

“Saya teruja kerana menjadi Steve Rogers membolehkan saya bersama mereka semua. Ini satu pengalaman yang menakjubkan. Sebelum ini, saya menonton semua filem Marvel dan sekarang saya sangat teruja kerana menjadi sebahagian daripada sejarah Marvel,” katanya yang memperlihatkan sifat merendah diri.

Bakal menyambut hari lahir ke-31 pada 13 Jun depan, Chris yang dibesarkan di Massachusetts memulakan kariernya di teater sebelum berpindah ke New York di mana dia melanjutkan pengajian di Lee Strasberg Theatre and Film Institute.

Minat mendalamnya terhadap seni lakonan meletakkan Chris sebaris pelakon ternama lain terutama selepas membintangi sekuel Fantastic Four sebagai Johnny Storm aka The Human Torch pada 2007.

Jelasnya, banyak filem aksi yang sudah dilakonkan sebelum ini, namun dia tetap perlu memastikan diri sentiasa gagah, berkeadaan baik dan sesuai bagi menjayakan sesuatu watak.

“Untuk itu dalam filem ini, saya banyak berusaha memastikan Captain America sentiasa nampak hebat di mata penonton walaupun jauh di lubuk hati Steve Rogers itu sebenarnya berasa sunyi.


“Banyak bermain dengan perasaan apabila awalnya Steve Rogers perlu dilihat sebagai terasing selepas terperangkap dalam ketulan ais pada penghujung Perang Dunia Kedua dan hilang rentak sebagai pejuang.

“Dia juga perlu menyesuaikan diri dengan dunia moden, bertegang urat dengan Tony Stark (Robert Downey Jr) yang hebat dalam semua perkara, tapi akhirnya dia berjaya. Mereka semua berjaya,” katanya.

Ditanya mengenai pakaian adiwira yang dipasangkan ke badannya, Chris memberitahu ‘sut’ itu menerima suntikan pembaharuan yang menyerlahkan lagi penampilan Captain America seiring perubahan zaman.

Bagaimanapun, jika ditanya mengenai keselesaan berpakaian begitu, dia berkata lebih rela menjadi adiwira itu daripada menjadi The Hulk ataupun Iron Man.

“Sekurang-kurangnya saya hanya mengenakan pakaian ketat dibandingkan The Hulk atau Iron Man. Sesungguhnya kami lebih tahu azabnya berpakaian begini.

“Sebab itu masing-masing tidak berjenaka dengan ‘sut’ kami sebab ia memang tidak selesa,” katanya.

The Avengers arahan Joss Whedon yang turut dibintangi oleh Mark Ruffalo, Chris Hemsworth dan Jeremy Renner mula ditayangkan di Malaysia pada hari ini.

ia mengisahkan Nick Fury, pengarah organisasi keamanan S.H.I.E.L.D menyatukan empat adiwira Iaitu Iron Man, Hulk, Thor dan Captain America untuk menentang Loki daripada memusnahkan dunia.



"saya tak ambil botox" SHIELA MAJID


Penyanyi Jazz yang popular dengan suara lunaknya, Datuk Sheila Majid menyatakan bahawa dia tidak pernah dan tidak akan mengamalkan penggunaan 'botox' kerana ianya haram di dalam Islam.

Dipetik dari mStar, Sheila, 47, menyatakan bahawa 'botox' mempunyai banyak bahan-bahan kimia yang berbahaya dan ianya boleh memberi kesan sampingan yang memudaratkan kesihatan kepada sesiapa sahaja yang mengambilnya.

"Kalau kita ambil 'botox', kita tidak tahu apa akan jadi kepada wajah kita pada 20 tahun akan datang. Saya menasihati kepada anda semua tidak menggunakan 'botox'," katanya.Sheila menjawab isu tersebut apabila disoal oleh seorang peminat mengenai penggunaan bahan tersebut di dalam rutin kecantikan beliau pada majlis Minggu Setiausaha, di Atmosphere 360, Menara Kuala Lumpur, Rabu lalu.

Acara itu yang juga telah dikendalikan oleh pengacara Dee pada waktu tengah hari telah dihadiri kira-kira 200 tetamu.

Selain itu, penyanyi kecil molek itu juga sempat berkongsi petuanya untuk kelihatan cantik kepada tetamu yang hadir, dengan menekankan kepentingan dalam bersenam untuk cergas dan memilih makanan berkhasiat setiap hari, malah anak-anaknya juga mengamalkan benda yang sama.

"Saya mengajar anak-anak saya supaya mengambil makanan yang berkhasiat agar mereka membesar dengan sihat," ujarnya.Selain muncul dengan lagu "Dia" sebagai pembuka tirai majlis, Sheila turut menyanyikan lagu "Ku Mohon", "Can't Take My Eyes", "Legenda", "Antara Ayer" dan "Jakarta", "Aku Cinta Padamu", "Sinaran dan Warna".

RAPPER kena tangkap hisap dadah



Rapper terkenal, Wiz Khalifa telah ditangkap oleh pihak polis Sabtu lalu selepas pelanggan yang menginap di hotel Nashville dimana Wiz Khalifa menginap, mengadu kerana terhidu bau kuat dadah jenis marijuana.

Dipetik daripada E!Online, bakal suami model Amber Rose sememangnya tidak berahsia tentang dirinya menyukai ganja, namun apabila pihak berkuasa melakukan pemeriksaan terhadap bilik Wiz Khalifa, dia dikatakan telah membuang marijuana tersebut.

Menurut pihak polis Tennessean, polis memberitahu bilik yang diduduki Khalifa atau nama sebenarnya Cameron Thomaz berbau marijuana, dan polis yang membuat pemeriksaan terhadap bilik tersebut melihat penyanyi berusia 24 tahun itu membuang marijuana ke luar tingkap.

Khalifa dan rakannya Lonnie Howard berusia 27 tahun kemudiannya ditanya samada mereka masih mempunyai marijuana dalam simpanan mereka, namun kedua-dua mereka menafikan. Apabila polis membuat pemeriksaan lanjut, polis telah menjumpai marijuana pada Howard.

Howard dan Khalifa akhirnya mengakui mempunyai marijuana, terutamanya selepas Khalifa memuat naik gambar marijuana di Instagram pada hari sama.
Khalifa dan Howard kini perlu hadir ke mahkamah Davidson Country pada 14 Mei untuk mendengar pertuduhan.

Wednesday, 25 April 2012

MEGAN FOX mengandung


Pelakon terkenal dengan filem "Transformers", Megan Fox disahkan mengandung anak pertama bersama suami yang juga seorang pelakon dalam rancangan bersiri terkenal "Desperate Housewives", Brian Austin Green yang berusia 38 tahun.

Fox yang sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk mempunyai anak sendiri memberitahu bahawa dia inginkan dua orang anak dan mungkin tiga orang kesemuanya.
"Saya inginkan sekurang-kurangnya 2 orang dan tidak kisah jika memiliki 3 orang anak bagi masa akan datang. Saya suka perasaan bergelar ibu kepada anak-anak sendiri."

Walau bagaimanapun, anak yang bakal dilahirkan nanti merupakan anak kedua bagi Green yang mana dia mempunyai seorang anak yang kini berusia 10 tahun hasil perkahwinannya sebelum ini.

Pasangan bahagia ini mula berkenalan di set penggambaran dalam rancangan televisyen komedi "Hope And Faith" pada tahun 2004, dan mengharungi hubungan yang naik turun sebelum ini sehinggalah mereka mengambil keputusan untuk mengikat tali perkahwinan pada tahun 2010.

Dalam pada itu, aktres berusia 25 tahun ini akan muncul dalam filem terbarunya "Friends With Kids" yang dijangka akan berada di pasaran Amerika Syarikat sekitar bulan September tahun ini, manakala untuk tayangan di Malaysia dan Singapura masih belum diketahui.

BILIK 7 : LISDAWATI dedah rahsia



KRONOLOGI kontroversi Lisdawati Nazaruddin memang panjang. Bergaduh sesama artis hingga kes itu dibawa ke mahkamah untuk mencari keadilan sewajarnya. Menyusul pula perselisihan faham dengan artis popular hingga terbawa-bawa ke set penggambaran di Pulau Pinang.

Mereka sepatutnya berlakon adegan bergaduh, tapi ia menjadi ‘real’ dan kedua-duanya terhumban ke dalam kolam renang sambil bercakaran.
Kontroversi seterusnya, dalam ruangan gosip melaporkan suaminya menjalin hubungan dengan wanita lain. Kasihan. Itu antara yang perlu dihadapi Lisdawati.

Sesiapapun pasti diburu keresahan kerana Bilik 7 merungkai rahsia peribadi mereka secara eksklusif. Namun, kami tetap meyakinkan bahawa ini adalah landasan terbaik untuknya menceritakan punca dan alasan sehingga tercetus kontroversi. Peminat dan penonton tidak tahu cerita di sebalik kontroversi yang tercetus. Lisdawati akur dan bersedia melaluinya.


Ketika pengarah studio, Alif Kamarudin sibuk mengarahkan jurufoto dan penata cahaya membetulkan kedudukan mereka mengikut konsep Bilik 7, Lisdawati mengeluarkan helaian akhbar yang menyiarkan berita pelancaran syarikat suaminya, sebagai pembekal gas ‘Slim’ yang dimuatkan pada hari itu.


Dia tersenyum bangga Fauzi Nawawi mendapat liputan yang besar. Tempat seorang isteri adalah di belakang suami dan memberikan sokongan padu.

Aktres Harapan Festival Filem Malaysia antara kejayaan yang dikecapi Lisdawati dalam industri ini. Menurutnya, rezekinya ditetapkan Allah dalam bidang ini, namun dia tidak menyangka terlalu banyak dugaan yang mesti ditempuh untuk terus bertahan. Tapi dorongan dan nasihat suami membuatkan dia tabah dan terus mengorak langkah.

“Abang (Fauzi) banyak membantu saya memperbaiki mutu lakonan. Saya belajar untuk melengkapkan diri menjadi pelakon yang baik dan berkualiti. Kini saya lebih selektif dalam memilih watak agar sesuai dengan status saya. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar,” katanya.

Kontroversi pertama meledak sewaktu perselisihan faham antara dia dan Nadia Mustafar. Menurut Lisdawati, terlalu rumit hendak memperjelaskannya kerana suami Nadia adalah kawan paling rapat suaminya. Disebabkan kes ini telah dibawa ke muka pengadilan dan kebenaran berpihak padanya, maka dia tidak mahu mengungkit cerita itu dengan panjang lebar, biarlah peminat menilai sendiri.

Kes itu belum tamat sepenuhnya kerana Nadia masih lagi merayu untuk mengurangkan denda yang perlu dibayar kepada Lisdawati. Secara peribadi, Lisdawati menang dalam menangani kontroversi pusingan pertama ini.

Kontroversi pergaduhan dengan Rita Rudaini juga mencetuskan kehangatan industri. Bergaduh di luar dan dalam drama. Bercakaran dalam kolam renang hingga dia membuat laporan polis. Menurut Lisdawati awal-awal lagi dia sudah dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena dari awal lagi. Atau mungkin ada konspirasi yang sengaja hendak menjatuhkannya.

Lisdawati dan Rita Rudaini pernah berkawan baik. Hubungan erat itu menjadikan mereka sebagai adik dan kakak angkat. Lisdawati mengakui dia sayang pada kakak angkatnya itu, tapi tak menyangka hubungan itu berakhir sedemikian.

Walaupun isu ini sudah lama berlalu, tapi yang pasti ramai ingin tahu penjelasan sebenar daripada mulut Lisdawati sendiri. Yang jelas pertelingkahan itu ada kaitan dengan Fauzi Nawawi. Nak tahu lebih lanjut, tonton Bilik 7, malam ini.

Kemuncak kontroversinya, apabila mengaitkan Fauzi Nawawi ada ‘kekasih gelap’. Kononnya mereka bernikah di sempadan Thailand. Betul ke? Apabila soalan itu ditanyakan, Lisdawati tidak melenting, malah dengan berhati-hati menjawabnya.

“Saya lebih mengenali suami saya. Macam-macam gosip yang saya dengar dan baca melalui laman blog dan twitter. Kami pernah dapat SMS yang cuba memburukkan Fauzi. Antaranya berbunyi, nampak macam baik pijak semut pun tak mati, di belakang awak macam-macam yang dilakukannya.

“Apa yang lucunya ketika itu kami sedang makan malam. Apabila Abang jawab, maka senyaplah tuduhan tak berasas itu. Saya pun tak tahu apa tujuan sebenar mereka yang cuba menggugat rumah tangga kami. Kenyataannya, kami hidup bahagia dengan kehadiran dua cahaya mata sebagai pelengkap” katanya.

Ibu muda itu beranggapan ada sesetengah pihak yang kurang senang melihat kebahagiaan rumah tangga mereka. Itulah sebabnya mereka tidak terlepas daripada gosip yang silih berganti.

Wajah Lisdawati nampak ceria apabila diajukan soalan mengenai anak hasil perkahwinan terdahulu Fauzi Nawawi?

“Anak Abang belajar di sekolah agama. Apabila cuti semester mereka berkumpul di rumah. Hubungan kami mesra dan saya reda menerima kehadiran mereka seadanya. Saya berusaha untuk menjadi sahabat kepada anak yang sedang meningkat remaja agar setiap masalah boleh dikongsi bersama,” jelasnya.

Namun sebagai artis cantik dan muda, dia tidak terlepas daripada godaan pihak tertentu. Namun untuk menjaga hati dan tidak mahu mengguris perasaan suaminya, Lisdawati tidak memperbesarkan setiap isu yang timbul.

Baginya godaan itu adalah asam garam kehidupan artis yang diminati semua golongan masyarakat. Mungkin ramai yang tahu Fauzi termasuk dalam golongan lelaki yang cemburu kerana bukankah cemburu itu sebahagian daripada elemen kasih dan sayang?

Selama hampir sejam ditemu bual, Lisdawati seolah-olah masih menyembunyikan sesuatu. Mungkin dalam dirinya, dia telah menggariskan sempadan apa yang perlu diterangkan dan selebihnya dipendam sendirian. Lisdawati begitu berhati-hati menjawab soalan kerana dia tidak mahu ada pihak yang tersinggung ataupun terluka.

Banyak lagi soalan dikemukakan pengacara Bilik 7, Richie Rachman sehingga membuatkan Lisdawati sebak. Semuanya akan terjawab malam ini.

Menurut Richie, ini antara perbualan terbaik setakat ini. Apa yang diinginkan penerbit telahpun dijawab dengan jujur.

Sebagai pelakon, Lisdawati bijak menyusun ayat dan intonasi suara penuh berkeyakinan, tapi apabila disentuh mengenai anak dan suami, hatinya mula bergelora dan air mata mula mengalir! Sebuah keinsafan yang lahir daripada keikhlasan hatinya.

Bilik 7 ditayangkan di ntv7 setiap Khamis, jam 9 malam.

VERSUS TV9 : pujian buat HUJAN


KUMPULAN Hujan mempamer aksi bertenaga apabila muncul pemenang ‘battle’ pertama program realiti Versus dalam saingan membabitkan lima kumpulan popular Malaysia.

Hujan tampil membawa lagu Dugaannya mengatasi lagu Cinta Matiku oleh 6ixth Sense pada saingan Versus minggu kedua yang disiarkan siaran langsung dari Space U8, Shah Alam, malam Jumaat lalu.
Program realiti ini turut menampilkan tiga kumpulan lain seperti Black & Parallax, Go Gerila! diketuai Aizat Amdan dan Sofazr.

Dengan bertemakan rendisi lagu baru dendangan Allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad, semua kumpulan terbabit menyampaikan lagu disampaikan dengan susunan dan gaya mereka sendiri.


Penilaian dan kritikan terhadap persembahan dilakukan dua juri tetap, Jennifer Thompson serta Loque dan juri jemputan, Fauzi Marzuki.


Persembahan minggu lalu jelas membuat penonton bersorak disebabkan kepelbagaian dan susunan baru lagu Sudirman dibuat oleh setiap kumpulan.

Loque, bekas anggota Butterfingers, terkenal dengan lagu The Chemistry, menyifatkan gaya persembahan vokalis 6ixth Sense, Adi seakan-akan ‘twist’ AC/DC yang penuh bertenaga beraksi di pentas.

Dalam slot selama sejam itu, 6ixth Sense menyampaikan lagu bertajuk Warisan sementara Black & Parallax, lagu Merisik Khabar.

Kumpulan projek baru ditubuhkan, Go Gerila! mendendangkan lagu Mat Disko bersama Aizat selaku pemain keyboard dan penyanyi latar sementara lagu Basikal Tua nyanyian Sofazr tidak kurang hebatnya dengan muzik sedikit ‘berat’.

Selepas memenangi ‘battle’, Hujan sekali lagi mempamerkan kehebatan mereka apabila mendapat reaksi positif juri. Lagu bertajuk Toyol disampaikan dengan penuh bertenaga membuatkan Fauzi Marzuki tersenyum lebar dan mengatakan tidak ‘overdo’, menarik dan tidak mengganggu lagu asal.

Mengulas penyampaian setiap kumpulan terbabit, Fauzi yang pernah berkhidmat sebagai A&R EMI Music berkata: “Pada saya, ada kumpulan menyuntik elemen sesuai lagu Allahyarham. Bagi saya, susunan paling memikat pada minggu kedua adalah lagu Toyol yang dibawakan Hujan kerana secukup rasa dan tidak berlebihan.

“Bagi kumpulan lain, saya rasa tidak perlu terlalu banyak membuat perubahan susunan baru hingga menjadikan lagu disampaikan menjadi lain. Paling penting, mereka mesti menyusun semula lagu mengikut cara dan karakter kumpulan itu. Ada juga kumpulan terlupa membawa melodi lagu terlalu jauh daripada asal hingga membuat lagu menjadi rumit dibawakan.

“Apapun, saya harap mereka mempamerkan persembahan lebih baik pada minggu ketiga yang bertemakan lagu Alleycats.”

Fauzi pernah mengharungi dunia seni bersama Sudirman selama sembilan tahun malah berganding bahu bersama komposer, Michael Veerapan dan pengurus Sudirman, Dharanee Kannan mengiringi beliau merakam lagu One Thousand Million Smiles di Abbey Road Studios, London.

“Setiap kali kumpulan terbabit membuat persembahan, saya akan teringatkan arwah. Sesukar manapun sesebuah lagu dibawa, beliau sentiasa mahu pendengar menerimanya dengan cara paling mudah.

“Sepanjang tempoh itu, saya melihat Sudirman bekerja keras menjadi penghibur Nombor 1 Asia sama ada di pejabat, di studio dan pentas persembahan, beliau tetap Sudirman.

“Terima kasih kerana semua kumpulan memberikan susunan baru mengikut gaya masing-masing,” katanya.

Kata Jennifer: “Lagu Toyol dibawakan Hujan membuat penonton dapat merasakan persembahan. Dengan komitmen 200%, kreativiti masih boleh diperbaiki,” katanya.

Program itu menggunakan format undian khidmat pesanan ringkas (SMS) orang ramai.

Dua kumpulan mendapat undian tertinggi akan bertarung pada ‘battle’ dan membawa pulang hadiah mingguan RM5,000. Juara keseluruhan akan menerima RM200,000.

Kontriversi babak rogol dalam OMBAK RINDU



Pelakon popular masa kini, Maya Karin telah tampil untuk memberi penjelasan mengenai babak yang paling banyak menerima kritikan di dalam filem "Ombak Rindu", iaitu babak rogol.

Di dalam filem ini, Maya memainkan watak seorang gadis kampung yang naif dan lurus yang dikenali sebagai Izzah, yang kemudiannya telah dijual untuk menjadi seorang pelacur. Malah dia telah dirogol oleh pelanggannya yang pertama, yang dilakonkan oleh Aaron Aziz, walaubagaimanapun, lelaki tersebut kemudiannya telah jatuh cinta dengan Izzah.

Filem yang telah diadaptasi dari novel ini sememangnya menerima ulasan yang positif dan menerima sambutan dari orang ramai. Namun begitu, para pengkritik mendapati babak rogol di dalam filem ini telah memuliakan kekejaman dan tidak berperikemanusiaan.

Berdasarkan petikan dari the Daily Chili, Maya menyatakan pendapat yang berlainan mengenai isu yang masih hangat diperkatakan sekarang.

"Pembikinan filem meliputi gambaran mengenai keadaan yang sebenar yang kini berlaku di sekeliling kita. Walaupun ada wanita yang tabah dalam menghadapi keadaan ini dan melawan kembali sekiranya ditindas, namun begitu masih ramai lagi wanita di luar sana yang tidak berkemampuan dan kuat untuk berbuat sedemikian.

"Terdapat juga wanita seperti Izzah yang terperangkap, ditipu, dan terjebak dengan dadah. Setiap filem tidak semestinya mengenai wanita yang melawan balik dan berjaya mengatasi keganasan," kata aktres ini lagi.Walaupun ramai yang menyoal motif jalan cerita tersebut, Maya cuma berkata bahawa filem itu tidak perlulah terlebih analisa.

Di sebalik kejayaan filem itu, yang telah meraih kutipan pecah panggung Malaysia sebanyak RM11 juta, Maya juga kini semakin popular dengan tawaran berlakon yang mencurah-curah.

Antara filem-filem baru aktress 32 tahun ini pada tahun ini akan melihatnya berkerjasama kembali dengan direktor Osman Ali dan juga Shuhaimi Baba.

Selain itu, aktres cantik kacukkan German ini, yang juga pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang guru berbangsa British Steven David Shorthose namun bercerai pada tahun 2010 turut menyuarakan hasrat untuk kembali berpacaran.

"Saya sudah bersedia untuk berjumpa orang baru dan pergi makan malam," katanya lagi.

Monday, 23 April 2012

Lagu dalam filem BOLLYWOOD yang ciplak dari lagu asal



Ah, lagu-lagu Hindustan. Anda sangka muzik mereka sangat indah. Namun begitu, sekiranya anda seorang komposer Bollywood di mana hampir 300 buah filem baru ditayangkan setiap tahun, pastinya anda akan menggaru kepala hendak menyiapkan lagu-lagu mereka. Jadi apa yang anda lakukan sebagai cara menyelamatkan diri dari batas waktu penciptaan lagu?
Kami persembahkan lima contoh lagu Inggeris yang telah diubah menjadi lagu Hindi!

Lagu: "Tumne Jo Kaha"
Filem: "Laawaris"
Muzik asal: "Barbie Girl" nyanyian Aqua
Manisha Koirala dan Akshay Khanna berusaha untuk nampak comel dan disukai dalam babak lagu "Tumne Jo Kaha". Mungkin "Barbie Girl" mempunyai aura kartun dan kelucuan dalam video klipnya, tetapi percubaan untuk berlagak comel di dalam babak lagu ini hanya membuatkan semua orang sedar tidak Manisha mahupun Lene dari kumpulan Aqua boleh menjadikan lagu ini satu lagu yang berkualiti.

Lagu: "Chera Tera Chera"
Filem: "Daag"
Muzik asal: Muzik dari runut bunyi filem "Titanic", "My Heart Will Go On"
Komposer lagu filem ini sepatutnya dipenjarakan. Bukan kerana meniru muzik dari lagu "My Heart Will Go On", tetapi kerana tidak berjaya menjadikan lagu itu lebih sedap didengar. Tidakkah mereka tahu slogan meniru? "Jika anda ingin meniru, jadikannya lebih baik!"

Lagu: "Tum Kya Jaano"
Filem: "Aashiq"
Muzik asal: Lagu tema runut bunyi "The Godfather", "Speak Softly Love"
Dua komposer Sanjeev-Darshan mungkin menyangka tiada siapa yang menonton filem Hindi akan menonton "The Godfather" atau mungkin mereka terlalu sukakan lagu "Speak Softly Love" ini sehingga merasakan mereka patut menjadikannya sebuah lagu cinta. Bayangkan Don Corleone yang membelai kucingnya berlatarkan lagu Hindi ini!

Lagu: "Aye Dil Laya Hai Bahar"
Filem: "Kya Kehna"
Muzik asal: "Oh Carol" ciptaan Neil Sedaka
Ingat tak lagu Neil Sedaka pada tahun 1958 itu? Anda selalu tersalah menyanyi liriknya dari "Oh Carol, I am but a fool" kepada "Oh Carol, I am bloody fool". Namun begitu, Bollywood mempunyai impian yang lebih besar daripada mengubah liriknya kepada sesuatu yang lucu dan menjadikannya lagu tema bagi filem "Kya Kehna". Tapi anda harus akui, versi Bollywood tetap indah untuk didengar. Adakah itu kelebihan produser Hindinya atau kehebatan Neil Sedaka?

Lagu: "Dil Le Lena"
Filem: "Auzaar" 
Muzik asal: "Macarena"
Bukan sahaja "Macarena" versi Bollywood ini mengambil lagunya, malah juga tariannya! Salman Khan dan Rishi Kapoor berseluar putih menari dengan penuh perasaan mengikut rentak lagu, membuatkan anda tidak pasti apa perasaan anda menontonnya.

Gambar RIHANNA ambil dadah



Selepas mencetuskan kontroversi memuat naik gambar separuh bogelnya di laman sosial, penyanyi yang popular dengan lagu "California King Bed", Rihanna kembali mencetuskan satu lagi kontroversi apabila dia memuat naik gambarnya yang sedang memegang serbuk putih yang disyaki dadah.

Gambar diambil ketika Rihanna berada di acara "Coachella Festival" di California baru-baru ini. Penyanyi berusia 24 tahun itu yang duduk di atas bahu seorang lelaki, dilihat seperti memotong sesuatu yang berisi serbuk putih di atas kepada lelaki tersebut.

Rihanna yang bertindak memuat naik gambar tersebut di Instagram telah mengundang pelbagai reaksi. Ramai yang yakin bahawa serbuk putih itu adalah kokain, dan ada juga yang mendakwa bahawa ia adalah ganja.

"tiada rancangan bertunang" FOUZIAH GHOUS



Baru-baru ini aktres popular, Fouziah Ghous mengakui bahawa dia sudah mempunyai kekasih dan enggan mendedahkan identiti sebenar kekasihnya. Fouziah juga menolak dakwaan yang mengatakan bahawa dia akan bertunang pada bulan Jun depan.

Dipetik daripada Kosmo, bintang filem "Rasuk" ini memberitahu bahawa dia tidak ada membuat perancangan untuk bertunang lagi dalam masa terdekat ini seperti yang didakwa.

"Saya sendiri tidak tahu bila akan bertunang. Orang yang beri kenyataan itu cukup hebat kerana lebih tahu tentang perkara yang saya sendiri belum tahu," katanya.

Aktres berusia 29 tahun ini meluahkan rasa kesal apabila ada pihak yang mendakwa dia bakal bertunang tanpa menyiasat dahulu kesahihan perkara itu.

Tambah Fouziah lagi, dia belum lagi terfikir untuk mendirikan rumah tangga ataupun bertunang buat masa ini, dan jika perkara itu akan berlaku, Fouziah berkata dia sendiri akan hebahkan kepada media.
"Jika tidak pasti, sahkan dengan saya dahulu dan bukannya buat andaian bukan-bukan sebegini dan secara tidak langsung mengelirukan semua pihak," jelasnya.

Sunday, 22 April 2012

Sejarah pawagam di Malaysia

CAPITOL THEATRE-MALACCA

CAPITOL-PENANG


CATHAY - MALACCA

RUBY-SEREMBAN
RUBY-PETALING JAYA

ODEAN-BATU PAHAT

FILEM : Misteri pembunuh bersiri dalam GONE


Filem thriller terbaru bertajuk GONE, mengisahkan satu penculikan yang di lakukan oleh seorang pembunuh bersiri. Kisahnya bermula apabila JILL (Amanda Seyfried), pulang dari bekerja pada shift malam dan mendapati, adik perempuannya telah hilang. Dia mempercayai bahawa adiknya itu telah diculik oleh seorang pembunuh upahan yang sama pernah menculiknya pada tahun sebelumnya.

JILL yakin penculik itu adalah pembunuh upahan tersebut yang datang semula untuk mencari adiknya. JILL begitu risau tentang keadaan adiknya dan dia hanya diberi tempoh selama 12 jam untuk mencari pembunuh bersiri tersebut sekaligus mendedahkan rahsia pembunuh itu juga menyelamatkan nyawa adiknya.

Adakah JILL berjaya menyelamatkan adik kesayangannya? Sama sama kita nantikan filem yang penuh dengan "suspense thriller" ini pada 10 May 2012 akan datang di pawagam seluruh Malaysia.


Title: GONE
Genre: Thriller
Director: Heitor Dhalia
Cast:  Amanda Seyfried, Jennifer Carpenter, Wes Bentley
Release date: 10 May 2012
Distributor: Gala Entertainment Sdn. Bhd. 



Tiket RUSSELL PETERS habis di jual dalam masa 3 jam


Disebalik kemungkinan, tercetusnya kontroversi apabila pelawak dari Kanada, Russell Peters akan datang membuat persembahan di Malaysia.

Permintaan yang tinggi langsung tidak mengejutkan pihak penganjur apabila tiket yang dijual habis dalam tempoh tiga jam selepas penjualan tiket dibuka. Sebanyak 7,900 tiket untuk "Russell Peters Notorious World Tour 2012" di Stadium Melawati, Shah Alam habis dijual.

Persembahan yang akan diadakan pada 12 Mei ini merupakan persembahan pertama Peters di Malaysia. Peters merupakan seorang pelawak yang terkenal dengan komedinya yang bersifat toleransi perkauman.
Acara yang dianjurkan oleh Running Into the Sun (RITS) bersama LOL Events, menerusi penerbitnya, Leonard Chua, memberitahu bahawa peminat Malaysia sudah beratur panjang di hadapan pejabat dari jam 6.30 pagi sedangkan tiket akan dijual bermula pukul 9 pagi .

"Tiket paling murah RM128 dan RM188 habis dijual dalam tempoh sejam," kata Chua.
Chua yang ditanya adakah mungkin akan ada persembahan kedua berikutan permintaan tinggi peminat, memberitahu bahawa pihaknya kini sedang berusaha mencari lokasi baru.
Ini bukanlah kali pertama jualan tiketnya habis terjual dalam masa beberapa jam sahaja. Peters merupakan pelawak pertama yang berjaya menjual tiket lebih dari 16,000 dalam masa dua hari ketika di Toronto Air Centre dan lebih 30,000 tiket di Kanada.

Sementara itu, persembahan Peters yang dibuat di Dubai telah habis dijual dalam tempoh 8 minit menjadikan penjualan tiket untuk persembahan Peters lebih cepat daripada konsert Ratu Pop, Madonna.
Pelawak berusia 42 tahun ini juga pernah muncul dalam beberapa filem seperti "Source Code" bergandingan dengan Jake Gyllenhaal, "Speedy Singhs" dan "New Year's Eve".

DIRA disingkir dari melodi, ZIZAN tidak masuk campur




Baru-baru ini, Zizan (Raja Lawak) atau Zizan Razak, telah diminta untuk mengulas mengenai isu Dira atau Dira Abu Zahar dan juga dakwaan mengenai pengacara "Melodi" itu yang telah terlibat dengan kes memukul seorang wanita di sebuah kelab malam.

Memetik dari sumber mStar, Zizan, yang juga pengacara "Melodi" bersama dengan Dira telah menyatakan bahawa segala urusan rakan pengacaranya adalah urusan peribadinya, dan sebagai seorang profesional, dia enggan terlibat.

Selain itu, sebagai orang luar, isu itu adalah satu isu yang sensitif, beliau turut menambah, "Sejujurnya satu-satunya individu yang berhak bercakap mengenai perkara ini adalah Dira sendiri kerana dia lebih mengetahui. Tambahan pula isu ini sangat sensitif dan kesahihan cerita tersebut belum tentu benar."
"Jadi adalah lebih baik saya tidak mencampuri urusan orang lain kerana takut ia akan menimbulkan masalah," ujarnya.

Malah, selepas isu panas itu menjadi liputan meluas di media, ramai peminat setia tertanya-tanya dengan kehilangan kelibat Dira dari rancangan gosip popular itu. Tambahan pula, kehilangan Dira telah diganti oleh Awal Ashaari.

"Baik pihak produksi mahupun Dira saya memang tidak pernah bertanya mengenai kehilangannya daripada program itu kerana tidak mahu masuk campur.

"Apabila penerbit memberitahu saya akan digandingkan dengan orang berbeza, saya anggap Dira mempunyai komitmen lain," jelas Zizan.

Zizan juga telah disoal mengenai keserasiannya bekerja dengan Awal, dan pengacara itu mengaku dia senang bekerja dengan pengacara baru itu. Walaubagaimanapun, Zizan tidak pasti sama ada Awal akan terus kekal sebagai pengacara atau sehingga kes Dira selesai.

Di sebalik kerjayanya sebagai pengacara, Zizan juga ingin mengembangkan kariernya dengan melibatkan diri dalam dunia lakonan dengan pelbagai watak dan tidak mahu diberikan watak klise seperti genre komedi sahaja.

Fesyen pelik NAJWA LATIFF bukan salah kakaknya



Penyanyi remaja yang mula popular melalui YouTube, Najwa Latiff mempertahankan kakaknya, Syafikah Latiff mengenai kritikan yang dilemparkan oleh umum mengenai imej dan fesyennya yang dikatakan pelik dan tidak kena dengan usianya angkara kakak penyanyi itu.

Dipetik dari mStar, Najwa, yang kini bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini, menegaskan, bahawa penampilannya pada sebarang acara-acara hiburan atau persembahan ditentukan oleh banyak pihak selepas perbincangan.

"Pemilihan imej saya tidak hanya ditentukan oleh kakak, malah ia melibatkan pihak pengurusan dan saya sendiri. Tidak adil menuduh kakak saya menjadi punca kepada masalah imej dan fesyen saya.
"Sebenarnya, kami akan berbincang terlebih dahulu sebelum saya menghadiri apa-apa acara hiburan. Orang ramai sudah salah faham tentang perkara ini," katanya lagi.

Isu imej penyanyi lagu Kosong ini semakin menjadi perhatian sejak beliau memperagakan busana rekaan Wan Huzairil di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25 (ABPBH2012) pada 8 April lalu, yang dikatakan tidak sepadan dengan usianya.

Kakak Najwa juga telah dipersalahkan sebagai punca fesyen dan penampilnya yang pelik pada malam itu. Tetapi Najwa kemudiannya berkata, "Saya masih baru dan tercari-cari fesyen yang bersesuaian dan sepadan. Namun, saya tidak berkecil hati walaupun segelintir pihak masih mempertikaikan imej saya."
Selain itu, penyanyi ini juga memaklumkan persembahan di ABPBH baru-baru ini adalah persembahan pentas yang terakhir sehingga beliau selesai SPM.

"Atas nasihat ibu, saya ambil keputusan ini untuk masa depan. Kalau diikutkan, saya patut berehat sejak Mac lagi dan kemunculan," katanya.
"Insya-Allah apabila saya aktif semula selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya akan tampil dengan kelainan," kongsinya.

Thursday, 19 April 2012

Kejutan istimewa buat ZIZAN



ZIZAN RAZAK telah mendapat kejutan oleh para peminatnya sempena meraikan majlis hari jadi ke 28 beliau yang berlangsung di Bora Ombak, Ampang. Kejutan itu telah dirancang oleh PA ZIZAN sendiri, juga warga ZIZAN FC. Majlis turut dihadiri oleh bapa dan ibu ZIZAN serta para artis di bawah naungan syarikat beliau WIRA FAME SDN BHD iaitu KAKA dan JOHAN ASA'ARI.


ZIZAN berasa amat terharu dengan kejutan yang dibuat dan menganggap ini sebagai pemangkin semangat untuk beliau terus berjaya dalam bidang seni tanah air. ZIZAN berkata "Saya amat terharu dengan kejutan pada hari ini. Saya menyifatkan kejayaan yang saya perolehi sekarang adalah hasil daripada sokongan daripada peminat setia, juga ibu bapa saya".


"Kejayaan saya ini juga banyak disokong oleh Marina Juki yang juga rakan kongsi dalam Syarikat Wire Fame Sdn Bhd. ini dimana dia telah banyak membantu dalam melancarkan kerjaya seni saya.
Dia juga berharap dapat menjalankan aktiviti riadah bersama kelab peminatnya pada masa akan datang.


Bagi perkembangan terbaru, ZIZAN sedang menjalani penggambaran filem TOKAN arahan GHAZ ABU BAKAR selain sibuk dengan rancangan kuiz komedi yang tidak asing lagi, Super Spontan.



ROSSA tidak marah pada wartawan


Penyanyi sensasi negara jiran, Rossa menafikan bahawa dia seperti berang ketika muncul dalam rancangan "Dahsyat", di Studio RCTI, Kebon Jeruk, Jakarta, Selasa lalu. Rossa menjelaskan bahawa dia tidak suka ditemubual ketika dia sedang sakit.

"Tidak marah lah. Wartawan yang menemubual saya tidak mahu faham. Saya cakap saya sakit tapi wartawan paksa juga,"kata Rossa di laman Twitternya @mynameisrossa.

Menurut KapanLagi, pelantun "Ayat-Ayat Cinta" sebelum ini pernah memberitahu bahawa jika dia tidak sihat, dia tidak mahu ditemubual, namun pihak media mendesaknya juga untuk ditemubual.
"Aku lagi demam. Lain kali kalau kerja guna lah hati."ujar Rossa.

Sementara itu, bekas isteri kepada Yoyo Padi ini juga tidak mahu bergambar ketika sesi bergambar media. Rossa hanya bersikap ramah ketika dengan peminatnya sahaja untuk bergambar.

FILEM : HOORE! HOORE! kenang SUDIRMAN


Siapa tidak kenal dengan allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad. Beliau merupakan seorang insan seni yang begitu dekat di hati peminat sehingga sekarang. Walaupun sudah 20 tahun pemergiannya, namun wajah, lagu, gaya persembahannya di pentas masih lagi ingatan.

Untuk memperingati jasa penghibur nombor satu Asia dalam industri muzik tanah air ini, Astro Shaw dan Real Films telah menghasilkan sebuah filem muzikal yang menggunakan rangkaian lagu-lagu popular beliau dengan kesemua lagu-lagu tersebut mendapat sentuhan semula daripada komposer terkenal Audi Mok.

Antara lagu-lagu yang dipilih dalam filem ini adalah seperti Bercanda Di Pasiran Pantai, Hoore! Hoore!, Basikal Tua, Hidup Sederhana, Kasih, Milik Siapakah Gadis Ini, Merisik Khabar, Ayah dan Ibu, Pelangi Petang, One Thousand Million Smile, Anak Gembala, Terasing, Balik Kampung dan Salam Terakhir.
Pengarah filem, Saw Teong Hin memberitahu idea untuk membuat filem muzikal ini tercetus selepas dia menonton filem "Mamma Mia" .

"Apabila saya tonton filem Mamma Mia, terlintas di fikiran saya mengapa kita tak ada filem macam ini, dan Astro Shaw berminat untuk menghasilkan filem muzikal Hoore! Hoore! Ini," Ujar Saw Teong.
Filem yang mengisahkan tentang seorang gadis Nurul Iman yang mempunyai tubuh yang agak gempal dan tidak terlalu cantik, bendul tetapi baik hati. Dia mempunyai dua rakan baik iaitu Lana dan Azadan. Mereka adalah rakan sekampung dan satu sekolah. Di sekolah Iman mempunyai seorang rakan bernama Johari yang dalam diam menyukai Iman.

Johari ini seorang kacak dan pada masa sama, Lana dan seorang lagi rakan sekolah yang cantik dan popular bernama Rita turut menyukai Johari. Rita seorang yang ego dan suka mencari masalah dengan Iman. Pada masa sama, Iman tergerak untuk menyertai pertandingan Ratu Idola yang turut disertai Rita.
Filem yang menelan belanja RM1.6 juta ini bakal ditayangkan diseluruh pawagam di Malaysia pada 24 Mei 2012 ini.

SKANDAL : ZAHIDA RAFIK & DATUK SHAFIE APDAL

Laporan polis telah dibuat oleh pemandu peribadi, Noor Azman Azemi yang berusia 38 tahun dalam kenyataan balas terhadap dirinya yang dituduh membawa lari wang berjumlah RM200,00 oleh Zahida Rafik awal bulan lepas.

Dalam laporan tersebut, Noor Azman memberitahu ketika itu dia berada di rumahnya di Flat PKNS Ampang, dia telah didatangi dua orang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai anggota polis yang bernama Hafiz dan Raj.

Kenyataan telah diberikan oleh Azman mengenai status hubungan sulit di antara Zahida dengan Datuk Shafie Apdal. Dia turut memberitahu kenyataan yang telah diberikan adalah benar kerana dia merupakan antara orang kepercayaan Datuk Syafie Apdal dalam merahsiakan hubungan sulit mereka yang telah terjalin hampir 3 tahun itu. Azman turut mengakui bahawa duit yang seringkali diberikan kepada Zahida, dia merupakan orang kepercayan yang akan pergi ke bank.

"Saya telah dilantik oleh Datuk untuk menjadi pembantu peribadi Zahida, saya merupakan antara orang kepercayaan Datuk. Dia turut memberitahu saya agar sentiasa memantau gerak-geri Zahida selama ketiadaan dirinya dan akan melaporkan kepada Datuk.

"Datuk akan berjumpa secara rahsia dengan Zahida di beberapa hotel terkemuka di sekitar Kuala Lumpur pada setiap hujung minggu. Setiap kali selepas perjumpaan itu, Datuk akan memberikan wang sebanyak RM100,00 hingga ke RM200,00. Wang tunai tersebut kemudiannya akan dibawa ke bank oleh Zahida ditemani saya dan dimasukkan ke dalam akaun Maybank milik Zahida di Menara Perkeso, Ampang."
Kenyataan laporan polis di atas telah didedahkan sendiri oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di lobi Parlimen yang lalu.

Melalui siasatan yang telah dilakukan, terdapat beberapa transaksi yang melibatkan sejumlah wang yang banyak telah dilakukan menteri itu kepada Zahida di antara Oktober 2011 hingga Januari 2012.

"Pada bulan Oktober 2011 sahaja ada dua transaksi iaitu RM36,000 dan RM26,000. Maknanya pada bulan itu sebanyak RM68,000 tunai yang diambil Noor Azman untuk dimasukkan ke dalam akaun Zahida Rafik.
Pada November 2011 pula sebanyak RM118,000 dan pada Disember pula sebanyak RM333,000 serta pada Januari 2012 sebanyak RM510,000. Kalau saya jumlahkan kesemuanya ia lebih kurang RM1.4 juta dalam masa empat bulan menteri itu berikan tunai kepada Zahida Rafik," katanya.

Zuraidi juga turut mendedahkan, Zahida memiliki sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series ,Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta.
Sebelum itu, Zahida pernah ditanya mengenai statusnya yang dikatakan dibela oleh golongan VIP namun telah dinafikan dan memberitahu duit yang dimiliki sekarang adalah hasil daripada perniagaan yang dijalankan sejak beberapa tahun yang lepas.

Wednesday, 18 April 2012

AMY terima JOHAN AS'ARI sebagai menantu

Beberapa bulan lalu, hubungan Johan As'ari dan Nabila Huda dikatakan semakin intim selepas berlakon bersama dalam drama bersiri Pelangi Kasih, dan semenjak itu hubungan mereka sering menjadi bahan spekulasi oleh orang ramai.

Dipetik dari laman mStar, vokalis kumpulan rock Search, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, berkata beliau akan menerima Johan Arrif As'ari sekiranya pelakon tersebut ditakdirkan menjadi menantunya.
Malah penyanyi itu juga tidak pernah menghalang anaknya, Nabila Huda untuk berkawan dengan sesiapa sahaja, asalkan individu tersebut dapat membahagiakan anaknya.

"Saya bukannya seorang ayah yang konservatif dan saya tidak akan menghalang anak saya untuk berkawan dengan sesiapa sahaja.
"Begitu juga dengan Johan, sekiranya Nabila ingin menjadikannya sebagai bakal suami pada masa akan datang, saya terima. Yang penting Nabila bahagia dengan kehidupannya itu," katanya lagi.

Walaubagai manapun, sehingga kini kedua-dua mereka menafikan khabar angin tersebut dan menyatakan perhubungan mereka tidak lebih sekadar teman rapat. Malah Amy juga berpendapat bahawa hubungan kedua-dua pelakon ini tidak lebih dari kawan biasa.

"Saya tahu bagaimana cara Nabila melayani seorang kekasih. Tetapi berdasarkan apa yang saya lihat mereka tidak lebih daripada kawan biasa.
Ianya lebih jelas apabila Amy, bersama dengan keluarga dan Johan pergi bercuti di Jepun pada Mac lalu, di mana kedua-dua pasangan tersebut tidak menunjukkan seperti pasangan bercinta.

RADHI OAG sudah penat jadi hamba dadah


PEMINAT rock alternatif mesti kenal dengan penyanyi yang dilahirkan pada 1978 di Kuching, Sarawak ini. Muhamad Radhi Razali atau lebih mesra dengan panggilan Radhi OAG mencipta nama besar melalui gabungan irama 60-an dan alternatif 90-an. Maka lahirlah lagu hit 60’s TV.

Kes rumah tangga yang jadi bahan paparan utama akhbar tempatan turut mengundang kontroversi. Begitu juga apabila bapa kepada seorang anak ini menyerah diri ke Rumah Pengasih, membuatkan peminatnya lega kerana itu jalan terbaik untuk menjauhkan diri daripada najis dadah.
Pertemuan di Bilik 7, baru-baru ini jelas membuktikan Radhi tetap seperti dulu, mesra, ceria dan mudah bekerjasama. Cuma dalam setiap perbualannya diselitkan dengan Subhanallah, Masya-Allah dan Alhamdulillah. Kini dia semakin menghargai erti sebuah kehidupan.

Pengenalan Bilik 7 kali ini sungguh berbeza. Radhi dibawa masuk oleh anggota polis ke bilik siasatan dengan keadaan mukanya tertutup.Gempak! Satu gimik yang sangat menarik Bilik 7 yang mahu mencipta dramatik!

Radhi tahu bahawa konsep Bilik 7 bukan membuka aib selebriti, tapi memberi peluang dan ruang untuk mereka berterus-terang. Dia bersetuju dan bersedia membuka cerita kerana ini adalah satu platform mendekati peminatnya yang sudah lama menunggu produk terbaru OAG.

Dulu wajah Radhi nampak pucat dan kurus, tapi sekarang sedikit berisi dan wajahnya segar berseri! Ini adalah petanda dia bebas daripada simptom dadah sepenuhnya!

Apa yang membuatkan Radhi mengambil dadah ketika berada di puncak? Itu antara soalan panas yang disediakan penerbit Bilik 7, Engku Azmin Engku Zaini. Dia tidak terkejut mendengarkan soalan itu, tapi dengan wajah ceria dia memulakan pengakuan sebenar.

“Saya terbabit dengan pengambilan dadah kerana terpengaruh dengan gaya hidup rock star Barat seperti idola kumpulan rock saya. Ketika itu saya hanya membayangkan saya ingin menjadi seperti mereka begitu hebat dalam menulis lagu, membuat rakaman berkualiti dan persembahan yang mendapat sambutan.

“Tapi ternyata cara itu salah serta merugikan kerjaya dan wang ringgit,” kata Radhi dalam nada kekesalan yang tak mampu diucapkannya.


Radhi mula mengambil dadah sejak berusia 15 tahun dan kenapa baru sekarang ini terlintas untuk berhenti dan membuang tabiat buruk itu? Terkebil-kebil dia hendak menjawab soalan itu, mungkin sukar untuk membuka keseluruhan rahsia yang tertutup rapat.

“Saya mahu berubah kerana anak dan rumah tangga. Kesedaran itu sudah lama ada dalam diri, tapi saya belum bersedia. Itu adalah perkataan paling sesuai. Apabila rumah rumah tangga saya tak mampu dipertahankan, diikuti paparan kes perceraian kami yang menjadi tumpuan akhbar dan TV, menimbulkan keinsafan yang mendalam. Saya hilang segala-galanya!

“Saya sudah penat menjadi hamba dadah. Niat berhenti itu memang ada, tapi kadang-kadang waktunya tidak sesuai. Dan hidup saya menjadi tidak terurus akibat dadah. Pelbagai dugaan yang saya lalui untuk mendapatkan ‘barang’. Dalam kepala saya hanya memikirkan dadah, bagaimana hendak mendapatkannya dan mencari duit untuk membelinya.

“Dadah menjadi keutamaan, saya tak boleh hidup tanpanya. Pernah terjadi saya terkincit dalam seluar ketika ditahan polis. Ketika itu saya rasa sangat takut. Peliknya, itu masih belum lagi menyedarkan saya,” katanya.

Dia pernah berkali-kali cuba berhenti walaupun sedar bukan mudah bagi penagih tegar sepertinya berbuat demikian.

“Saya pernah cuba berhenti ambil dadah. Berjaya untuk beberapa bulan kemudian jatuh dan ambil semula. Dulu lain, mungkin sebab saya masih muda. Kini saya dah berusia dan anak pun dah berusia tujuh tahun. Saya mesti lakukan sesuatu.

“Semuanya ini datang daripada Allah! Tiba-tiba saya tergerak hati untuk berhenti sebelum ditangkap polis dan ditempatkan dalam penjara atau pusat pemulihan. Saya tak mahu semua itu berlaku pada saya. Terus terang saya lakukan semua ini demi kasih sayang saya pada anak, Muhammad Rifdhi Musli.

“Saya tak mahu anak saya mengikut jejak saya. Percaya tak, saya pernah lihat sendiri teman saya boleh hisap dadah bersama anaknya yang berumur 9 tahun dan saya tak mahu ia berlaku pada saya. Ya, Allah jauhkan itu semua!

“Maka dengan tawakal dan reda, tanpa paksaan daripada sesiapa saya pergi sendirian ke Rumah Pengasih. Hanya itulah tempat terakhir untuk saya minta bantuan. Alhamdulillah, kehadiran saya diterima dengan senang hati. Semua penghuni di situ memberi saya sokongan moral,” katanya.

Di Rumah Pengasih, Radhi menemui jalan keluar. Selepas beberapa bulan tinggal di situ, sikapnya mula berubah.

“Alhamdulillah, kehidupan saya lebih tenang tanpa dadah. Kehadiran saya di sini bukan sebagai selebriti, tapi manusia yang memerlukan bantuan. Dari hari pertama lagi saya minta agar tidak diberikan sebarang keistimewaan. Saya melalui detik penyembuhan itu dengan semangat yang tinggi.

“Awal pagi saya sudah bangun. Sebelum ini saya bangun lambat tapi di sini, kami bangun sebelum Subuh untuk solat berjemaah. Diikuti senaman dan membuat kerja-kerja harian. Menjelang jam 11 barulah ada masa untuk berehat. Jadual saya sentiasa padat tapi saya gembira. Ini membuatkan saya mampu atasi ketagihan itu.

“Saya juga sering diundang ke sekolah, kolej dan universiti untuk memberi ceramah kempen jauhi dadah. Saya senang lakukan semua ini demi keinsafan yang timbul dari dalam diri saya semoga tidak ada remaja di luar sana yang terjerumus dalam najis dadah,” sambungnya.

Biasanya penagih yang sudah berhenti dan akan jatuh semula apabila dipujuk rakan yang masih menagih. Radhi sedar situasi itu, bagaimana cuba diatasi sebaik mungkin.

“Saya optimis dengan kekuatan jati diri dan mampu mengatasi masalah penagihan ini. Doakan saya agar dapat bertahan untuk selama-lamanya. Sesekali saya terfikir sudah banyak duit yang saya bakar! Seandainya, saya tidak mengambil dadah dari dulu mungkin saya sudah memiliki beberapa buah rumah dan kereta.

“Bayangkan begitu banyak duit yang saya gunakan untuk memenuhi ketagihan. Menyesal? Dah terlambat!

Ada lagi yang dikongsikan Radhi dalam Bilik 7 malam ini, pada jam 9 malam hanya di ntv7, Saluran Ceria Anda!

Dokumentari berkaitan mat rempit

ENAM tahun lalu, produser kental, David Teo, kecewa apabila tajuk filem terbitannya, Remp-it V3 terpaksa ditukar kepada V3 Samseng Jalanan. Semalam, dia mengaku mula berasa lega apabila perkataan berkenaan tidak lagi dipandang serong, malah sudah pun digunakan untuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Rempit United.

Pertubuhan yang sudah mencapai angka keahlian seramai 200,000 orang, daripada persatuan dan kelab bermotor membabitkan golongan berusia antara 16 hingga 30 tahun itu juga menerima sokongan tidak berbelah produser daripada syarikat Metrowealth Pictures terbabit.

Sebelum dokumentari itu dipaparkan, ia perlulah melalui meja perbincangan bersama badan NGO lain, kerajaan dan pihak berkaitan lain bagi mencapai satu kajian yang adil terhadap isu ini. - David Teo Katanya, persetujuan itu diambil bagi membuktikan kebenaran bahawa tidak semua golongan rempit hanya mengundang gejala negatif.

“Saya melihat penubuhan NGO seperti ini mampu untuk mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap golongan rempit. Dulu, sebelum saya menerbitkan filem Remp-It, semua orang tidak peduli apa itu rempit sehinggalah ia dilahirkan dan mengundang kontroversi.

“Saya membawa artis yang berlakon dalam filem saya seperti Adnan Sempit, bagi menjadi ikon untuk mendekati golongan ini. Tidak semua rempit itu jahat kerana jenayah atau perkara negatif itu dilakukan segelintir pihak saja,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran NGO berkenaan yang mendapat sokongan syarikatnya, di Kuala Lumpur.

Katanya, kerjasama itu juga jelas menunjukkan keberaniannya membuktikan pandangan serong masyarakat terhadap golongan itu tidak tepat sama sekali.
Susulan kerjasama bersama Rempit United yang diluluskan Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu, produser ini melahirkan hasrat menerbitkan dokumentari dan drama berasaskan inti pati kisah golongan yang sering disalahertikan itu.

“Antara sumbangan dan program yang akan mewarnai Rempit United ialah kelahiran dokumentari yang memaparkan realiti dan liku hidup yang dilalui golongan ini, termasuklah mereka yang terbabit secara tidak langsung dengan kewujudan mereka, seperti polis.

“Tetapi sebelum dokumentari itu dipaparkan, ia perlulah melalui meja perbincangan bersama badan NGO lain, kerajaan dan pihak berkaitan lain bagi mencapai satu kajian yang adil terhadap isu ini,” katanya sambil memberitahu, dokumentari sejam berkenaan akan disiarkan di stesen televisyen.

Selain itu, barulah ia disusuli penerbitan drama berkisarkan rempit. Ia akan menggunakan pelakon yang sudah berpengalaman membawakan watak golongan itu seperti Shaheizy Sam dan Intan Ladyana.

“Saya sebenarnya sudah lama memendam hasrat untuk melahirkan dokumentari seperti ini dan akhirnya ia akan terlaksana juga. Lagipun, realiti yang dipaparkan dalam dokumentari itu dapat menjelaskan sudut pandang semua pihak,” katanya.

Antara artis yang akan menyertai kempen permulaan yang akan dilaksanakan di Kuala Terengganu sekitar Jun ini ialah Zizan Razak, Sam, Intan, Sari Yanti, Nora Danish dan Ilia Iryani.

“Saya menggalakkan artis di bawah Metrowealth untuk menyertai kempen ini dan sebagai tanda sokongan, artis ini akan hadir memberikan kata semangat dan motivasi kepada golongan rempit untuk membuktikan siapa mereka sebenarnya, serta menangkis pandangan buruk terhadap mereka selama ini,” katanya.
Hadir sama pada majlis pelancaran itu ialah Presiden Rempit United, Wazi Abdul Hamid, serta pelumba veteran negara, M Meganathan.

JOHAN mahu watak serius

DUDUK berbual dengan pelakon, pengacara dan pelawak ini, lebih banyak ketawa yang kedengaran. Setiap perbualan pasti disulami lawak jenaka yang menggeletek hati. Ada saja bahannya untuk membuat orang sekeliling terhibur dengan keletahnya.

Pendek kata, hidup pemilik nama penuh Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz atau lebih dikenali dengan nama Johan Raja Lawak ini sentiasa ceria dek sifat kelakar yang ada padanya. Justeru tidak hairanlah andai trofi Artis Komedi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 menjadi miliknya.
Kemenangan itu bukan kejutan kerana diakui, Johan memang pelakon komedi yang bagus. Lihat saja bagaimana dirinya menyerlah menerusi program Maharaja Lawak serta pementasan Lawak Ke, Der? yang dijayakannya bersama Zizan di Istana Budaya, bulan lalu.

Itu tidak termasuk gaya penyampaiannya sewaktu mengendalikan program JoHaRa di stesen radio Era.fm setiap pagi, yang memang melucukan. Semua itu mungkin menjadi faktor mengapa trofi yang sebelum ini dipegang Zizan berpindah ke tangannya. Bagaimanapun, tentu tidak ramai yang sedar, bakat Johan bukan terhad pada lawak jenaka semata-mata. Dia juga mampu menjadi seorang yang serius.

“Komedi memang sebahagian daripada hidup saya, tetapi saya juga boleh membawakan watak serius. Namun masalahnya, tiada siapa yang mahu menawarkan watak begitu. Mungkin kerana saya sering tampil dalam program lawak, maka kebanyakan pengarah atau penerbit melabelkan saya sebagai pelakon komedi.

“Entah mengapa, sehingga kini tiada pengarah atau produser berani untuk menawarkan saya watak sedemikian. Sebagai pelakon, saya teringin juga mencuba watak serius, bagi menambahkan warna dalam corak lakonan,” kata pelakon berusia 27 tahun ini.
Biarpun ramai yang mengatakan trofi itu memang layak untuknya, namun kata Johan, dia tidak berangan-angan setinggi itu kerana baginya masih ramai yang layak dan berpeluang memenanginya.

“Justeru, apabila nama saya diumumkan sebagai pemenang, saya tak tahu nak kata apa. Memang terkejut, lebih-lebih lagi apabila mereka yang dicalonkan bersama saya ialah nama besar, seperti Afdlin Shauki. Apapun, saya tetap anggap Afdlin sebagai sifu dan amat menghormatinya,” kata suami kepada pelakon Ozlyn Wati ini.

Mengulas dakwaan modal lawak jenakanya lebih kepada mengenakan individu, Johan menafikan perkara itu sekeras-kerasnya.

“Bahan lawak jenaka saya bukanlah dibuat tergesa-gesa, tetapi saya rangka terlebih dulu apa yang ingin dikatakan. Kebanyakan idea datangnya daripada akhbar yang saya baca. Dari situ, saya akan olah bahan itu menjadi jenaka.

“Selain itu, idea juga datang ketika saya berada dalam tandas. Ya, di situ saya boleh dapat banyak dapat idea melucukan. Bila idea itu datang, saya akan suruh isteri menulisnya dalam buku, supaya saya tak lupa,” katanya sambil ketawa besar.

Adat mereka yang bergelar popular, pastinya kemenangan itu akan membuatkan status mereka naik setingkat lagi. Dalam erti kata lain, pastinya bayaran yang akan dikenakan selepas menang anugerah akan meningkat. Dijolok pertanyaan cepu emas itu, Johan menegaskan, nilainya masih seperti biasa dan tiada apa yang akan merubahnya.

“Rasanya, setakat ini bayaran yang saya terima cukup setimpal dengan apa yang saya berikan. Dalam soal harga, saya masih boleh berbincang,” katanya berterus terang.

Terdahulu, Johan dan artis naungan Astro lain seperti Aaron Aziz, Zizan dan Hafiz, yang turut menggenggam trodi pada malam kemuncak ABPBH 2011 di Arena of Stars, Genting Highlands, 8 April lalu, diraikan dalam majlis cukup meriah bertemakan Glitz dan Glamor, di Bandar Sunway, malam tadi.

Turut hadir, Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh; Pengarang Bersekutu Edisi Mingguan merangkap Pengerusi Bersama ABPBH2011, Hanizam Abdullah dan penerbit filem terkemuka, Datuk Yusof Haslam.

Tuesday, 17 April 2012

BOB KUMAN memerlukan bantuan


Terkedu seketika apabila membaca laporan eksklusif yang dilakukan wartawan TV3 Mazidul Akmal Sidek mengenai keadaan kesihatan yang tidak sihat dialami oleh pelawak terkenal, Bob Kuman.

Kisah bermula apabila Bob terjatuh ketika sesi pengambaran drama "Jangan Pandang Belakang Congkak" sekitar tahun 2011. Ketika kejadian, Wahid Senario dan Lan Pet Pet ada menjadi saksi kejadian malang yang melanda diri Bob Kuman.

Dia yang memberitahu, "Dalam keadaan sakit, semput dan sukar bernafas ketika itu, saya gagahkan diri untuk pergi ke hospital kerana tidak tahan dengan kesakitan yang ditanggung. Selepas keluar dari hospital, saya diberitahu kos perubatan mencecah sehingga ke RM7,000, ketika itu tuhan sahaja yang tahu perasaan saya kerana produser drama tersebut langsung tidak mahu membantu. Itu yang membuatkan saya kecil hati. Mujurlah, ketika itu ada rezeki diterima untuk saya lunaskan hutang namun masih berbaki RM3,600."

Kesihatan Bob Kuman semakin merosot apabila kini dia terpaksa bergantung sepenuhnya dengan bantuan oksigen ditambah dengan pergerakannya yang terbatas sejak 8 April lalu kerana tidak mampu untuk bangun.
Ujar Bob lagi, dia amat memerlukan bantuan oksigen sendiri, namun tidak mampu untuk membelinya kerana kesempitan duit. Tambahnya lagi, setelah membayar kos perubatan semuanya, duit yang tinggal dalam akaun simpanannya berbaki RM36 sahaja.

Bagi mereka yang prihatin untuk menghulurkan bantuan boleh hubungi Razali di talian 016 231 5812. Manakala berikut nombor akaun Bob (HUSNI MOHD RAWI) Maybank 1123-7100-7047.

SMS AIDIL kepada anaknya tidak di balas


Akhirnya, penjelasan dari pihak Aidil Zafuan diterima setelah dia lama mendiamkan diri sejak beberapa kemelut rumah tangganya diceritakan oleh isterinya, Rita Rudaini.

Menurut penjelasan Rita, Aidil sudah lama tidak pulang ke rumah untuk menjengkuk anak-anak dan jika perceraian berlaku terhadap mereka, Rita akan pastikan hak penjagaan akan dapat kepadanya.

Apbila diajukan soalan kepada bekas pemain Negeri Sembilan ini, dia menyangkal dakwaan yang dibuat oleh isterinya itu. Aidil memberitahu bahawa dia bukan manusia yang kejam sehingga tergamak melakukan perkara tersebut terhadap anak-anaknya sendiri, malah Aidil turut memberitahu bahawa dia masih berhubung dengan anak-anak melalui pesanan ringkas (sms), namun tidak pernah dibalas.

Aidil yang kini beraksi dengan pasukan ATM (Angkatan Tentera Malaysia) dalam saingan Liga Malaysia turut memberitahu bahawa dia telah menfailkan perceraian terhadap Rita melalui peguamnya dan telah diserahkan segala urusan kepada pihak peguam untuk tindakan selanjutnya.

"Memang saya ada failkan perceraian terhadap dia (Rita) melalui peguam di Petaling Jaya dan Rita meminta dipercepatkan perkara tersebut. Saya serahkan kepada peguam mengenai urusan selanjutnya," katanya kepada Berita Harian.

"Saya pergi hospital sebab gastrik" DIRA ABU ZAHAR

Pengacara rancangan hiburan tempatan, Melodi iaitu Dira Abu Zahar mengaku berada di hospital pada hari Ahad yang lepas di hospital kerajaan di Hospital Serdang, namun menafikan ia disebabkan cubaan membunuh diri dengan meminum cecair peluntur pakaian.

Dia didakwa telah cuba membunuh diri dengan meminum peluntur pada hari Ahad yang lepas. Ada saksi yang melihat kelibatnya dimasukkan ke wad kecemasan disamping ada keluarga terdekat ketika itu dengan keadaan yang lemah dah mengalami muntah yang banyak, namun memberikan kenyataan yang berbeza.

"Saya berada di hospital berkenaan kerana mempunyai gastrik. Ianya penyakit keturunan, adik beradik saya keempat-empatnya mempunyai masalah yang sama. Nasib tidak menyebelahi apabila pada hari Ahad yang lepas saya dimasukkan ke wad akibat dari masalah tersebut. Tambahan pula, saya memiliki tekanan darah rendah, doktor memberitahu perkara ini terjadi di akibatkan tekanan kerja yang saya hadapi.

Ketika kejadian, jika ada yang melihat saya, saya tidak berapa pasti kerana ketika itu saya tidak sedarkan diri dan tidak tahu apa yang berlaku seterusnya. Yang pasti saya telah dimasukkan ke wad,"ujarnya.

Apabila diajukan pertanyaan mengenai dia dimasukkan ke wad kecemasan akibat dari masalah tekanan lantas meminum peluntur, dia menafikan sekeras-kerasnya dan seperti mahu memarahi pihak wartawan yang cuba mendapatkan pengesahan darinya.

"Perkara ini yang membuatkan saya tertekan. Saya mempunyai masalah gastrik dan apabila ditahan wad, doktor memberitahu saya ada appendix pula. Tiada kena mengena dengan meminum bahan peluntur. "jelasnya dengan tegas.

Walau bagaimanapun, keadaan pengacara dan juga pelakon popular ini beransur pulih apabila dia telah dibenarkan keluar dari hospital pada hari Isnin yang lalu.
Dira atau nama sebenar, Khaidhirah Abu Zahar pernah terlibat dalam kes pergaduhan di dalam sebuah kelab di ibu negara baru-baru ini namun tetap menafikan perkara tersebut walaupun ternyata bukti tidak menyebelahi dirinya.

"TENGKU MISHAL individu yang memukul SONAONE" kata HUNNYMADU

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan insiden yang berlaku di luar sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang, dimana seorang pemuzik, SonaOne atau nama sebenarnya Mikael Adam Mohd Rafae mendakwa dia telah dipukul oleh seorang kerabat diraja Johor sehingga menyebabkan dia cedera parah di kepala dan terpaksa dikejarkan ke hospital.

Identiti kerabat diraja Johor tersebut tidak diberitahu oleh Mikael Adam, namun menurut sebuah blog hiburan szlihin.com, penyampai radio Fly Fm, Hunny Madu telah memberitahu identiti kerabat Johor yang didakwa memukul Mikael Adam di laman Twitter-nya.

"Tunku Mishal Ibrahim (kerabat Johor), bashed Mikael Lozach repeatedly when he pulled him out of his car. Result: fractured cheekbones.#justice," kata Hunny di laman Twitter-nya.

Menurut Hunny Madu lagi, Tunku Mishal sebelum ini juga pernah memukul Hafiz Hatim (adik kepada Hunny Madu) yang juga merupakan penyampai radio Fly Fm di kelab malam The Rootz, Bukit Bintang pada tahun lepas."A year ago, same dude assisted to bash Abe up. Both happened at The Rootz. Thanks you T.Mishal. #justice," kata Hunny lagi.

Mesti ramai yang tertanya siapakan Tunku Mishal ini. Nama penuhnya ialah Tunku Mishal Sharin bin Ibrahim, dan dia sah merupakan seorang kerabat Diraja Johor. Sila lihat disini untuk kepastian, www.royalark.net.
Kes ini telah diisukan kepada Tengku Mahkota Johor (TMJ), dan TMJ memberi respon tidak mahu mengaku bahawa Tunku Mishal adalah kerabatnya. Malah dikatakan TMJ menyokong jika Tunku Mishal dipenjarakan.

FILEM yang menggunakan kaedah "found footage"

FOUND FOOTAGE merupakan kaedah yang terbaru di gunakan dalam menghasilkan filem,ianya seperti rakaman yang di buat menggunakan kamera peribadi atau rakaman cctv.kebanyakkan kaedah ini di gunakan dalam filem seram,kerana ianya seakan akan kejadian yang sebenar bagi menakutkan para penonton.namun ada yang tidak menyukai nya kerana di anggap memeningkan kepala ketika menonton.Berikut terdapat senarai filem yang menggunakan kaedah "FOUND FOOTAGE" ini.




THE BLAIR WITCH PROJECT (1999)
"The Blair Witch Project" merupakan filem bebas yang paling laris ketika ia mula ditayangkan pada akhir 90-an. Dengan bajet kecil yang hanya memakan AS$35,000 (RM107,424) dan mengambil masa lapan hari untuk penggambaran, ia telah ditonton lebih 250 juta penonton di seluruh dunia. Ia berkisar tentang tiga orang pelajar bidang pembikinan filem yang cuba mengungkai misteri "Blair Witch" di sebuah hutan berbukit di Maryland yang akhirnya menjadi mangsa projek mereka sendiri. Bukan sahaja filem ini berjaya dari sudut kutipan, malah ia menjadi sebuah filem ikutan genre ini.

[REC] (2007)
Para pengkritik memilih filem Sepanyol ini sebagai filem terbaik bagi genre ini. Apa tidaknya, apabila dua pengarahnya, Jaume Balaguero dan Paco Plaza memilih untuk menggabungkan 'found footage', elemen zombie dan kerasukan di dalam sebuah bangunan pangsapuri yang tertutup dalam satu acuan. Sekalipun dengan permulaan yang agak perlahan, sebaik sahaja ia memulakan rentaknya, anda tidak akan sempat bernafas dan menenangkan diri. Malah "[REC]" juga telah diadaptasi Hollywood dengan judul "Quarantine". Namun begitu, ia masih tidak dapat menyaingi kehebatan filem asalnya. Tiada apa yang lebih menakutkan daripada melihat sesuatu yang menakutkan dalam bahasa yang anda tidak tahu!

NOROI (2005)
Noroi atau "The Curse" merupakan filem seram Jepun yang ditayangkan pada tahun 2005 dan telah menemui penonton di Asia Tenggara pada tahun 2008. Raja bagi genre 'found footage' Jepun yang bernama Koji Shiraishi ini telah menggunakan 25 orang pelakon untuk memainkan 25 karakter dan menggunakan elemen sihir dan pemujaan syaitan sebagai subjeknya. Dalam "Noroi", Koji memaparkan rakaman seorang pengarah dokumentari yang telah menghilangkan diri selepas menyiasat tentang beberapa siri misteri menyeramkan yang rupa-rupanya saling berkaitan dan menyebabkan tragedi menimpa dirinya. Tapi awas! Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda akan mengalami fobia dengan 'bakteria' selepas ini.


OCCULT (2009)
Koji Shiraishi sememangnya menggemari genre ini dan memiliki lebih lima buah filem menggunakan teknik yang sama. Sebuah lagi filem arahannya menggunakan rakaman yang ditemui adalah "Occult" atau "Okaruto" pada tahun 2009. Kisah yang agak lucu dan menyeramkan ini menyentuh tentang obsesi seorang mangsa tragedi yang percaya dia mempunyai misi di dunia selepas tragedi yang berlaku pada dirinya. Ia juga merupakan satu penghormatan dari Koji buat karya H.P. Lovecraft dan Cthulthu - makhluk Lovecraftian yang cukup terkenal bagi peminat genre seram. Menonton filem ini akan membuatkan anda tertanya-tanya, "Adakah Koji dalam keadaan khayal ketika merakam filem ini?"

CLOVERFIELD (2008)
"Cloverfield" merupakan filem genre ini yang lari daripada acuan seram yang sama. Filem arahan Matt Reeves dan diterbitkan oleh pengarah "Lost", J.J Abrams ini menyatukan kisah cinta antara dua insan yang berada dalam kekecohan apabila seekor raksasa menyerang bandar New York. Bayangkan sahaja Godzilla, Romeo & Juliet dan kamera bapa saudara anda dalam satu filem. Ya, begitulah.

REC 2 (2009)
REC 2 atau [●REC]² merupakan sambungan filem pertama dan ditayangkan pada tahun 2009. Namun apa yang menjadikan filem ini lebih hebat dari yang pertama ialah kedua-dua pengarahnya bukan sahaja menggunakan kamera filem tetapi juga lensa rakaman unit petugas yang membolehkan anda menonton filem ini dengan perasaan seperti sedang bermain permainan video "Call Of Duty" atau "Silent Hill". Kalau anda biasa bermain permainan video, anda akan tahu perasaannya bagaimana.


PARANORMAL ACTIVITY (2007)
Ketika ia mula ditayangkan, "Paranormal Activity" "Paranormal Activity" mendapat perhatian ramai kerana tekniknya yang agak berbeza dengan menggunakan rakaman kamera CCTV – sehingga membolehkan filem ini menghasilkan dua buah sekuel dan sebuah lagi filem 'spin-off' dengan watak dari Jepun. Ia berkisar tentang sepasang kekasih Katie and Micah yang dihantui kehadiran makhluk ghaib di rumah mereka.

JUNE 9 (2008)
Jika anda rasa "Paranormal Activity" atau "The Blair Witch Project" tidak cukup menggerunkan, maka "June 9" adalah jawapan untuk anda. Dengan menggunakan teknik rakaman video oleh sekumpulan remaja yang suka berbuat kacau di tempat tinggal mereka, pada awalnya anda akan merasa geram dan benci pada watak-watak utama rakaman ini, Namun apa yang berada di penghujung filem ini mungkin akan membuatkan anda tidak lalu makan selama beberapa hari.