Penyanyi Ziana Zain telah meluahkan hasratnya untuk melihat adik lelakinya, Anuar Zain untuk mendirikan rumah tangga dengan segera kerana usianya sudah menjangkau 42 tahun,
tetapi tidak pernah berani memperkenalkannya dengan siapa-siapa mahupun memberikan cadangan.
"Kami sekeluarga tidak pernah memperkenalkan dia dengan mana-mana wanita kerana tak berani. Namun apa yang kami tahu, Anuar bukanlah seorang yang cerewet, cuma dia sukakan wanita yang bijak dan mudah mesra dengan keluarga," jelas penyanyi berusia 44 tahun ini di majlis Pra-Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011) di Hotel Holiday Villa Subang baru-baru ini.
Sementara itu, duta Slim World ini sudah pun mengeluarkan single terbaru berjudul "Misteri Cinta", duet bersama penyanyi Sohaimi Mior Hassan.
Ziana yang tercalon dalam ABPBH 2011 akan turut membuat persembahan pada malam kemuncak acara tersebut yang berlangsung pada 8 April akan datang di Arena Of Stars, Genting Highlands.
No comments:
Post a Comment