Thursday, 16 February 2012

TIZ & REMY tiada apa-apa masalah

Aktres jelita yang mula dikenali dengan drama bersiri "Nur Kasih" menjelaskan status hubungan cintanya dengan aktor Remy Ishak yang didakwa sudah retak beberapa minggu lalu.

Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak memberitahu dakwaan yang hangat diperkatakan itu hanyalah spekulasi semata-mata. Hal ini disebabkan status yang ditulis di laman sosial Facebook seolah-olah menggambarkan hubungan mereka telah berakhir.

"Apa yang ditulis di Facebook sebenarnya langsung tiada kena-mengena dengan hubungan saya dan Remy. Kami baik-baik sahaja," ujar Tiz ketika ditemui di malam gala filem terbarunya, "Cinta Kura-Kura" di Cathay Cineplex Damansara baru-baru ini.

Ditanya jika dia berasa kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang mengganggu hak privasinya, aktres berusia 23 tahun ini memberitahu; "Saya sedia maklum sebagai seorang artis, privasi kami haruslah dikongsi bersama peminat. Namun ada kalanya saya perlu bersendirian. Pada saya, privasi harus dibahagikan dengan baik agar nampak seiring."

Tiz yang sebelum ini gemar berhubung dengan peminat menerusi akaun Twitter @tiztiztiz sebelum menutupnya tahun lalu memberitahu dia kini aktif menggunakan laman sosial Facebook.

"Saya sudah tidak memiliki akaun Twitter sejak enam bulan lalu. Pada permulaannya agak sukar kerana sudah terbiasa berinteraksi secara langsung bersama peminat. Namun lama-kelamaan, saya sudah biasakan diri. Saya hanya menggunakan akaun Facebook sahaja buat masa ini."

No comments:

Post a Comment