Jaminan ketawa tanpa henti itu yang dapat kami gambarkan setelah meyaksikan persembahan komedi "lawak ke der" di istana budaya.Menampilkan pelawak-pelawak yang terkemuka negara seperti kumpulan BOBOI,NABIL,HARITH ISKANDAR & OSBON yang merupakan pemenang MAHARAJALAWAK MEGA memang cukup tidak menghampakan para penonton yang datang meyaksikan nya.
Membuka tirai oleh NABIL selaku pengacara dengan celoteh dan lawak semasa beliau sudah membuatkan penonton rasa terhibur dan kemunculan kumpulan BOBOI memainkan watak gegurl & boboyot mereka yang sangat menjadi.kemudian gandingan ABON & OS iaitu OSBON pula membuat persembahan dengan membawa teksi OS ke atas pentas.
Harith iskander yang terkenal sebagai stand up comedian no 1 malaysia muncul di atas pentas setelah sekian lama beliau tidak aktif berada di atas pentas muncuk memberikan persembahan komedi yang begitu mencuit hati dan ternyata beliau memang hebat dalam berlawak secara solo.
Watak DATIN MAIMON turut di selit kan oleh kumpulan BOBOI dalam persembahan mereka,watak DATIN MAIMON ternyata begitu popular di kalangan peminat-peminat kumpulan BOBOI dan lain pula bagi kumpulan OSBON yang membuat sketsa berkaitan orang muda dengan orang tua.
Idea HANS ISAAC menghimpunkan pelawak-pelawak popular di atas satu pentas ternyata berhasil dan berjaya mengangkat komedi tempatan di peringkat yang boleh di banggakan.
LAWAK KE DER berlangsung dari 3,4,5,10,11,12 Februari 2012 di ISTANA BUDAYA,tiket boleh di dapati di www.ticket2u.biz
No comments:
Post a Comment