Penyanyi "Rolling In The Deep", Adele meminta maaf selepas menunjukkan jari tengahnya ketika siaran langsung Anugerah Brit 2012 yang berlangsung di 02 Arena, London malam Selasa lalu.
Kejadian tersebut berlaku ketika penyanyi berusia 23 tahun sedang memberi ucapan selepas memenangi Anugerah Album British Terbaik, sebelum dipintas oleh pengacara James Cordon yang memperkenalkan artis persembahan selepas itu, kumpulan pop rock 1990-an, Blur.
"Saya terus menunjukkan jari tengah saya. Ia adalah untuk Anugerah Brit, bukan ditujukan kepada peminat saya. Saya meminta maaf sekiranya membuat orang terasa dengan tindakan saya, tetapi ia adalah sesuai dengan tindakan mereka yang membuat saya terasa ketika itu," ujar Adele kepada BBC.
Dalam ucapannya itu, Adele mengucapkan rasa gembira dan bersyukur dengan kemenangannya.
"Tiada apa yang membuatkan saya bangga apabila pulang ke kampung halaman dengan membawa enam Anugerah Grammy dan menghadiri Anugerah Brit serta memenangi album terbaik.
Saya berbangga menjadi rakyat British dan mengibarkan bendera kita." Tindakan Cordon ketika itu telah mendapat kritikan penonton.
Pada malam tersebut, Adele telah membawa pulang dua anugerah utama iaitu Album British Terbaik dan Penyanyi Wanita British Terbaik.
No comments:
Post a Comment