Friday, 1 June 2012

ZED ZAIDI pertikai bayaran artis K-POP


ZED ZAIDI yang baru sahaja dilantik menjadi presiden SENIMAN nampaknya semakin lantang bersuara dalam memperjuangkan hak-hak artis tempatan. Kali ini, ZED ZAIDI mula mempersoalkan tentang bayaran terhadap artis K-POP di acara himpunan jutaan belia yang telah diadakan baru-baru ini bertempat di Putrajaya.

Susulan dengan penyebaran dokumen tersebut, ZED ZAIDI mempersoalkan di dalam laman twitter miliknya terhadap perkara tersebut dalam nada yang agak tidak puas hati terhadap pihak-pihak yang mempromosikannya.

Dalam twitternya yang berikut, ZED ZAIDI mempertikaikan kenapa perlu diberi bayaran berjuta-juta kepada artis luar sedangkan artis tempatan hanya seakan kais pagi, makan pagi. Hanya menerima bayaran yang tidak setanding dengan bakat bakat luar.

Mungkin tindakan ZED ZAIDI ini harus disokong kerana keberanian beliau dalam membantu artis tempatan dan ianya harus di pandang serius demi memajukan industri tempatan tanah air. Persoalannya, kenapa perlu terlalu mengagung-gagungkan artis luar??.

Tindakan ZED ZAIDI ini mungkin akan menimbulkan kebencian orang ramai terhadapnya namun jika kita lihat dari sudut jawatan yang dipegang dan masalah yang melanda industri seni tanah air, adalah amat wajar tindakan beliau dengan bersuara sedemekian rupa bagi menyedarkan sesetengah pihak di luar sana.

Lama kelamaan, ibarat kata pepatah.. anak kera di hutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan.

berikut merupakan dokumen bukti pembayaran :



No comments:

Post a Comment