Sunday, 3 June 2012

Konsert percuma JUSTIN BIEBER hilang kawalan



Konsert percuma penyanyi pop remaja terkenal Justin Bieber di Oslo, Norway telah menyebabkan 19 orang gadis remaja terpaksa dibawa ke hospital, manakala 49 peminat lain cedera akibat terlalu ramai orang dan keadaan menjadi tidak terkawal.

Dipetik daripada laman sesawang E!, seorang wartawan VGTV, Camilla Bjorn memberitahu pelbagai kritikan ditujukan kepada pihak berkuasa dan juga syarikat rakaman Bieber, Universal Music kerana kurang persediaan untuk menjangkakan keadaan tersebut mungkin berlaku.

Akibat daripada insiden buruk itu, Datuk Bandar Oslo, Fabian Stang telah mengarahkan pihaknya menjalankan siasat berhubung perkara tersebut.

"Saya sudah memanggil Agensi Perancangan Kecemasan untuk memeriksa keseluruhan konsert tersebut dari segi perancangan pentas sehinggalah ke perlaksanaan. Kami harus mencari punca penyebab kejadian tersebut."
Universal Music turut menyatakan kekesalan mereka atas kejadian tersebut terutama sekali kepada mereka yang berada di tempat kejadian menerusi satu kenyataan media.

"Nasib baik kerana tiada kecederaan serius berlaku," kata eksekutif Universal Music yang turut memberitahu penyanyi berusia 18 tahun ini ingin kembali ke Norway untuk mengadakan konsert di sana satu hari nanti.
Kekasih kepada Selena Gomez ini yang enggan melihat peminatnya cedera turut menggunakan Twitter untuk menasihatkan mereka agar mendengar arahan pihak berkuasa bagi mengelak perkara tidak diingin berlaku.

"Anda mesti mendengar arahan polis bagi membolehkan konsert berjalan dengan lancar. Kami risaukan keselamatan anda dan saya inginkan yang terbaik untuk anda semua. Sila dengar," ujarnya.
Penyanyi "Boyfriend" kini sedang sibuk dengan siri jelajah promosi di Eropah dan bakal mengadakan persembahan di Paris, Milan, Verona, Madrid, London, Cologne, Berlin, Mexico, New York dan Toronto.

No comments:

Post a Comment