Wednesday, 6 June 2012

OSMAN ALI terima kritikan



Pengarah filem Osman Ali bersedia dipersoalkan mengenai babak yang ditunjukkan di dalam filem terbaru arahannya berjudul "Jiwa Taiko". Osman berkata, walaupun telah dibuang lebih dari 30 peratus dari visual asli namun masih terdapat beberapa babak yang dipotong masih memberikan impak negatif kepada penonton.

Pengarah "Ombak Rindu" yang sememangnya gemar memaparkan visual berani dalam memberikan kesan lebih mendalam kepada penonton turut memberitahu bahawa apa yang disampaikan di dalam filem ini adalah realiti yang terjadi di persekitaran kita tanpa kita sedari .

"Apa yang saya cuba sampaikan mungkin tidak boleh diterima beberapa pihak konservatif, namun apa yang saya tunjukkan adalah realiti sebenar yang terjadi kepada pergaulan bebas."

"Jika kita dapat lihat, sinematografinya pula lebih menjurus kepada tahun 60-an dimana fesyen yang digayakan oleh pelakon di dalam filem ini seperti sekumpulan hippie's yang mencari arah tuju setelah melalui sejarah hitam."

Walaupun menghadapi cabaran besar untuk menamatkan produksi filem ini, terima kasih diucapkan kepada penerbit bersekutu Ismail Holding yang tampil disaat akhir produksi ini kekurangan bajet.

"Kami telah mengira kos penerbitan dari permulaan hinggalah ke kos penyuntingan, kos yang telah disediakan memang cukup-cukup untuk menghabiskan filem ini dan tidak termasuk promosi. Oleh yang demikian, pihak Ismail Holding tampil bekerjasama dengan kami. Buat pengetahuan semua, pihak mereka hanya memberikan kos dari proses penyuntingan hingga ke bahagian promosi manakala yang sebelum ini semuanya ditanggung pihak penerbit kami."

Filem "Jiwa Taiko" yang dibarisi pelakon hebat seperti Bront Palarae, Remy Ishak, Nadiyatul Nissa dan Diana Danielle bakal menemui penonton bermula 14 Jun ini.

No comments:

Post a Comment