Monday, 25 June 2012

MEMENANGI PASS BERMUSIM FILEM HANYA AKU CINTA KAU SEORANG

Peluang untuk memenangi pass bermusim filem HANYA AKU CINTA KAU SEORANG. Caranya mudah sahaja, hanya dengan menjawab soalan-soalan yang diberikan, anda mungkin akan menjadi diantara yang bertuah dapat menyaksikan filem ini secara percuma :)


1. Apakah singkatan bagi judul filem ini ?
2. Nyatakan sebab mengapa anda ingin menonton filem ini ?


Sila emailkan jawapan anda berserta dengan NAMA & CONTACT NO anda di email kami di petisurat26@gmail.com
 
 
 
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :
  • PASTIKAN ANDA ADALAH FOLLOWER PETISURAT (jika belum, sila submit email anda di ruangan 'jom join petisurat' di bahagian atas sebelah kanan page kami)
  • PASTIKAN ANDA MERUPAKAN LIKERS PAGE FB PETISURAT: http://www.facebook.com/petisurat.
  • ANDA MESTILAH SEORANG YANG SPORTINGBOLEH BERGAMBAR KETIKA PEMBAHAGIAN HADIAH.

PELUANG MEMENANGI PAS BERMUSIM FILEM MAEL LAMBONG

Rebut peluang untuk memenangi pass bermusim filem aksi komedi yang dinanti-nantikan pada tahun ini, MAEL LAMBONG! Caranya mudah sahaja, hanya dengan menjawab soalan-soalan yang diberikan, anda mungkin akan menjadi diantara yang bertuah dapat menyaksikan filem ini secara percuma :)

1. Nyatakan TAG LINE / ayat yang sering digunakan oleh ZIZAN RAZAK di dalam filem atau drama lakonannya.
2. Pakaian MAEL LAMBONG yang anda bayangkan adalah...?



Sila emailkan jawapan anda berserta dengan NAMA & CONTACT NO anda di email kami di petisurat26@gmail.com
 
 
 
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :
  • PASTIKAN ANDA ADALAH FOLLOWER PETISURAT (jika belum, sila submit email anda di ruangan 'jom join petisurat' di bahagian atas sebelah kanan page kami)
  • PASTIKAN ANDA MERUPAKAN LIKERS PAGE FB PETISURAT: http://www.facebook.com/petisurat.
  • ANDA MESTILAH SEORANG YANG SPORTING & BOLEH BERGAMBAR KETIKA PEMBAHAGIAN HADIAH.

Thursday, 21 June 2012

JOHNNY DEPP berpisah dengan VANESSA PARADIS



Selepas bermain teka-teki dengan media tentang status hubungan mereka yang hangat diperkatakan sejak Januari tahun ini, akhirnya pasangan selebriti Hollywood terkenal, Johnny Depp dan Vanessa Paradis telah disahkan berpisah selepas 14 tahun bersama.

Ia telah disahkan oleh jurucakap Depp dalam satu kenyataan kepada Entertainment Tonight, semalam.
"Mereka telah membuat keputusan bersama untuk berpisah. Sila hormati privasi mereka terutama sekali privasi anak-anak mereka."

Sebelum ini People melaporkan hubungan pasangan ini mula berantakan selepas mereka berpindah bersama dua anak mereka, Lily-Rose, 13, dan Jack, 10, dari Perancis ke Los Angeles. Malah mereka dikatakan tinggal di hotel yang berbeza walaupun berada di Bandar yang sama.

Paradis, 39, turut dilihat tidak menghadiri majlis hari lahir ke-10 anak lelakinya itu yang dianjurkan oleh bintang "Pirates Of The Caribbean" di Los Angeles, April lalu.

Sebelum ini Depp, 49, telah menafikan khabar angin yang melanda hubungan mereka.
"Berita tersebut tidak benar. Sudah pasti tidak benar. Tidak kira apa yang saya katakan, orang akan memikirkan sebaliknya."

Khabar angin turut melanda Depp yang dikatakan mempunyai hubungan dengan aktres gandingannya dalam filem "The Rum Diary". Amber Heard pada April lalu. Heard turut dilihat menaiki kapal terbang persendirian Depp di Las Vegas untuk promosi filem aktor tersebut, "Dark Shadows".

Berita kecurangan Depp mula timbul ketika mereka menjalani penggambaran "The Rum Diary" di Puerto Rico pada tahun 2009. Heard dikatakan telah menari dengan gaya menggoda untuk Depp ketika di set penggambaran filem yang berdasarkan daripada buku Hunter S. Thompson.

Depp dan Paradis mula tampil bersama pada tahun 1998. Kisah romantik mereka bermula pada Jun tahun yang sama selepas Depp melihat penyanyi dan aktres berasal dari Perancis duduk bersama beberapa teman di sebuah bar di Hotel Costes, Paris, lalu menegurnya dan bersembang selama dua jam.

"JWANITA" filem terbaru OSMAN ALI



Pengarah filem terkenal, Osman Ali bakal mempertaruhkan sebuah lagi karya berjudul "Jwanita" dimana genre psiko seram cuba diketengahkan.

Menurut Osman, walaupun genre filem ini agak baru namun ujarnya, dia percaya filem ini pasti senang untuk difahami.

"Filem ini berbeza sedikit kerana ia mudah difahami dengan membuat sedikit perbezaan yang menarik namun ia tidak mengelirukan. Saya ambil masa sebulan untuk membentuk jalan cerita ini," ujar Osman Ali yang mendapat inspirasi untuk menghasilkan "Jwanita" ini selepas menonton beberapa filem yang memgenengahkan genre yang sama.

Filem "Jwanita" ini mengisahkan tentang seorang gadis yang mengalami penderaan mental dan fizikal dari ibu bapa angkatnya yang juga seorang pengamal ilmu hitam. Disebabkan penderitaan yang ditanggung, Jwanita mengalami tekanan perasaan yang menyebabkan mentalnya bercelaru.

Akibat tidak tahan dengan penderaan yang dialami, jwanita telah membunuh kedua ibu bapa angkatnya dan dihantar ke pusat pemulihan untuk membantu memulihkan keadaan mentalnya.
Selepas melihat keikhlasan Farhan di dalam menbantu dirinya untuk dirawat, akhirnya Jwanita menyimpan perasaan cinta terhadap Farhan

Namun segalanya hanya tinggal kenangan apabila Farhan sebenarnya sudah bertunang dengan Julaika yang juga merupakan adik kandung Jwanita.

Selepas hari perkahwinan mereka, Jwanita telah menghilangkan diri dan kembali dengan satu dendam kesumat.

Banyak plot dan perkembangan cerita yang bakal digarap oleh Osman Ali untuk memastikan filem ini mendapat tempat di hati penonton.

Dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti Maya Karin, Bront Palarae, Marsha Milan Londoh dan Cristina Suzanne, filem terbitan Nuasa Sdn Bhd dan Ehsan Production Sdn Bhd akan menjalani penggambaran pada 30 Jun ini di sekitar Kuala Lumpur dan Terengganu.

Wednesday, 20 June 2012

MAEL LAMBONG beraksi di layar perak


MAEL LAMBONG hasil cetusan idea JOZAN yang popular dalam maharajalawak tahun lalu kini di angkat ke layar perak dengan mengekalkan pelakon dan pemilik watak tersebut iaitu ZIZAN RAZAK serta masih mengekalkan watak sebagai seorang penarik kereta yang berjaya di kuala lumpur.

Dalam filem ini juga membolehkan kita tahu asal usul MAEL LAMBONG dan bagaimana sifat yang ada pada MAEL dapat mengubah kehidupannya.

Bagi ZIZAN beliau begitu teruja dan berterima kasih kepada AHMAD IDHAM kerana membawa watak MAEL LAMBONG ini ke layar perak.

ZIZAN turut mengucapkan terima kasih kepada kawan baiknya JOHAN yang membantu dalam penghasilan idea bagi watak MAEL LAMBONG ini ketika pertandingan maharajalawak yang lalu dan tidak menyangka populariti MAEL LAMBONG begitu tinggi dan mendapat sambutan daripada peminat-peminatnya.


Para pelakon yang turut menjayakan filem ini terdiri daripada  Juliana Evans, Sallehuddin Abu Bakar dan Shenthy Feliziana,filem ini sudah menemui penonton di pawangam berdekatan anda.

#Kalau ada MAEL LAMBONG 2 minta tuan pengarah masukan watak AH-CHAI sekali pasti mendapat sambutan yang memberangsangkan dan lagi bertambah lawak....

MAYA KARIN dapat watak psiko dalam filem terbaru



Pelakon yang popular dengan watak pontinak dalam filem "Pontianak Harum Sundal Malam", Maya Karin akui dia berasa teruja untuk menjayakan watak sebagai seorang perempuan yang mempunyai masalah mental atau psiko untuk filem terbarunya "Jwanita".

Menurut Maya, dia sebelum ini hanya dikenali di mata penonton sebagai watak hantu dan watak baik sahaja.
"Saya dah tidak mahu jadi hantu, saya cakap dekat abang Osman saya sudah tidak mahu berlakon watak hantu lagi," kata Maya.

Ditanya adakah dia ada membuat rujukan untuk memahami dan menjiwai karakter sebagai perempuan psiko.
"Saya tak suka nak buat rujukan untuk cuba menjiwai watak ini kerana saya tak mahu nanti saya akan terikut-ikut dan meniru.

"Saya mahu ikut naluri saya dan cuba terjemahkan apa yang saya faham daripada watak ini," katanya lagi.
Maya yang akan memegang watak sebagai Jwanita iaitu seorang gadis yang mengalami masalah mental yang serius akibat kisah silamnya yang sering didera secara mental dan fizikal oleh ibu dan bapa angkatnya yang juga merupakan pengamal ilmu hitam.

Sinar harapan mula muncul dalam hidupnya apabila dia bertemu dengan Farhan, doktor yang merawatnya selepas dia membunuh kedua ibu bapa angkatnya. Namun segalanya musnah apabila Farhan yang dicintainya merupakan tunang kepada adik kandungnya, Julaika.

Selepas menghilangkan diri pada hari perkahwinan Farhan, Jwanita muncul semula bersama dendam yang lama tersimpan.

Filem arahan Osman Ali dan dibarisi pelakon hebat seperti Bront Palarae, Marsha Milan Londoh dan Cristina Suzanne akan memulakan penggambaran pada 30 Jun ini.

Kesukaran JULIANA EVANS belajar di luar negara


Pelakon cantik Juliana Evans mengakui bukan mudah bagi dirinya untuk mendapatkan pekerjaaan seperti lakonan atau peragaan di Amerika Syarikat walaupun setelah lima bulan menetap di sana.

Ujar heroin filem "Mael Lambong" ini, beliau telah menghantar resume ke beberapa tempat di sana untuk mencuba nasib sebagai pelakon ataupun model namun sehingga kini masih belum menerima jawapan.

"Ju ada menerima beberapa panggilan mengenai permohonan Ju untuk menyertai industri mereka namun sehingga kini masih belum menerima jawapan."

Juliana Evans, atau nama sebenar Juliana Sophie binti Johari Evans memberitahu bahawa lebih senang mencari makan di negara sendiri asalkan memiliki rupa paras yang menawan, bakat dan mengenali ramai orang di dalam industri berbanding di sana.

"Di sini, peluang lebih cerah untuk memasuki industri asalkan anda memiliki pakej, namun disana semua itu tidak wujud melainkan anda memiliki bakat yang boleh dibanggakan ."

"Di sana walaupun anda bekerja sebagai pensyarah dan memiliki pengalaman bertahun di dalam bidang seni, belum tentu anda dapat memasuki industri walaupun bekerja sebagai penulis skrip."
Bertanyakan tentang cabaran lain yang perlu dihadapi sepanjang pengajiannya di sana, beliau menyatakan bahawa beliau amat rindukan keluarga dan rakan-rakan.

"Itu adalah biasa untuk semua orang. Pada awalnya, memang agak sukar untuk saya menyesuaikan diri dengan situasi di sana namun berkat doa dan usaha, alhamdullilah, kini saya mampu berdikari sendiri dan seronok belajar di sana."

Walaupun terpaksa melalui pelbagai dugaan, Juliana Evans bertekad untuk menamatkan pengajiannya dalam bidang pengajian filem dan media, dan kos sampingan lain adalah di dalam bidang teater yang mengambil masa tiga tahun lagi.

Monday, 18 June 2012

JUSTIN BIEBER bawa SELENA GOMEZ bersiar naik helikopter



Penyanyi remaja terkenal, Justin Bieber sekali lagi membuktikan cintanya yang tidak berbelah bahagi terhadap Selena Gomez apabila beliau telah menyewa sebuah helikopter untuk membawa kekasihnya bersiar pada hari Sabtu yang lepas.

Hubungan Bieber, 18 dan Gomez, 19 bukanlah suatu rahsia lagi apabila gambar pasangan tersebut bercumbuan tersebar pada bulan Januari yang lepas. Menurut Bieber dan Gomez, detik istimewa mereka berdua yang berada di awangan itu sememangnya menyeronokkan dan melapangkan minda yang sentiasa sibuk dengan jadual harian yang ketat.


Pasangan kekasih tersebut dikatakan telah menuju ke Stratford, Ontario yang terkenal dengan pelbagai pertunjukan teater klasik terbesar di Amerika Utara.

Kejutan romantis penyanyi hit "Baby" itu bukanlah sesuatu yang baru kerana beliau pernah menyewa Staples Center hanya untuk menonton filem Titanic bersama Gomez, beberapa bulan yang lalu.

RIHANNA tunjuk gambar bogel di akaun twitter



Tindakan penyanyi terkenal, Rihanna yang menyiarkan gambar bogelnya di laman sosial Twitter baru-baru ini menjadi kontroversi hangat sehingga ada yang mendakwa Rihanna sakit jiwa dan tidak waras.

Dipetik dari laman London Evening Standart, seorang pakar psikologi, Joe Hemmings berkata, kelakuan Rihanna yang menjengkelkan dan menimbulkan rasa kurang menyenangkan menunjukkan dia menghadapi simptom penyakit jiwa yang dikenali sebagai Kecelaruan Personaliti Narsistik (NPD).

"Kelakuan Rihanna yang tidak menentu adalah simptom jelas kepada penyakit itu dan tindakannya meletakkan gambar bogelnya di Twitter baru-baru ini menunjukkan dia mahukan tumpuan.
"Jika dia menghidap NPD dan menjalani sesi rawatan kaunseling, dia akan sedar tentang sikapnya yang melakukan tabiat yang memusnahkan dirinya itu," kata Hemmings.

Tambah Hemmings lagi, penyanyi berusia 24 tahun itu yang berkelakuan luar dari kebiasaannya merasakan dirinya sangat penting dan mengharapkan agar dirinya diberi perhatian serta disanjungi masyarakat di sekelilingnya.

Salah seorang rakan Rihanna yang tidak mahu namanya didedahkan menceritakan sikap penyanyi itu yang dikatakan kadangkala melampaui batas dan mencabar kesabaran.

"Kadang-kadang dia melampau. Rihanna sering memngadu dia selalu berasa lesu dari segi fizikal dan mental, adakalanya dia bertindak seperti seorang yang tiada pedoman."

"Saya fikir dia perlukan bantuan, berehat dan mungkin bercuti. Bukan sahaja bercuti dari kerjanya, malah dia perlu menjauhkan diri dari segala yang menekan perasaannya selama ini," kata rakan Rihanna itu.

AWI RAFAEL mengaku bertatu.....



Menyedari kini dirinya menjadi 'buruan' ramai pihak media, penyanyi dan juga komposer, Awi Rafael tampil membuat satu kenyataan di laman Facebook rasminya pada Jumaat lepas berhubung satu kontroversi tentang gambar bertatu miliknya.

Pelantun "Bila Aku Jatuh Cinta" ini berkata gambar-gambar yang dimuat naik itu adalah gambarnya sebelum bergelar artis dan mengakui ketika itu masih mentah untuk menilai mana baik dan buruk. Hakikat setiap insan biasa yang tidak terlepas dari membuat kesilapan, Awi mengakui sudah insaf daripada kesilapan lalunya yang melampaui batasan agama berkata dia kini semakin matang dan sudah berubah.

"Sebelum Awi kembali ke Malaysia untuk memulakan hidup baru di sini, terlebih dahulu Awi telah meminta maaf kepada ibu Awi dan saudara mara yang lain diatas kesalahan yang Awi telah lakukan ketika berada di Australia. Mujurlah, kasih sayang seorang ibu tidak dapat menandingi kasih sayang yang ada di dunia ini apabila dia menerima Awi seadanya selepas apa yang terjadi. Dengan berkat doa dan tawakal, akhirnya Awi di sini cuba untuk memberikan yang terbaik untuk peminat yang menyokong Awi."

"Bukan mahu menyorok, tetapi itulah yang disarankan oleh ibu Awi agar tidak menunjukkan tatu itu kerana tidak mahu memberikan pandangan negatif kepada peminat muda Awi."

"Setiap manusia melakukan kesilapan, begitu juga Awi yang hanyalah insan kerdil di matanya. Bukan mahu menyorok tetapi itu semua kisah silam Awi, kalau boleh di Malaysia Awi ingin buka lembaran baru dan memberikan perkara positif kepada peminat Awi di sini."

Awi atau nama sebenar Muhammad Nabawi Ewan bin Gunawan Rafael turut memberitahu ketika itu, dia masih muda dalam percaturan hidup dan amat menyesal dengan perbuatannya yang silam.

"Ketika itu, Awi masih mentah dan muda, sekarang umur Awi sudahpun mencecah ke usia 26 tahun. Awi sudah matang untuk berfikir."

Awi kemudiannya memohon maaf dan berharap peminatnya terutama remaja menjadikan peristiwa yang terjadi padanya sebagai satu pengajaran buat semua.

Sunday, 17 June 2012

10 jawapan artis yang paling klise



Apabila artis di temuramah oleh pihak wartawan kebanyakkannya akan memberikan jawapan yang klise dan  kadang-kadang tidak menepati soalan yang di tanyakan.adakah artis perlu menghadiri seminar cara untuk menjawab soalan dari pihak media bagi mengelakkan jawapan sebegini di gunakan.

"No comment"
Jawapan ini merupakan jawapan universal kerana bukan sahaja artis di Malaysia akan menggunakannya, malah artis Hollywood, Indonesia, Filipina, Eropah dan semua negara yang disahkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ia merupakan jawapan paling mudah yang memberikan tiga makna. Pertama, artis tersebut tidak mahu melayan kerana mereka penat. Kedua, mereka tidak tahu apa-apa tentang isu yang dibangkitkan. Ketiga, mereka memang melakukan kesalahan yang dipersoalkan, jadi mereka tidak tahu cara untuk memutar belitkan fakta.

"Kami hanya berkawan"
Mereka hanya berkawan. Jangan tanya lagi. Mungkin mereka saling berpelukan di sebuah kelab malam, mungkin mereka ada bercumbu dalam foto yang disebarkan di internet, mungkin mereka ada menerima wang daripada pihak yang terbabit. Tapi jangan tanya apa hubungan mereka kerana mereka hanya berkawan. Cara yang mudah untuk menjawab soalan berkenaan kerana dengan cara ini, ia tidak boleh dijadikan bukti di mahkamah.

"Itu bukan persoalannya"
Anda boleh tanya sama ada seseorang artis itu bercerai kerana hubungan sulitnya dengan wanita atau lelaki lain dan dia akan jawab, "Itu bukan persoalannya". Mungkin kerana artis tersebut tidak tahu apakah persoalannya, atau mungkin dia tidak faham soalan. Ya, adakalanya wartawan juga bertanyakan soalan yang tidak berkaitan dan soalan perangkap, maka kami tidak mahu mempersoalkan jawapan sebegini oleh golongan artis. Itu bukan persoalannya. Apa soalannya tadi?

"Biarlah Tuhan yang menentukan"
Jawapan sebegini biasanya diberikan oleh artis berkenaan dengan topik pakaian yang menjolok mata atau gambar mesra dengan subjek berlainan jantina. Dalam dunia sesetengah artis, anda tidak berhak mempersoalkan adat dan agama kerana kononnya itu kerja Tuhan. Maklumlah, manusia merupakan mamalia yang hidup berasingan dan tidak perlu risau tentang kesan sesuatu perbuatan terhadap gejala sosial. Biar Tuhan saja yang tentukan, orang lain perlu diam dan lihat saja artis itu jatuh.


"Doakan supaya suatu hari nanti saya berubah"
Bukan hendak mengkritik, tapi hidayah perlu dicari, bukan ditunggu datangnya. Ia juga bukan sesuatu yang anda tulis di atas kertas, masukkan dalam botol dan dialirkan ke laut. Tentu sekali ia bukan sesuatu yang datang dengan doa orang lain tanpa usaha diri sendiri. Berhenti minta doa orang lain dan mulakan perubahan tu ya? Lagipun amat sukar untuk berdoa apabila anda tayang peha anda depan mata.

"Mulut tempayan boleh ditutup, mulut orang tak boleh"
Jawapan ini mungkin bernas sekiranya seseorang artis difitnah sedangkan dia tidak melakukan apa-apa kesalahan. Adakalanya dunia memang tidak adil. Namun sekiranya anda sudah jelas melakukan sesuatu kesalahan dan kesalahan tersebut boleh digunakan menjadi teladan bagi orang lain, dunia memang adil.

"Ye ke?"
Dari pengamatan yang dilakukan, jawapan "Ye ke?" merupakan jawapan yang biasanya datang daripada artis baru yang menggunakan ayat tersebut sebagai satu pemesongan atau pengalihan sementara otak mereka ligat mencari jawapan yang lebih bernas, bijaksana dan lucu. Oh, semua orang suka artis yang pandai memberikan jawapan yang lucu. Jadi sementara lucu itu belum keluar, gunakan "Ye ke?" sebagai lencongan.

"Saya tak kekwat"
Siapa tak suka perkataan 'kekwat', angkat tangan macam saya. Berdasarkan kamus Urbandictionary.com, perkataan kekwat berasal dari slanga yang digunakan oleh golongan transeksual di Malaysia yang bermaksud angkuh atau sombong. Ia kemudiannya menular ke dunia artis dan menjadi slanga dunia hiburan. Namun tanyakan saja pada mana-mana orang awam yang tidak terlibat dalam dunia artis, mereka pasti rasa sangat jengkel dengan perkataan tersebut. Berhenti menggunakannya!

"Semua itu fitnah!"
Kalau memang fitnah, semua orang pun tak kisah. Tapi bila sudah sah ia memang benar-benar berlaku, ayat ini menjadi satu ayat yang sangat menjengkelkan dan penggunanya hanya mencemarkan ayat tersebut sehinggakan orang lain yang memang benar-benar difitnah pun nampak bodoh bila menggunakannya.

"You know..."
Anda tidak kisah bila artis seperti Fazura, Melissa Maureen atau Lisa Surihani menggunakannya kerana anda tahu mereka memang fasih berbahasa Inggeris. Namun begitu, "you know" menjadi sesuatu yang sangat menjengkelkan bila ia diucapkan oleh mereka yang cuba berpura-pura seperti mereka sangat cool. Golongan ini akan cuba menjawab soalan yang ditanya dalam Bahasa Melayu dengan menggunakan Bahasa Inggeris yang agak mengarut, kemudiannya meletakkan perkataan "you know" merata-rata tempat.

Artis veteran buat laporan tentang salah laku presiden seniman



Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) terus dihimpit dengan krisis apabila sekumpulan pelakon veteran yang juga ahli Seniman telah membuat satu laporan polis berikutan tidak puas hati dengan persatuan tersebut sejak diterajui kepimpinan generasi muda.

Menurut laporan daripada HM, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Taman Melawati pada pukul 4 petang semalam dihadiri hampir 30 pelakon antaranya Mariani, Datuk Aziz Satar, Zulkifli Zain dan Abu Bakar Omar sambil ditemani beberapa peguam.

Wakilnya, pelakon popular pada 1990-an, Abu Bakar Omar berkata, pihaknya membuat laporan polis kerana tidak puas hati dengan tindakan presiden persatuan yang didakwa melakukan beberapa perkara tanpa persetujuan ahli jawatankuasa lain selain menubuhkan jawatankuasa baru.

"Saya mendapati terdapat kepincangan serius kerana Minit Mesyuarat Agung (AGM) ke-13 tidak dikemukakan untuk kelulusan bagi mengadakan AGM ke-14 pada 26 Mei lalu.
"Malah, ketika mesyuarat itu juga, saya dapati kandungan salinan minit AGM ke-13 itu dipalsukan bagi membolehkan AGM ke-14 diadakan," katanya.

Jelas Abu Bakar Omar lagi, ketika AGM ke-14, beliau dan kebanyakan ahli lain tidak menerima notis selan laporan pemeriksa kira-kira kepada ahli juga tidak ditandatangani pemeriksa.
Tambahnya, beliau turut percaya bahawa terdapat unsur penyelewengan dalam isu pembelian sebuah bangunan di Setapak, namun enggan mengulas lanjut tentang perkara tersebut.

Beliau terut meluahkan rasa kesal terhadap Presiden Seniman, Zed Zaidi yang seakan-akan menuduh mereka sebagai virus dan firaun kecil yang cuba merosakkan persatuan.

Dalam pada itu, Zed Zaidi yang dihubungi menyifatkan kumpulan berkenaan sengaja mahu menyalahkannya.
"Perkara ini sengaja dicetuskan individu yang tidak berpuas hati. Mereka menggunakan persatuan lain untuk menentang Seniman.

"Apa tujuan mereka buat laporan polis itu atas nama Seniman sedangkan saya tidak keluarkan apa-apa surat. Itu sudah salah. Saya mahu tahu tindakan mereka memungut wang melantik peguam menggunakan nama siapa," kata Zed Zaidi.

Zed Zaidi memberitahu bahawa dia turut ada membuat laporan polis pada minggu lalu dan masih belum menerima surat daripada mahkamah.

IRMA HASMIE nikah 29 Jun ini



Selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hati, Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan, pelakon Irma Hasmie bakal mendirikan rumah tangga dengannya pada 29 Jun ini.

Dipetik daripada sebuah portal hiburan tempatan, Irma yang ketika ini sedang menunaikan umrah di tanah suci Mekah berkata buat masa ini dia telah menghentikan segala aktiviti seni bagi memberi laluan untuk mengerjakan umrah serta membuat persiapan akhir majlis perkahwinannya.

"Alhamdulillah, persiapan akhir dari segi fizikal semuanya saya sudah usahakan mana yang terdaya sebelum berangkat ke Madinah. Manakala yang lain, saya serahkan kepada kedua-dua belah pihak keluarga dan tunang saya.

"Kahwin adalah satu fitrah manusia dan sebagai khalifah juga hamba Allah, kita kena memahami apa itu perkahwinan. Biar niat kita kerana Allah dan yang penting, bukan persiapan perkahwinan semata-mata tetapi kehidupan apabila berumah tangga adalah untuk mencari kebahagiaan dan keberkatan daripadaNya," jelas Irma.

Irma juga memanjatkan rasa syukur kerana mempunyai rakan-rakan produksi yang sudi membantu menyelesaikan persiapan terakhir.

Ketika ditanya tentang bakal suaminya, pelakon berdarah kacukan Pakistan dan Cina ini menjawab bahawa segala jodoh dan ketentuan adalah daripada Allah SWT dan dia menerima dengan hati terbuka.
"Bukan saya yang memilih Reza, tetapi Allah mempertemukan kami di Mekah. Subhanallah, saya sangat bersyukur dengan anugerah yang diberikanNya dan keluarga Reza juga dapat menerima saya seadanya lalu merisik saya," ujarnya lagi.

Majlis pernikahan Irma, 30, dan Reza, 31, bakal diadakan pada 29 Jun ini di Dewan Persidangan Putrajaya, jam 3 petang. Manakala majlis resepsi akan berlangsung di MAEPS, Serdang pada hari yang sama, jam 8 malam.

Irma bakal menyarungkan busana rekaan pereka fesyen Hatta Dolmat dan untuk majlis persandingan pula, dia akan mengenakan persalinan rekaan Ezuwan Ismail.

Irma dan Reza bertemu buat pertama kalinya ketika berada di hadapan Kaabah sewaktu menunaikan umrah pada 14 Februari lalu. Pertemuan itu akhirnya membawa kepada majlis pertunangan yang berlangsung di kediaman Irma pada 29 Mac lepas.

Sebelum ini Irma pernah menjalinkan hubungan dengan pelawak terkenal, Nabil Ahmad selama tiga tahun sebelum putus di tengah jalan pada 2010.

Friday, 15 June 2012

UPCOMING FILM:THE EXPENDABLES 2 gabungan hero-hero


Filem aksi yang di nantikan oleh para penonton filem aksi di seluruh dunia THE EXPENDABLES 2,merupakan satu-satu nya filem yang mengabungkan lagenda hero filem aksi dan gandingan ini dikatakan cukup mantap.

Antara hero-hero yang terlibat dalam filem ini adalah  seperti Sylvester Stallone, Liam Hemsworth, Jet Li, Bruce Willis, Jason Statham, Arnold Schwarzenegger, Jean-Claude Van Damme, Chuck Norris, Dolph Lundgren, Terry Crews, Scott Adkins, Randy Couture.THE EXPENDABLES 2 mengisahkan dimana pembalasan terhadap kematian rakan mereka dan mahu menghapuskan penjahat yang di luar jangkaan mereka.

Filem aksi yang paling di nantikan pada tahun ini akan menemui penonton pada 17 ogos 2012

JOM kita kasi layan trailer filem THE EXPENDABLES 2 ini :



UPCOMING FILM : STEP UP REVOLUTION lebih banyak tarian


Filem STEP UP yang kita ketahui merupakan sebuah filem tarian,kini telah di terbitkan semula dengan lebih aksi tarian yang terbaru.STEP UP REVOLUTION banyak mengisahkan aksi tarian jalanan para remaja di amerika syarikat dan filem ini turut meyelitkan tarian "FLASH MOB" yang kini popular di kalangan masyarakat di serata dunia.

Kepada pengemar filem aksi tarian ini pasti akan terasa berpuas hati dengan filem STEP UP REVOLUTION ini....sama-sama kita nantikan kemunculan filem ini di pawangam....

berikut merupakan trailer bagi filem STEP UP REVOLUTION...jom kasi layan :

Thursday, 14 June 2012

Filem cinta terbaik arahan PIERRE ANDRE



Pelakon dan juga pengarah muda, Pierre Andre atau nama sebenar Mohd Pierre Andre Bin Nazarul Andre berkongsi rasa gembira dengan kehadiran filem cinta baru berjudul "Aku, Kau & Dia".
Selepas mengarah filem cinta seperti "9 September" dan juga "Chantek", Pierre merasakan filem ini adalah filem cinta yang paling baik pernah dihasilkan setakat ini.

"Saya amat bersyukur dengan komen positif yang diterima selepas tayangan tamat. Ramai memuji lakonan dan juga jalan cerita yang diterapkan di dalam filem ini berbeza dengan filem cinta kebanyakkan. Walaupun orang cakap ramai sudah tidak pergi menonton filem berat dan cinta seperti ini, saya tidak gusar kerana yakin penerimaan terhadap filem cinta masih ada namun filem berkualiti belum ditemui."

"Mungkin orang inginkan filem cinta yang berlainan, di dalam filem ini saya telah selitkan elemen baru dan jalan cerita yang lebih segar berbanding filem sebelum ini. Orang akan dapat menilai karya saya kali ini lebih matang berbanding sebelum ini."

Ditanya mengenai keberanian mengambil pelakon baru sebagai heroin, Pierre seakan tahu apa yang sedang dilakukan.

"Setelah melakukan pemilihan pelakon bersama pihak Tayangan Unggul selaku penerbit filem ini, saya telah menyenarai pendek nama yang ada namun setelah berbincang dengan lebih lanjut, saya mengambil keputusan untuk menjadikan Zarina sebagai heroin dalam filem ini disebabkan muka dan juga karakternya yang kena."
"Wajahnya yang fleksibel saya boleh tukarkan kepada yang suram kepada seorang gadis yang ceria dan cantik seperti ada di dalam filem ini."

Filem lakonan bersama Pekin Ibrahim, Sharifah Zarinatasha dan juga Remy Ishak bakal menjengah di pawagam berdekatan pada 28 Jun ini.

GAMBIT anggap ianya untuk mengasah psikologi



Gara-gara memuat naik fotonya bermain daun terup di sebuah pusat hiburan di Australia baru-baru ini, pelakon Gambit Saifullah Rosli telah dikritik hebat oleh peminat dan dikecam kurang peka pada halal dan haram permainan tersebut.

Walaubagaimanapun, menerusi kenyataan yang dibuat di laman mStar Online, Gambit menyifatkan permainan daun terup yang disertainya itu hanyalah bertujuan untuk mengasah minda psikologi dan ia berlaku secara kebetulan bagi memenuhi masa terluang ketika bercuti. Malah menafikan ia bukan atas tujuan berjudi semata-mata.

"Saya menyertai permainan itu sebenarnya secara kebetulan sahaja dan menganggap ia sebagai satu permainan mengasah psikologi. Biarlah orang nak buat macam-macam tuduhan terhadap saya kerana saya bermain daun terup bukan untuk mendapatkan duit.

"Cakap pun tak guna kerana orang tetap akan mengkritik. Asalkan saya dan Tuhan tahu niat sebenar, sudah cukup," ujar hero filem "Karipap-Karipap Cinta" itu lagi.

Gambit, pada 5 Jun lalu, telah memuat naik foto dia bermain terup di laman Twitter miliknya sambil menulis mesej yang mengatakan dirinya mengharapkan tuah dalam permainan daun terup yang disertainya.
Rentetan dari itu, segelintir pengikut laman sosial milik Gambil mengecam dan mengkritik tindakan Gambit yang kurang bermoral dan salah disisi agama Islam.

"Saya seorang yang sangat sayangkan Malaysia, bangsa dan agama, tetapi kebanyakan masyarakat kita mempunyai mentaliti yang terlalu cepat menilai keburukan seseorang individu.

"Ya, memang salah saya meletakkan entri yang boleh mengundang persoalan kepada semua tetapi dengan menyebarkan maklumat dan membuat spekulasi sendiri, tidakkah ia berbaur fitnah? Dan bukankah fitnah itu haram?" ujarnya yang agak terkilan apabila kebanyakan masyarakat Malaysia terlalu cepat membuat penilaian dan menyebarkan maklumat salah selepas entri berkenaan disiarkan.

Malah Gambit turut memberi pesanan kepada masyarakat yang mengadilinya agar cermin diri sendiri sebelum mengata orang lain.

Sementara itu, Wan Akashah Wan Abdul Hamid, pendakwah dan pengacara program "Semanis Kurma" menyifatkan pemahahaman seseorang yang ingin menimba pengetahuan daripada permainan daun terup adalah salah mengikut syariat Islam.

"Seseorang itu tidak patut menyertai permainan daun terup atau apa-apa sahaja aktiviti seumpamanya kerana ia boleh mempengaruhi mereka untuk berjudi.

"Daripada segi hukum, ia sudah pun dikira haram kerana di dalam Al-Quran ada menyebut Allah melarang umat Islam menghampiri perkara-perkara yang haram.

"Contohnya, Allah berfirman jangan sesekali menghampiri zina iaitu seperti pergaulan bebas atau majlis tari menari. Sama juga dengan isu perjudian."

Malah menurutnya lagi, banyak lagi cara untuk menimba pengetahuan malah niat yang baik tidak menghalalkan cara yang hakikatnya salah.

AARON AZIZ dihentam kerana bodek menteri



Aktor terkenal Aaron Aziz dihentam oleh peminat-peminatnya sendiri gara-gara memuji Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Panglima Hishammuddin bin Tun Hussein menerusi laman Twitter peribadi pelakon itu.

Pujian daripada Aaron Aziz itu dilihat seperti 'membodek' Datuk Seri Panglima Hishammuddin bagi mempercepatkan proses mendapatkan status penduduk tetap yang dipohonnya.

Pada hakikatnya, Aaron sebenarnya terpilih untuk terlibat dalam satu kempen untuk menyelamatkan kanak-kanak yang terlibat sebagai mangsa perhambaan.

Hishamuddin yang tertarik dengan kempen tersebut telah mengenengahkan perkara tersebut untuk diberi perhatian untuk tindakan selanjut.

Hishamuddin turut dikatakan telah mengadakan perbincangan dengan beberapa selebriti seperti Aaron dan isteri, Diyana Halik bagi membantu dalam mengutip derma bagi mengisi tabung kempen berkenaan sebgai dana sebuah pusat perlindungan yang berunsur keagamaan.

Wednesday, 13 June 2012

OSMAN KERING berada dalam keadaan stabil



Isu kematian bukanlah perkara yang boleh dimain-main, mungkin bukan salah pihak wartawan yang menyebarkan kerana mereka sendiri dimaklumkan oleh pihak keluarga terdekat mengenai status kesihatan pelakon dan pelawak veteran, Osman Kering.

Osman Kering atau nama sebenar, Osman Kassim dilaporkan kini berada dalam keadaan stabil setelah doktor di Hospital Universti Kebangsaan Malaysia (HUKM) mencuci buah pinggangnya.

Kesihatan Osman Kering sebelum ini berada dalam keadaan kritikal setelah dimasukkan ke wad kecemasan dan hanya bergantung kepada alat pernafasan hospital sehinggalah petang semalam.
Berita ini disahkan sendiri oleh anak perempuan Osman, Nur Ain. Doakan agar Osman kembali seperti sedia kala.

Diharap pekara tentang khabar kematian ini tidak akan berlaku lagi.sepatutnya kita mendapatkan kesahihan terlebih dahulu dan bukan terus menyampaikan pekara yang kita sendiri tidak tahu kepada masyarakat.

Susulan pergaduhan antara 3 artis ZED ZAIDI minta hentikan



Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) bakal menubuhkan jawatankuasa disiplin berikutan industri hiburan tempatan kini kecoh dengan pergaduhan antara tiga artis iaitu Tasha Shilla, Anzalna dan Neelofa.
Menurut laporan daripada mStar, Seniman melalui presidennya, Zed Zaidi berkata, pihaknya akan memanggil mereka untuk menyiasat punca sebenar mereka bergaduh yang dilihat mencemarkan nama baik golongan artis tempatan.

Menurut Zed Zaidi, tindakkan menyekat tawaran berlakon akan dikenakan jika artis tersebut didapati bersalah.

"Sekarang ini semakin ramai artis terutamanya bakat baru gemar meluahkan rasa tidak puas hati terhadap artis lain atau bergaduh sesame sendiri menerusi laman sosial seperti Facebook dan Twitter.
"Pertelingkahan diantara Tasha, Anzalna dan Neelofa adalah contoh terbaru, dan kelakuan itu menunjukkan mereka terlalu mengikut emosi. Sebab itu pihak Seniman bersikap tegas dan akan menubuhkan jawatankuasa tersebut secepat mungkin," kata Zed Zaidi.


Jelasnya lagi, dengan mengenakan sekatan tawaran berlakon untuk mereka, ia mampu memberi pengajaran kepada artis-artis lain agar tidak akan timbul lagi masalah seperti ini pada masa akan datang.

Tambahnya lagi, walaupun jawatankuasa disiplin belum ditubuhkan lagi, artis-artis yang mempunyai masalah boleh merujuk kepada pihak Seniman sekirannya tidak boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.
Pergaduhan di antara tiga orang artis berkenaan tercetus apabila Neelofa mempertikaikan kemenangan Tasha sebagai Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH) baru-baru ini.

Keadaan bertambah menjadi panas apabila Ahad lalu Anzalna tampil mendedahkan warna sebenar Neelofa dengan mendakwa pelakon itu suka memburukkannya di laman sosial.

NEELOFA mahu bukti dalam masa 7 hari



Aktres dan pengacara popular, Neelofa memberi tempoh tujuh hari kepada Anzalna Nasir tampil mengemukakan bukti dan penjelasan terhadap tuduhannya yang dibuat dalam BiPop bertarikh 10 Jun lalu.
Bekas pemenang Dewi Remaja 2010 yang diwakili dua peguamnya, Ahmad Hidayat Md Nor dan Irwan Mubarak memberitahu satu notis tuntutan telah dihantar kepada Anzalna bertarikh hari ini.

Lofa yang terkejut dengan tuduhan dilontarkan oleh Anzalna menafikan dan berkata artikel yang ditulis oleh wartawan hiburan Berita Harian, Zubir, berbaur fitnah dan seratus peratus tidak benar.
Jelasnya lagi, dia akan mengambil tindakan selanjutnya jika Anzalna tidak menjelaskan perkara yang dituntut dalam notis yang diberikan.

"Buat masa ini, kita akan lihat sekiranya Anzalna akan memberi respon atau tidak. Jika dia tidak tampil memberi penjelasan dalam tempoh yang diberikan, kami akan mengambil tindakan selanjutnya," ujar Lofa dalam satu sidang media yang diadakan di Hotel One World sebentar tadi.
Lofa turut memberitahu tindakan ini diambil bagi membersihkan namanya kerana ia boleh memberi kesan negatif terhadap diri dan keluarganya.

"Saya dalam proses perbincangan dengan beberapa nama besar untuk menjadi jurucakap mereka. Jadi saya yakin, mereka akan tahu tentang perkara ini.
"Saya rasa tuduhan ini boleh memberi kesan negatif terhadap periuk nasi dan rezeki saya. Oleh itu saya membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya," kata Lofa lagi yang turut memberitahu ahli keluarganya memberi sokongan dengan tindakannya itu.

Ditanya jika Lofa akan menarik balik tindakan undang-undang terhadap aktres "Sepah The Movie" sekiranya dia tampil membuat permohonan maaf, pengacara "Nona" ini enggan mengulas lanjut.
"Kita tengoklah macam mana nanti. Buat masa ini, saya tak boleh nak berkata apa-apa lagi."
Sebelum ini Anzalna mendakwa aktres berusia 22 tahun itu pernah mengugut dan menghiris perasaannya sejak menyertai pertandingan Dewi Remaja.

Tuesday, 12 June 2012

OSMAN KERING berada dalam kritikal




Isteri Osman Kering, Puan Che Norhayati Che Omar,48 mengakui perkhabaran yang diberitahu oleh anak lelakinya yang dikenali sebagai Eiby adalah salah faham kerana sedang panik dan tersalah memberi maklumat mengenai status sebenar keadaan ayahnya kepada pihak media.

Pelakon dan pelawak veteran, Osman Kering dilaporkan kini berada dalam keadaan tenat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) akibat dari masalah paru-paru bocor dan darah yang tersumbat.
Disebabkan penyakit tersebut, pelakon veteran ini terpaksa bergantung sepenuhnya kepada mesin alat bantuan.

Puan Che Norhayati turut berasa risau dengan salah faham yang berlaku dan mengharapkan pihak di luar doakan yang terbaik untuk suaminya.

Kini, Osman Kering dilaporkan masih berada di dalam wad kritikal di HUKM dalam keadaan tidak sedarkan diri.

ARIEL bakal di bebaskan dalam masa terdekat



Ketua Wilayah Kementerian Hukum dan HAM Jawa Barat, Indonesia, M Nasir Almi, memberitahu Ariel berkemungkinan akan dibebaskan dalam masa terdekat.

Menurut laporan daripada Wowkeren, pembebasan Ariel dalam masa terdekat ini bergantung kepada kelakuannya.

"Bila dia akan keluar kami belum putuskan lagi. Ariel berkemungkinan akan dibebaskan pada pertengahan bulan Julai. Namun semuanya itu bergantung kepada kelakuannya. Jika dia tidak berkelakuan baik, dia tidak akan dibebaskan atau mungkin akan dipenjara dengan lebih lama," ujar Nasir.

Vokalis kumpulan Peterpan ini yang dipenjarakan sejak 31 Januari 2011 diatas penyebaran video lucahnya dikatakan patuh dengan peraturan ketika berada dalam tahanan.

"Perubahan yang berlaku terhadap Ariel ialah dia menjadi seorang yang baik, tidak menunjukkan sikap angkuhnya sebagai artis dan juga bersopan santun ketika bertutur," kata Nasir lagi.

ZAC EFRON putus cinta lagi



Selepas tiga bulan menjalinkan hubungan, akhirnya pasangan selebriti Zac Efron dan Lily Collins membuat keputusan untuk menamatkannya.

Seperti dipetik laporan Us Weekly, beberapa sumber telah mengesahkan berita perpisahan tersebut.
"Mereka tidak lagi bersama. Hubungan mereka bermula secara kasual dan tidak pernah serius. Mereka jarang sekali berada di satu lokasi yang sama pada masa yang sama."

Satu lagi sumber memberitahu aktor "The Lucky One" itu tidak pernah menganggap Collins sebagai teman wanitanya.

"Zac tidak pernah serius tentang dirinya. Dia tidak pernah bercakap tentang Lily kepada kawan-kawannya."
Efron, 24, dan Collins, 23, pertama kali dilihat berpegangan tangan ketika menghadiri majlis hari jadi seorang teman di restoran STK di Los Angeles pada 8 Februari lalu. Selepas itu pasangan ini tidak lagi dilihat bersama.

Sebelum digosipkan bersama, Efron pernah bercinta dengan pelakon gandingannya dalam "High School Musical", Vanessa Hudgens. Manakala Collins dan aktor Taylor Lautner menamatkan hubungan pendek mereka pada September 2011.

Monday, 11 June 2012

BOHSIA 2 kutip 3 juta dalam empat hari


HAMPIR keseluruhan filemnya mencapai kutipan ‘pecah panggung’ dan ini meletakkan nama Syamsul Yusof, 28, sebagai pengarah luar biasa sekali gus melayakkannya menerima gelaran ‘Jutawan Muda Filem’.

Terbaru, filem ketujuh arahannya, Bohsia 2: Jalan Kembali terbitan Skop Production Sdn Bhd yang membariskan pelakon seperti Sofi Jikan, Zizan Razak, Salina Saibi, Nabila Huda dan Harun Salim Bachik, berjaya mencatat kutipan RM3 juta dalam masa empat hari sejak ia ditayangkan pada 7 Jun lalu.
Satu pencapaian yang membanggakan disifatkan Datuk Yusof Haslam selaku penerbit filem berkenaan, tambahan pula, filem itu ditayangkan pada ketika ‘deman Euro’ sedang berlangsung.

“Bohsia 2: Jalan Kembali ditayangkan pada hari yang sama Euro bermula. Saya percaya ada di kalangan penonton pastinya enggan melepaskan peluang untuk menyaksikan perlawanan bola sepak itu.


“Lazimnya tayangan tengah malam sekitar jam 12 dibanjiri penonton.

Bagaimanapun, Jumaat malam Sabtu yang lalu, Bohsia 2: Jalan Kembali terpaksa bersaing dengan siaran langsung Euro membabitkan perlawanan antara pasukan Greece dan Poland.

“Namun begitu, saya tetap bersyukur kerana dalam pada filem ini menghadapi saingan perlawanan bola sepak yang begitu dinanti-nantikan peminat sukan seluruh dunia, masih ada penonton memilih untuk menyaksikan Bohsia 2: Jalan Kembali.

“Buktinya dalam masa empat hari filem ini ditayangkan, ia sudah mencapai kutipan RM3 juta. Satu jumlah yang tidak pernah dijangka saya sebaik mengambil kira persaingan yang terpaksa dihadapi.

“Jujur saya akui, sebagai penerbit saya mahu melihat filem ini mampu mengatasi karya-karya Syamsul sebelumnya. Jika ia boleh mencapai RM5 juta sekalipun, itu sudah cukup melegakan memandangkan ini antara filem arahan anak saya yang berbajet besar khususnya persediaan untuk babak-babak aksi,” katanya.

Filem Bohsia 2: Jalan Kembali mengisahkan seorang wanita bersama rakan-rakannya yang kembali ke pangkal jalan selepas terbabit dengan aktiviti kurang bermoral.

Menyingkap profil seni Syamsul, pemuda itu mula mengarah filem pada usia 23 tahun. Syamsul mempertaruhkan Evolusi KL Drift pada 2008 sebagai percubaan pertama dan ternyata kemunculan sulung itu mengejutkan apabila berjaya memperoleh kutipan RM4 juta.

Kemudian, Syamsul menyusul pula dengan filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam pada 2009. Masih menerapkan elemen aksi, filem itu menyaksikan peningkatan di mana kutipannya berjaya mengatasi filem pertama iaitu RM4.5 juta.

Filem ketiganya pula, Evolusi KL Drift 2 (2010) terus memahatkan nama anak sebagai sutradara berkaliber apabila filemnya kali ini menyaksikan penambahan RM1.3 juta (RM5.8 juta) daripada Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam.

Sebuah lagi filem menyusul pada tahun yang sama dan kali ini Syamsul mengubah corak pengarahannya dengan memperkenalkan filem seram berjudul Khurafat. Apa yang menarik mengenai filem ini, tanpa disangka-sangka ia berjaya mengaut kutipan berjumlah RM8.1 juta.

Bagaimanapun, kerjaya pengarahan Syamsul yang paling gemilang setakat ini tentunya saat melahirkan filem KL Gangster pada 2011 dengan jumlah kutipan panggung RM12 juta. Tahun yang sama, Syamsul melahirkan pula filem komedi, bagaimanapun Aku Bukan Tomboy hanya berjaya memperoleh kutipan RM2.7 juta.


CAROLINE juara MENTOR 6



Protege Ella, Caroline telah dinobatkan sebagai juara "Mentor" musim keenam (Mentor 6) yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, malam Ahad.

Caroline atau nama sebenarnya Puteri Caroline Mohd Kamel, 20, telah berjaya memperoleh 71 markah secara keseluruhan, sekaligus meraih juara dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,00 dan trofi.
Tempat kedua pula dimenangi Noor Nazatul Farahin, 23, yang merupakan protégé Ogy Ahmad Daud dengan mendapat 60 markah dan membawa pulang wang tunai RM30,000 dan trofi.

Manakala protege Faizal Tahir, Anas Ridzuan yang mendapat 50 markah berada di tempat ketiga dan menerima wang tunai sebanyak RM10,000 berserta trofi.

Ketiga-tiga mentor turut mendapat trofi serta habuan wang tunai mengikut kemenangan protege masing-masing.
Pada segmen pertama, Caroline telah membawa lagu "My Love" nyanyian Justin Timberlake dan I Don't Wanna Miss A Thing" daripada Aerosmith. Manakala Anas pula menyanyikan lagu "Cinta Muka Buku" nyanyian Najwa Latiff, diikuti Zatul dengan dua buah lagu daripada kumpulan Search iaitu "Pelesit Kota" dan "Pawana".

Bagi segmen berikutnya, ketiga-tiga protege dikehendaki berduet dengan penyanyi profesional di mana Caroline membawa lagu nyanyian Dato' Siti Nurhaliza, "Kau Kekasihku" bersama Azlan The Typewriter. Zatul pula telah berduet dengan Ziana Zain membawakan dua lagu kumpulan Indonesia, "Nakal" daripada Gigi dan "Sedang Ingin Bercinta" daripada Dewa 19. Anas pula telah membawa lagu mentornya, "Selamat Malam" bersama Hazama.

Untuk tugasan terakhir, mereka dikehendaki membawa lagu baru. Anas menyampaikan lagu "Hanya Dirimu", Caroline dengan lagu "Harus Cintamu" dan Zatul menerusi "Tinggalkan Yang Lalu".
Persembahan setiap protege telah dinilai oleh juri profesional iaitu Datuk Ramli MS dan Datuk Sharifah Aini yang merangkumi 50 peratus markah, manakala undian melalui SMS merangkumi 30 peratus dan 20 peratus melalui juri awam.

Bapa mentua JIMMY mula masuk campur



Bapa mertua kepada Jimmy Shanley, Datuk Suhaimi yang pernah menyatakan tidak akan memaafkan pengacara tersebut sekali lagi tampil membidas menantunya itu dalam program hiburan terkenal, "Melodi" yang disiarkan pada tengah hari kelmarin (10 Jun 2012).

"Sebelum ini memang saya tak pernah keluarkan kenyataan tentang kes Jimmy dan anak saya yang dah berlaku sejak setahun lebih. Banyak kenyataan yang telah dikeluarkannya. Dah tiba masa saya tampil berikan kenyataan ya mana saya rasakan Jimmy sudah tidak layak menjadi menantu saya kerana banyak tuduhan dibuat yang memburukkan anak saya.

"Anak saya sudah failkan perceraian. Jadi kalau dia sudah banyak memburukkan isterinya, tak guna lagi dia memperisterikan anak saya lagi. Jadi lepaskan sajalah. Jika dia tak lepaskan, ia seolah-olah dia adalah lelaki dayus," ujarnya seperti dipetik dalam "Melodi".

Sementara itu Suhaimi turut mendakwa Jimmy tidak bertanggungjawab dan ambil tahu tentang kelahiran cucunya, Zahrah Shanley sekitar setahun yang lalu.
"Nak ambil berat apa? Ini satu lagi masalah. Dia pernah keluarkan kenyataan bahawa isterinya tak beritahu dah lahirkan anak. Jika tak diberitahu isteri, bagaimana dia boleh membawa krew televisyen ke hospital untuk mengambil gambar anaknya?

"Bil bersalin pun tidak dibayar walaupun kita sebenarnya tak harapkan. Namun dia memang tidak bertanggungjawab. Bagi saya, dia tidak layak menjaga cucu saya," jelasnya lagi.
Suhaimi turut menyifatkan Jimmy sengaja mencari publisiti murahan dengan mencanang kisah buruk rumah tangga bersama isterinya, Nursuhaila Eliani. Malah dia turut meminta Jimmy agar redha menerima ketentuan Ilahi bahawa jodoh mereka tidak berpanjangan.

Sementara itu Jimmy dikatakan enggan mengulas kenyataan yang dikeluarkan bapa mertuanya itu, sebaliknya menyerahkan kepada pihak mahkamah untuk memutuskan jalan penyelesaian terbaik.

Jimmy dan Nursuhaila telah berkahwin pada Oktober 2010, tetapi mula tinggal berasingan selepas tiga minggu bernikah. Jimmy turut memfailkan permohonan kembali taat kepada Nursuhaila pada 31 Januari 2011, diikuti dengan permohonan nusyuz (ingkar perintah suami) pada 27 Januari lalu. Pergolakan rumah tangga mereka masih lagi dalam proses perbicaraan di mana Jimmy mendakwa Suhaila mengaku mengandung anak luar nikah ketika prosiding mahkamah yang berlangsung pada 9 Mei 2012.

"Saya nak semua orang tahu warna sebenar NEELOFA"-ANZALNA



Selepas kisah Tasha Shilla meluahkan isi hatinya yang kecewa dengan bekas juara Dewi Remaja 2010, Neelofa, kini bekas peserta pertandingan Dewi Remaja dan juga pelakon, Anzalna turut tampil menceritakan perangai sebenar aktres dan pengacara tersebut menerusi sisipan hiburan Berita Minggu, BiPop.

Pemilik nama sebenar Nur Anzalna Nasir ini memberitahu aktres "Azura 2012" ini pernah menghiris perasaannya satu ketika dahulu sebaik sahaja pertandingan Dewi Remaja berakhir.

"Walaupun saya hanya menjadi finalis dan tidak memenangi sebarang tempat dalam pertandingan tersebut, Lofa tetap tidak berpuas hati dengan saya. Menerusi laman sosial Facebook milik keluarganya, Lofa menghina keluarga saya dengan perkataan tak elok.

"Semua pengikut saya di Facebook tahu Lofa menghina keluarga saya. Dia juga telah mewujudkan akaun 'Kami Benci Anzalna'. Saya juga turut menerima ugutan daripadanya sekiranya memenangi pertandingan Dewi Remaja. Bagi saya, walaupun perkara tersebut sudah lama berlalu, apabila saya membaca pendedahan Tasha, saya dapat rasakan apa yang dilaluinya kerana sudah terlebih dahulu merasainya," ujar pelakon yang berasal dari Pulau Pinang ini.


Anzalna turut mendakwa Lofa seringkali bercerita buruk tentang dirinya seolah-olah ingin menjatuhkan kariernya.

"Terus-terang, apa yang dilakukan Lofa amat menghiris perasaan saya. Saya nak semua orang tahu warna sebenar diri Lofa. Ramai artis senior yang bercerita kepada saya, seolah-olah Lofa tidak berpuas hati dengan saya.

"Sebelum ini ramai wartawan bertanya, tapi saya tidak cerita apa-apa kerana takut dilabel bermulut jahat. Namun selepas pendedahan Tasha, barulah saya ada kekuatan untuk bercerita," jelasnya yang berkata apa yang diceritakannya ini adalah fakta dan bukan fitnah.

Sebelum ini, aktres drama bersiri "Gemilang", Tasha Shilla meluahkan rasa kesal dan kecewa dengan tindakan pengacara "Nona" itu yang mempertikaikan kemenangannya di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).

Sementara itu dipetik daripada sebuah blog hiburan tempatan, Neelofa dilaporkan ingin menyelesaikan situasi ini menerusi saluran rasmi dan sempat meluahkan isi hatinya melalui akaun Twitter miliknya bahawa dakwaan Anzalna adalah bertujuan untuk menjatuhkannya.

"Nothing in this dunia is in our hands that Allah cannot take from us and so jangan fikir memfitnah dan menjatuhkan orang lain dalam surat khabar. I know where I stand and as for the truth, I will do it the official way."

Friday, 8 June 2012

Kisah pelakon hollywood menolak berlakon dalam filem


JENNIFER HUDSON & PRECIOUS ("PRECIOUS")
Sukar sekali membayangkan watak Precious dilakonkan orang lain selain Gabourey Sidibe. Dengan tubuhnya yang besar dan rupanya yang tampak sengsara, Sidibe berjaya membawa watak gadis remaja yang menghidap AIDS akibat diperkosa bapanya ini dengan begitu cemerlang. Namun watak ini pernah ditawarkan kepada pemenang Oscar dan Grammy yang bernama Jennifer Hudson. Hudson yang baru saja memenangi anugerah melalui filem "Dreamgirls" dan berjaya menurunkan berat badannya menyatakan bahawa dia menolaknya kerana enggan menambah semula berat badannya.
"Saya sudah naikkan berat badan untuk watak Effie. Sekalipun saya tersentuh dengan filem ini, saya mahu memainkan peranan yang tak ada kaitan dengan berat badan saya," jelas Hudson yang juga merupakan jurucakap program Weight Watchers.

MICHELLE TRACHTENBERG & BELLA SWAN ("TWILIGHT")
Pengarah pertama siri "Twilight", Catherine Hardwicke dan para penerbit pada awalnya menghadapi kesulitan mencari pelakon yang cukup sesuai untuk memainkan watak Bella Swan. Hardwicke kemudiannya menunjukkan minat untuk mengambil bintang "Ice Princess", Michelle Trachtenberg untuk menjadi bintang utamanya. Namun begitu, Trachtenberg terpaksa menolak watak tersebut kerana ia bertentangan dengan jadualnya. Adakah ini dikira sebagai menolak tuah atau tidak? Dari satu sudut, Trachtenberg tidak akan mengecapi kegemilangan seperti Kristen Stewart terpilih memegang watak Bella. Namun dari satu sudut pula, dia juga tetap bertuah kerana bukan dia yang menjadi bahan ejekan dan gurauan mereka yang anti-Twilight,

MATT DAMON & SULLY ("AVATAR")
Sam Worthington patut berterima kasih kepada Matt Damon. Jika Damon tidak menolak filem ini, Worthington pasti masih lagi seorang pelakon yang masih tercari-cari arahnya di dunia Hollywood. Jelas Damon, "Saya telah berbincang dengan James Cameron dan saya dah baca skripnya. Saya tahu filem ini akan menjadi sebuah filem hit."
Namun begitu, Damon terpaksa menolak sekalipun ingin sekali bekerjasama dengan Cameron. "Kami hampir menamatkan penggambaran "The Bourne Ultimatum" ketika itu dan saya tidak boleh meninggalkannya begitu saja," katanya lagi.

KELLAN LUTZ & EDWARD CULLEN ("TWILIGHT")
Pada awalnya pelakon Kellan Lutz ditawarkan watak paling besar dalam siri filem terkenal ini. Namun begitu, Lutz menolak watak sebagai Edward Cullen yang menjadi idaman setiap remaja ini dengan alasannya yang tersendiri. Jelasnya, watak itu terlalu murung.
"Saya enggan menerimanya. Saya habiskan tujuh bulan membuat penggambaran di Afrika sebelum itu dan itu satu tempoh yang lama untuk berjauhan dengan keluarga. Ejen saya suruh saya membaca skrip untuk Edward. Saya baca tapi saya rasa watak itu terlalu murung buat saya. Saya ingin melakonkan watak yang buat saya tersenyum. Saya menolaknya beberapa kali."
Namun begitu, ejennya mendesaknya untuk sekurang-kurangnya menerima watak sebagai Emmet Cullen dan dia akhirnya bersetuju.

ROBERT PATTINSON & "THERE WILL BE BLOOD"
Berbeza pula dengan pelakon yang melakonkan watak Edward Cullen dalam "Twilight" ini. Robert Pattinson mengakui dia telah membuat kesilapan besar apabila menolak tawaran untuk berlakon dalam filem "There Will Be Blood" arahan Paul Thomas Anderson. Bagi mereka yang tidak memahami kenapa dia perlu menyesalinya sedangkan dia menjadi bintang terkemuka melalui siri filem terkenal itu, alasannya mudah. Pattinson mahu menjadi pelakon serius, bukan bintang kegilaan remaja. Maka penolakannya itu merupakan sesuatu yang amat disesalinya. Namun begitu, kenapa dia menolaknya? Jelas Pattinson, dia rasa dia tidak cukup bagus untuk filem tersebut!
"Saya dah baca skrip filem tu dan merasakan ia skrip yang terbaik. Saya tak mampu melakukannya."
Bahkan ini bukan kali pertama dia menolak filem yang berkualiti. Sebelum itu, Pattinson juga telah menolak filem "Assasination Of Jesse James" atas alasan yang sama – takut tidak mampu untuk membawa watak tersebut.

WILL SMITH & NEO ("THE MATRIX")
Will Smith pada awalnya menolak tawaran untuk membintangi filem "Men in Black" pada tahun 1997. Mujur isterinya, Jada Pinkett Smith berjaya meyakinkan dia untuk menerimanya. Tidak lama kemudian, Smith ditawarkan pula watak yang lebih menarik – sebagai Neo dalam "The Matrix". Dia menolaknya, lalu watak tersebut diberikan kepada Keanu Reeves. Namun begitu, Smith tidak menyesalinya.
"Saya mungkin akan merosakkannya. Pada waktu itu saya masih belum menjadi pelakon yang cukup bagus untuk watak sedemikian," katanya dengan rasa rendah diri.

SEAN CONNERY & MORPHEUS dan GANDALF
Sebelum Laurence Fishburne, bintang kelahiran Scotland ini ditawarkan untuk memainkan watak Morpheus dalam "The Matrix". Sebelum Ian McKellan pula, Connery juga ditawarkan watak Gandalf dalam trilogi "The Lord Of The Ring". Jika anda gabungkan keuntungan dua filem yang ditolaknya ini, ia bersamaan dengan Connery menolak tuah bernilai lebih AS$500 juta (RM1.5 bilion). Punca dia menolak? Connery tidak memahami jalan ceritanya. Malah dia menolak filem adaptasi J.R.R. Tolkien ini kerana tidak mahu menghabiskan masanya membuat penggambaran selama 18 bulan.
Adakah dia merasa rugi? Apa yang Connery kisahkan! Selain daripada lebih 70 filem yang dibintanginya, lakonannya sebagai James Bond saja sudah cukup untuk menampung kehidupannya tujuh keturunan!

AL PACINO & HAN SOLO ("STAR WARS")
Harrison Ford patut berterima kasih kepada Al Pacino. Jika Pacino tidak menolak tawaran untuk menjadi Han Solo dalam "Star Wars" kerana kesibukannya, pasti Ford masih lagi seorang tukang buat kabinet di rumah George Lucas!

Artis baru dari youtube iamNEETA



Lagu pertama "Tuhan Tolong Aku" kini semakin mendapat tempat di hati peminat-peminat muzik tanah air. Lagu tersebut dinyanyikan oleh sebuah kumpulan baru iaitu iamNEETA adalah bintang baru yang lahir dari Youtube.

iamNEETA terdiri daripada tiga orang anak muda iaitu Neeta Manisha (Neeta), 17, Anas Zakwan Azhar (Anas), 18, dan Patrick Anohada, 26, yang pada mulanya berkenalan melalui laman sosial Myspace kerana mempunyai minat yang mendalam dalam bidang muzik.

Mereka kemudiannya telah menubuhkan kumpulan yang diberi nama iamNEETA bersempena dengan nama Neeta dan telah mendendangkan lagu, "Rolling In The Deep" nyanyian Adele, dan telah memuat naik video mereka itu di laman Youtube.

Ketiga-tiga anak muda ini kemudiannya telah menghasilkan karya mereka yang pertama dengan menggunakan sentuhan daripada Patrick selaku gitaris kumpulan itu dengan mencipta lagu dan lirik 'Tuhan Tolong Aku'.
Taruhan mereka nyata tidak mengecewakan apabila ramai pendengar meminati muzik aliran pop alternatif yang dibawakan iamNEETA.

Melihat potensi iamNEETA di dalam bidang nyanyian, syarikat NAR Records telah melamar kumpulan ini untuk dijadikan artis di bawah naungan mereka.

GAMBIT berjudi di australia



Setelah sekian lama senyap daripada kontroversi, hero bagi filem "Karipap Karipap Cinta", Gambit Saifullah kembali membuatkan namanya kembali hangat diperkatakan apabila dia berani memuat naik gambar di laman twitter miliknya yang menunjukkan dia berada di sebuah pertandingan poker di Australia baru-baru ini.

Gambit Saifullah atau nama sebenar, Mohd Saifullah bin Rosli baru-baru ini dikatakan telah terbang ke Sydney, Australia untuk melancong dan turut berkongsi saat-saat dia terlibat sama dalam satu pertandingan poker yang dianjurkan di sana.

Salah satu daripada kenyataan yang ditulis di laman twitternya, Gambit menulis "Wish me luck for my poker tournament people" yang bermaksud "doakan saya berjaya untuk pertandingan poker, semua".

Gambit dengan yakin memberitahu salah seorang peminat yang membalas kenyataan Gambit di Twitternya sebelum ini bahawa dia merupakan seorang yang profesional dalam permainan tersebut dan memang serius bermain poker.

Gambit sendiri mengaku bahawa beliau memang pandai bermain poker dan mungkin nama gambit di ambil atas sebab tersebut kot...........

Thursday, 7 June 2012

Tanya dulu baru boleh cakap-ZIZAN RAZAK



Nama Zizan Razak atau lebih dikenali sebagai Zizan Raja Lawak bukanlah satu nama asing dalam industri hiburan tempatan. Berjaya mengecapi populariti selepas menyertai pertandingan "Raja Lawak" dan kini baru sahaja dinobatkan sebagai juara dalam program televisyen "Super Spontan", ada khabar angin yang mengatakan Zizan sudah mula besar kepala atau memilih bulu dalam menjayakan sesuatu perkara.

"Saya tidak tahu pula ada yang berkata begitu kerana buat masa ini, saya akan menapis segala tawaran yang diterima terlebih dahulu. Jika tidak sesuai, pengurus saya akan memberitahu sendiri sekiranya jadi atau sebaliknya.

"Mungkin orang yang berkata-kata ini tidak berjumpa dengan saya sendiri dan beranggapan bayaran saya mahal, besar kepala dan hanya tahu memilih saja.
"Tanya dulu, baru boleh bercakap," ujar Zizan ketika ditemui di majlis pelancaran minuman tenaga Drive M7 baru-baru ini.

Dilihat dengan jadualnya yang padat dengan pelbagai perkara, Zizan yang membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000 beserta kereta Toyota Camry dalam "Super Spontan" turut sempat berkongsi bagaimana dia mengekalkan stamina terutama sekali ketika terlibat dengan program televisyen tersebut.

"Ketika pertandingan akhir, saya telah menghabiskan tiga tin minuman tenaga Drive M7 ini. Ini kerana air ini betul-betul memberikan kita tenaga untuk meneruskan kegiatan harian terutama sekali ketika tidak cukup tidur atau kerja lebih masa. Saya seringkali mengamalkannya," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, pelakon dan pengacara berusia 28 tahun ini bakal muncul dengan filem terbaru terbitan Excellent Pictures berjudul "Mael Lambong". Filem gandingan bersama Juliana Evans dan Taiyuddin Bakar dan diarahkan oleh Ahmad Idham bakal menemui peminat di pawagam berdekatan pada 21 Jun akan datang.

ERIC mengisi kekosongan hidup saya-NURUL



Selepas menjadi ibu tunggal lebih lima tahun, penyanyi Nurul Huda Abdul Wahab akhirnya menamatkan zaman jandanya apabila sah bergelar isteri untuk kali kedua selepas selamat diijabkabulkan dengan seorang duda dari Perancis Eric Daniel Depp, 47, dalam majlis yang diadakan di Duchess Place di sini semalam
.
Dipetik daripada Harian Metro, pasangan itu menjadi menjadi pasangan suami isteri dengan sekali lafaz oleh Eric di depan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian Dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Azizan Othman, pada pukul 12.20 tengah hari berwalikan abang Nurul sendiri, Mohamad Rizal Abdul Wahab.

"Alhamdulillah, apa yang saya impikan bersama Eric akhirnya menjadi kenyataan," ujar Nurul Huda.
Menurut Nurul, kehadiran Eric di dalam hidupnya, mengisi kekosongan hidup selepas lebih lima tahun hidup bersendirian.

"Keikhlasan Eric menerima saya dan anak saya (Ayu Nazirah,14) sangat-sangat saya syukuri," katanya lagi.
Nurul yang tampil anggun dengan busana putih dan hitam rekaan Rizman Ruzaini menerima mas kahwin RM80 dan wang hantaran 5000 Euro iaitu kira-kira RM20,000, beserta empat dulang hantaran lagi daripada pihak lelaki.

Sementara itu, si suami yang merupakan seorang perunding kesihatan di sebuah syarikat nutrisi antarabangsa menyifatkan Nurul merupakan seorang wanita yang bukan hanya isteri buatnya sebaliknya sahabat.
"Pertemuan kami terjadi di majlis rumah terbuka hari raya, Zahidah Rafik pada September 2010. Sejak mengenali Nurul, saya mulai faham budaya Melayu dan sekarang saya sedang mempelajari bahasa Malaysia," kata Eric yang segak mengenakan sut rekaan Bon Zainal.

Majlis bersejarah bagi pasangan tersebut turut dihadiri rakan seperjuangan Nurul termasuklah Zahida Rafik, Ning Baizura, Amy Mastura, Maznah Zulkifli, Jehan Miskin dan guru vokalis Siti hajar Ismail.

Apendiks ALMY NADIA hampir ragut nyawa



Pelakon Almy Nadia bernasib baik kerana terselamat daripada penyakit apendiks tahap kritikal yang boleh meragut nyawanya.

"Penyakit apendiks itu sudah bernanah dan jika tidak dirawat dalam masa yang cepat ia akan menyebabkan jangkitan dan ada kemungkinan boleh membawa maut," ujar Almy yang mengalami kesakitan pada bahagian perut secara tiba-tiba pada 23 Mei lalu sehingga ditahan di wad Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC) untuk pembedahan segera.

Menurut Almy, semuanya berlaku apabila dia secara tiba-tiba mengalami sakit perut yang teruk sehinggalah dia dikejarkan ke KJMC. Selepas pemeriksaan, doktor mendapati apendiks Almy sudah bernanah teruk.
"Saya juga berada di ambang maut kerana apendiks itu hampir pecah.Jika saya lewat sehari ke hospital pastinya maut menanti.

"Mujurlah semuanya sudah selamat dan kini saya beransur sembuh selepas hampir dua minggu pembedahan," ujarnya yang dipetik dari laman mStar Online.
Almy yang kini sedang menjalani proses berpantang selama tiga minggu turut menekankan aspek pemakanan selain perlu berhati-hati dengan pergerakannya memandangkan luka pembedahan agak teruk.

"Buat masa ini, saya berpantang daripada mengambil makanan pedas dan hanya memilih makanan berkhasiat. Paling penting, pergerakan harus dikawal lebih-lebih lagi orang seperti saya ini yang tidak reti duduk diam. "Pembedahan itu memang sakit dan buat saya trauma, tetapi kini ia beransur pulih. Walau sakit dan sukar mana sekalipun saya perlu meneruskan kerja kerana saya anak sulung yang perlu menyara keluarga di kampung," jelas Almy lagi.

Malah pelakon 'Edisi Khas 2012' ini menganggap segala musibah demi musibah yang menimpa dirinya sejak tahun lalu seperti sakit misteri, patah jari kaki, dugaan dalam percintaannya bersama pelakon Fizz Fairuz dan kini apendiks, disifatkannya sebagai satu dugaan Allah untuk menghapuskan dosa-dosa kecilnya selama ini.
Terbaru, Almy kini kembali bekerja dan baru saja memulakan penggambaran telefilem Hari Raya berjudul "Sebelum Raya" arahan Zulkifli M Said untuk tayangan di sebuah saluran televisyen.

Wednesday, 6 June 2012

Susulan adegan berahi BRONT tampil mohon maaf



Baru-baru ini, industri perfileman tempatan telah timbul kontroversi apabila filem terbaru arahan Osman Ali "Jiwa Taiko" yang bakal ditayangkan memaparkan beberapa adegan 'berahi' yang membabitkan Bront Palarae dan Nadiya Nisaa didakwa tidak menjaga sensitiviti masyarakat Melayu.

Menurut laporan daripada KL Pos, Bront Palarae telah tampil untuk memberi penjelasan dan memohon maaf kepada masyarakat berhubung isu tersebut yang dilihat kian menjadi bualan hangat dikalangan ramai.
Bront memberitahu bahawa adegan itu tidak diperlakukan secara realiti, tetapi dengan menggunakan teknik 'camera trick'.

Jelasnya lagi, dia sebenarnya dia tidak bersentuhan secara berlebihan pun dengan Nadiya Nisaa seperti yang dapat dilihat dalam adegan tersebut. Dengan menggunakan teknik kamera yang berkesan, aktor berusia 33 tahun ini berkata babak tersebut nampak lebih realistik.

Sementara itu, pelakon yang berasal dari utara tanah air, Kedah ini turut berkongsi pengalaman paling mencabar sepanjang penggambaran filem "Jiwa Taiko" iaitu dimana dia dan Remy Ishak bertarung dengan menggunakan parang sebenar.

"Abang Osman agak teruja bila nampak parang berlaga dan menghasilkan percikkan api, jadi dia meminta kami untuk memberikan lebih lagi," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Bront yang akan tampil dengan filem terbarunya "Jiwa Taiko" pada 14 Jun ini, akan turut bakal muncul dalam filem arahan Namron iaitu "Psiko".