Thursday, 22 August 2013

FILEM : AKSI,SERAM,KOMEDI DALAM KL ZOMBIE


KL ZOMBIE filem terbaru terbitan grand brilliance ini mengisahkan penduduk KL yang terkena virus yang merebak dengan cepat dan menyebabkan manusia bertukar menjadi zombi.berpunca dari seekor anjing yang menggigit kawan NIPIS lakonan ZIZAN RAZAK dan terus merebak ke sekitar kuala lumpur.

NIPIS yang terselamat cuba untuk mencari penyelesaian terhadap virus tersebut dengan bantuan daripada beberapa orang dan rakan beliau yang lain yang turut terselamat.filem genre aksi seram komedi ini melibatkan pengunaan darah yang banyak dan efect yang terbaik terhadap zombie-zombie imemberikan kelainan dalam filem zombie yang lain seperti zombi kampung pisang.


Filem KL ZOMBIE ini Turut di bantu oleh pelakon-pelakon yang hebat seperti zain,siti saleha,izara aishah,uchop wilcha,faezah elai,eidil putra dan yus jambu.

AHMAD IDHAM MAHU BERSEMUKA DENGAN KAK PORA


Pengarah dan penerbit, Ahmad Idham mencabar wartawan ruangan gosip 'Kak Pora' akhbar Berita Minggu untuk bersemuka selepas kesal dengan kenyataan wartawan tersebut pada 18 Ogos lalu bertajuk "Usah salahkan FINAS filem tak laku" yang dianggapnya sebagai 'pendek akal'.

"Saya mencabar wartawan ini. kalau dia berani, kita jumpa dan bersemuka. Kalau dia tidak sahut cabaran ini, saya tahulah yang dia tidak cukup pandai dan sampai bila-bila sekadar duduk dan bersembunyi di belakang ruangan gosip seperti 'Kak Pora'.

"Dengan tindakan itu juga, massa lebih percaya kredibiliti wartawan tersebut, begitu juga pengiat bidang perfileman kita.

"Saya tidak marah, tetapi dalam keadaan sekarang di mana para wartawan mempunyai tahap pendidikan dan intelek yang tinggi, masih ada wartawan seperti ini yang menjadi 'parasit' merosakkan industri," ujarnya menerusi kenyataan media.

Tambah Idham lagi, dia merasakan apa yang ditulis oleh wartawan tersebut dilihat lebih bersifat peribadi dan menyerang balas secara peribadi dalam penulisannya, di atas temuramah terdahulu antara Ahmad Idham dengan wartawan akhbar Harian Metro bertajuk "Idham mahu FINAS bertindak" pada 14 Ogos lalu.

"Dalam saya meluahkan kegusaran apabila melihat masalah serius yang berlaku dalam industri filem, wartawan itu dilihat lebih seronok menyalahkan saya, sepatutnya dia berusaha untuk bersama-sama membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.

"Selama saya memperjuangkan kehendak dan kepentingan pengiat seni (filem) tempatan, saya amat menghargai kerjasama dan sokongan rakan wartawan, untuk membantu mempertingkatkan lagi industri ini. Saya ucapkan jutaan terima kasih. Tetapi, bila melihat hal seperti ini, saya merasakan yang mungkin ada agenda lain yang cuba dicapai oleh wartawan (Kak Pora) terbabit. Industri kita bukan dirosakkan oleh orang luar, tetapi oleh mereka seperti ini."

Sementara itu, Idham turut memberitahu industri perfileman tempatan mengalami kemerosotan dari segi kutipan di pawagam dengan jumlah kutipan kasar tiket pada tahun 2012 sekadar RM97.29 juta (76 filem), berbanding RM126.49 juta (49 filem) pada tahun 2011.

Malah pada lima bulan pertama 2013 menyaksikan penyusutan lebih kritikal kutipan kasar sekadar RM40.39 juta sahaja.

FILEM : PAKU PONTIANAK


Pengarah berbakat besar, Ismail Bob Hasim sekali lagi tampil dengan sebuah filem bergenre seram arahannya "Paku Pontianak" untuk penonton yang gemar filem bergenre ini.

Bob Hasim yang pernah merangkul Anugerah Filem Takut Terhebat Anugerah Blockbuster 2012 menerusi filem "Sumpahan Kum Kum" yakin dapat memberi impak terbaik melalui filem seram terbaru arahannya.

Filem ini mengisahkan tentang seorang pemuda kampung bernama Adam (Pekin Ibrahim) telah terlanggar seorang gadis Melati (Uqasha) ketika pulang dari tempat kerjanya pada waktu malam. Adam kemudiannya telah membawa pulang Melati yang tidak sedarkan diri ke rumahnya.

Usaha mencari keluarga Melati tidak berjaya apabila Melati tidak mengingati apa-apa langsung dan menyebabkan Adam sentiasa melindungi Melati. Pada masa sama hal tersebut telah menimbulkan rasa tidak senang hati Seri (Hidayah Samsudin) yang sudah lama meminati Adam, dan ini telah menimbulkan konflik.

Selain Pekin dan Uqasha, filem terbitan MIG ini turut dibarisi pelakon seperti Adiba Yunus, Along Eyzendy dan Hidayah Ismail dan ramai lagi.

"Paku Pontianak" akan mula ditayangkan bermula hari ini iaitu 22 Ogos di seluruh pawagam di Malaysia.

KONTROVERSI : ADEGAN PANAS MARSHA DALAM FILEM LAGA


Walaupun filem "Laga" terbitan Business Leader Film Production (M) Sdn. Bhd dijangka menemui penonton pada tahun depan, namun trailer yang memaparkan adegan ranjang antara pelakon jelita Marsha Milan Londoh dan pelakon veteran Wan Hanafi Su kini isu yang semakin hangat diperkatakan ramai.

Filem yang dibarisi oleh pelakon hebat seperti Rosyam Nor, Nasir Bilal Khan, Eman Manan, Ruminah Sidek, Syazwan Zulkifli, Zaidi Omar dan Fadilah Mansor ini menimbulkan pelbagai persoalan kepada masyarakat biarpun babak di ranjang dengan Marsha yang hanya berkemban itu diselitkan dalam masa singkat.

Mengulas isu tersebut, Marsha yang membawa watak sebagai suami isteri bersama Wan Hanafi Su mengatakan dia hanya bersikap profesional dan tidak pernah terfikir akan pandangan masyarakat kerana babak tersebut bukanlah seperti yang difikirkan. 

"Sebelum penggambaran bermula, pengarah awal-awal sudah beritahu saya terdapat babak atas katil bersama Wan Hanafi Su. Dia menerangkan kepada saya tentang syot dan keperluan babak itu secara terperinci. Sebagai pelakon, saya juga tidak mahu masalah timbul di kemudian hari hanya kerana satu babak itu", kata Marsha seperti dipetik menerusi Kosmo!.


Marsha tidak merasa dirinya digunakan sebagai pelaris filem malah pelakon ini berkata dia selesa sewaktu menjalani penggambaran filem yang berkisar mengenai permainan sabung ayam itu. Dia tidak kisah jika penonton menilainya dari sudut negatif namun mahu orang ramai menonton dahulu filem tersebut sebelum membuat sebarang spekulasi.

Pada masa sama, Wan Hanafi Su juga mengulas kenyataan gosip tersebut dengan mengatakan babak tersebut lebih kepada pendidikan dan bukannya filem porno.

"Dalam skrip sebelum babak itu, bidan ada memberitahu, jika ingin dapat anak harus mengangkat kaki isteri tinggi-tinggi, jadi hanya babak itu yang dipaparkan. Tidak ada sebarang babak ghairah seperti yang difikirkan orang ramai. Rasanya selepas tonton sepenuhnya filem ini, tidak akan ada sebarang impak negatif kerana saya bukannya melakonkan babak rogol," kata Wan Hanafi Su.

Dalam pada itu, pengarah filem "Laga" Ismail Yaacob turut berkata, dia yakin bahawa filem arahannya ini akan diterima ramai.