Friday, 18 November 2011

indie band : Foster The People Live in Kuala Lumpur


Kumpulan pop indie yang kian meningkat dan dikenali ramai, FOSTER THE PEOPLE bakal berada di Malaysia untuk persembahan buat pertama kalinya di Malaysia pada 13 Januari 2012, jam 8 malam bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

 Berasal dari Los Angeles, Amerika Syarikat, Foster The People yang dianggotai oleh Mark Foster, Mark Pontius dan Cubbie Fink mula dikenali selepas single pertama mereka berjudul "Pumped Up Kicks" dimainkan di radio dan menduduki tempat teratas dalam pelbagai carta muzik.

 Mempertaruhkan album debut "Torches" yang telah pun berada di pasaran Mei lalu, Foster The People Live In Malaysia telah dibawakan oleh PR Worldwide dan tiket sudah mula dijual dengan harga RM98, RM138 dan RM188 di cawangan Rock Corner dan Victoria Music serta laman web www.ticketpro.com.my. Peminat juga boleh mendapatkan potongan diskaun 10% jika mereka membeli tiket pada bermula 15 November – 5 Disember 2011.

No comments:

Post a Comment