Wednesday, 30 November 2011

REVOLUSI SUPERMAN MALAYA - FAIZAL TAHIR



penyayi rock tanah air yang di gelar superman malaysia,FAIZAL TAHIR bakal mengeluarkan album terbaru nya di pasaran sekitar bulan febuari tahun hadapan.dalam album terbaru, FAIZAL membuat revolusi terhadap muzik nya yang berlainan dari muzik yang sebelumnya.

FAIZAL memberitahu di MSTAR "tiada lagi lagu seperti 'HANYUT' atau 'KARMA' kerana muzik tersebut melambangkan kematangan saya dalam usia sebegini"

peyanyi tersebut teruja dengan perubahan yang di lakukan akan tetapi merasa risau dengan risiko yang dilakukan.bimbang tidak akan di terima peminat nya.

FAIZAL yang agak menyepikan diri pada masa ini,sebenarnya sibuk di studio rakaman selama enam bulan menghabiskan masa di studio bagi meyiapkan album tersebut."alhamdulilah sudah hampir siap dan ianya single terbaru saya ciptaan audi mok & omar kakan akan keluar pada febuari tahun hadapan" ujar faizal.16 lagu akan di tampilkan dalam album ketiga nya ini.

sama -sama kita nantikan kelainan muzik FT ini...

TAHNIAH BUNOHAN !!!

BUNOHAN sebuah filem aksi arahan DAIN SAID yang belum di tayangkan di malaysia telah memenangi  anugerah NETPAC (rangkaian promosi panggung asia) di FESTIVAL TAIPEI GOLDEN HORSE 2011.

filem arahan DAIN SAID ini di pilih oleh juri NETPAC berdasarkan keunikan dan seni kreatif yang di tunjukan serta penggunaan bahasa yang sinematik dan menangani pelbagai isu kontemporari asia.


Sebelum ini filem BUNOHAN telah membuat tayangan perdana nya di FESTIVAL FILEM ANTARABANGSA di TORONTO pada september yang lalu dan dipileh oleh pihak UNIVERSAL PICTURES untuk pengedaran di UNITED KINGDOM,PERANCIS,JERMAN,AUSTRALIA & NEW ZEALAND.

Antara barisan pelakon yang membintangi filem BUNOHAN ini terdiri daripada FAIZAL HUSSEIN,ZHAIRIL ADZIM,BRONT PALARAE,SOFFI JIKAN,PEKIN & TENGKU AZURA.

filem ini mengisahkan tiga beradik, seorang peniju tomoi,pembunuh upahan dan ahli perniagaan yang cilik dalam mengharungi kehidupan dan nasib mereka.

BUNOHAN di katakan bakal di tayangkan di pawangan seluruh negara pada 8 MAC 2011.

SYABAS  di ucapkan kepada "BUNOHAN" kerana berjaya mengharungkan industri filem tanah air.

OMBAK RINDU-PENULIS TIDAK PUAS HATI


FAUZIAH ASHARI iaitu penulis novel OMBAK RINDU berasa menyatakan perasaan tidak puas hati dengan filem ini.beliau memberitahu bahawa perjalanan dalam filem ini begitu singkat berbanding dalam novel tulisan beliau sendiri.

ujar FAUZIAH ketika sidang media filem berkenaan "banyak yang perlu di tegur tetapi saya terima sajalah pekara tersebut memandangkan ianya telah siap". malah beliau turut berasa kecewa kerana tidak di panggil untuk turut serta menjadi penasihat bagi menghasilkan filem OMBAK RINDU tersebut.penulis juga turut menegur penerbit supaya meringkan mulut untuk mendapatkan kerjasama dari beliau pada masa hadapan.

"sekiranya selepas ini ada pihak produksi ingin membuat filem yang di adaptasi dari novel,saya berharap mereka mendapat kerjasama dari penulis" ujar fauziah lagi ketika di wawancara.

OMBAK RINDU yang bakal keluar di seluruh pawagam tanah air pada 1 DISEMBER 2011
PELAKON : AARON AZIZ,MAYA KARIN,LISA SURIHANI,BRONT PALARAE

Sunday, 27 November 2011

SAYA TEKAD MAHU SAMAN JOHAN -OGY AHMAD DAUD


Setelah reda isu pasal RAJA AZMI di FFM 24.Timbul pula isu berkaitan dua pengacara senior dan junior yang di gandingkan pada malam FESTIVAL FILEM 24.pengacara yang di maksudkan ialah JOHAN & FAUZIAH AHMAD DAUD.

Majlis yang berlangsung dengan meriah dan riuh rendah di buat oleh dua orang pengacara tersebut sebenarnya indah khabar dari rupa.Kerana sebenar nya terdapat konflik dalaman antara mereka.OGY yang berasa tidak puas hati dengan gelagat JOHAN pada malam tersebut dengan mengutuk beliau dan turut di katakan menghina arwah ibu dan bapa beliau serta beliau terkilan dengan tindakan JOHAN mempersendakan Tahun Gajah,Tahun kelahiran Nabi Muhammad  junjungan kita.

OGY meluahkan kekecewaan beliau dengan mendakwa JOHAN telah mengaibkannya di hadapan hampir sejuta penonton yang menonton secara langsung dan di hadapan Timbalan Perdana Menteri,TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN dengan jenaka yang tidak relevan sepanjang majlis itu berlangsung."ini bukan gelanggang raja lawak" kata OGY lagi.

“Ini satu penghinaan dan saya tak boleh bertoleransi dengan orang yang biadap seperti itu,” katanya.

Menurut Ogy, sepanjang majlis, dia hanya mampu beristighfar di dalam hati walau sedih dengan sikap Johan yang dianggap keterlaluan.

Bagi Ogy, dia harus bersikap profesional kerana mahu tidak mahu, majlis perlu diteruskan dengan baik.

“Saya tak tahu kalau ada yang perasan atau tidak, tetapi sepanjang berada di pentas, saya hanya menahan rasa kecewa dengan kerenah Johan yang kurang ajar.

“Sebagai manusia, bohonglah kalau saya tak terasa bila orang memperkotak-katikkan arwah ibu dan bapa, mengutuk saya ni dah tua dan sebagainya.

“Jangan kerana saya ni anak yatim dan tidak bersuami maka orang boleh memperlekehkan saya.

“Saya tahu saya ni dah berusia, tetapi saya tidak perlukan orang untuk menyedarkan saya mengenainya.

“Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu perasaan saya ketika dimalukan sebegitu sekali,” kesalnya.

Mana IQ?

Bercerita lanjut, menurut Ogy, dia juga kesal kerana sebagai seorang yang berpengalaman dalam industri terutama dalam bidang pengacaraan, dia melihat ramai ‘budak baru’ tidak pandai menghormati golongan senior.

Kata Ogy, ini bukan soal sensitiviti hanya kerana dia merupakan seorang wanita yang berusia.

Tetapi sudah banyak contoh di depan mata yang menyaksikan bagaimana pendatang baru dalam industri tidak bijak menyampaikan jenaka.

Malah, kata Ogy, ada yang tidak faham antara lawak bodoh dengan lawak yang punya IQ.

“Buat lawak tak perlu menghina orang. Lawak yang punya IQ dan isi, yang tak menghina atau mengutuk orang pun akan jadi satu jenaka yang boleh menghiburkan penonton.

“Lihat contoh, Harith Iskandar atau Afdlin Shauki. Mereka tak ada pun nak hina-hina orang untuk membuatkan orang ketawa. Mengapa Johan perlu buat begitu?

“Mengenakan saya di pentas dan menggunakan perkataan yang tidak sesuai, apa dia ingat saya ni adik diakah?” katanya.

Menurut pengarah dan penerbit ini lagi, kebanyakan jenaka yang dibuat oleh Johan juga tidak berlandaskan skrip yang disediakan oleh pihak Astro.

“Saya tahu dia berbakat untuk buat lawak tetapi cara dia melampau. Sudahlah masa latihan sebelum majlis berlangsung dia datang lewat.

“Kami diminta datang pukul 3 petang, dia sampai pukul 6 petang. Macam mana tu? Tiga jam saya menunggu, tetapi dia langsung tidak minta maaf pada saya.

“Pembantu peribadi dia yang malu dan berkali-kali minta maaf dari saya. Mana budi bahasa? Tetapi saya sedikit pun tidak bising pada dia. Kalau dia nak jawab, jawablah pada Astro, ” katanya.

Menyifatkan isu ini sebagai sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh, kata Ogy, dia nekad untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Johan.

Menurut Ogy, biar sekalipun Johan tampil memohon maaf ke atas dirinya selepas ini, namun dia tetap akan berkeras untuk menyaman pelawak tersebut.

“Saya berpegang pada hak asasi manusia. Tidak kira siapa pun, kalau mereka telah memperlekehkan maruah diri dan ibu bapa saya, saya tidak akan bertolak-ansur.

“Biar dia datang minta maaf sekali pun, saya tidak akan layan. Sebab seseorang harus bangkit memberi pengajaran kepada budak baru seperti dia yang tak tahu apa makna menghormati.

“Bukan saya datang cari Astro untuk minta jadi pengacara malam itu, tetapi Astro yang datang cari perempuan buruk ini untuk menjayakan majlis.

“Tapi saya datang bukan untuk diperlekeh-lekeh begitu,” ujarnya.

Dalam pada itu, menurut Ogy, dia dan peguamnya kini sedang menguruskan proses lanjut untuk membawa kes berkenaan ke mahkamah.

“Saya akan bangkit mewakili mana-mana artis senior yang rasa diri mereka diperlekehkan orang baru.

“Jangan main-main dengan Fauziah Ahmad Daud. Saya tidak akan lepaskan budak ini!” katanya lagi dalam nada cukup tegas.

Friday, 25 November 2011

FASHA SANDHA MEMBINTANGI FILEM TAMIL


FASHA SANDHA di katakan akan turut  membintangi filem tamil arahan K.Annan yang berjudul "4S OPS KOSSA DAPPA-THE FINAL" selepas kejayaan 2 buah filem arahan K.Annan ini mendapatkan sambutan yang memberangsangkan di Kuala Lumpur.

Filem pertama sebelum ini hanya di pasarkan dalam bentuk VCD sahaja,Namun filem kedua di lancarkan di Kuala Lumpur dan telah mencipta rekod "MALAYSIA BOOKS OF RECORDS" kerana menampilkan 50 bintang dalam filem tersebut

Selain FASHA,terdapat selebriti terkenal tanah air seperti AFDLIN SHAUKI,LAKSHMI RAI,AMBER CHIA DAN JASMINE.

Pengambaran filem ini akan berlangsung pada 28 Disember 2011dan pada febuari 2012 di Chennai India dengan penampilan khas oleh barisan pelakon.Filem ini diterbitkan oleh SSK Resources Sdn Bhd dan di tayangkan di pawagam malaysia menggunakan format 35mm, filem ini merupakan filem tamil tempatan pertama yang menggunakan format berkenaan .

TEATER : CUCI THE MUSICAL YANG TERAKHIR


Oleh sambutan yang begitu meberangsangkan sebanyak 2 musim tayangan di Istana Budaya,HANS ISAAC bakal menerbitkan teater "CUCI THE MUSICAL 3" merupakan  episod yang terakhir bagi teater muzikal ini.

Selaku penerbit dan pelakon,Hans Isaac terpaksa memerah keringat bagi memastikan teater "CUCI MUSICAL" ini berjalan dengan lancar. Di terbitkan oleh Tall Order Production Sdn Bhd iaitu syarikat produksi milik Hans kini sedang dalam produksi dan ia nya bakal di tayangkan di Istana Budaya pada febuari tahun depan.

Hans Isaac menyatakan bahawa beliau kini dalam proses membuat olahan skrip dan jalan cerita agar ianya menjadi lebih pendek,lebih menarik dan berbeza dari sebelum ini.walaupun ramai yang mengakui "CUCI MUSICAL" sebelum ini memakan masa hampir 3 jam tetapi tiada siapa merungut kerana penuh dengan komedi yang membuatkan semua penonton gelak ketawa.

Barisan utama pelakon masih di kekalkan iaitu HANS ISAAC,AWIE,NABIL & AFDLIN SHAUKI

Thursday, 24 November 2011

FILEM : MAEL LAMBUNG TANPA ACAI



MAEL LAMBUNG filem arahan ahmad idham yang sedang menjalani pengambaran di khabarkan bahawa watak ACAI yang sinonim dengan watak MAEL LAMBUNG yang di lakonkan oleh JOHAN tidak di masukkan dalam filem tersebut.ada yang beranggapan ibarat JOZAN tanpa JOHAN....

bagi pengarah filem tersebut Ahmad Idham beliau tidak sama sekali berniat untuk menyisihkan JOHAN dengan tidak memasukan watak ACAI dalam filem "MAEL LAMBUNG" dengan meletakkan ZIZAN sekali lagi sebagai watak utama.

Walau bagaimana pun ujar Ahmad idham dia sudah merancang untuk mengangkat watak ACAI dalam filem terbitan beliau di masa hadapan,kerana beliau sudah lama merancang bersama sama ZIZAN bagi menghasilkan filem ini terlebih dahulu.

Kata nya lagi..tidak mustahil bahawa beliau akan menghasilkan filem khas menceritakan watak khas untuk watak ACAI pulak sebelum muncul filem "MAEL LAMBUNG VS ACAI".

Bagi peminat - peminat jozan yang beratus ribu pasti mengharap kan filem "MAEL LAMBUNG VS ACAI" akan memasuki layar perak.sama sama kita nantikan!!!!!

"MAEL LAMBUNG" bakal di bintangi oleh : zizan,juliana evan,sallehudin tai & pelakon daripada singapura shenty feliziana


Wednesday, 23 November 2011

INI TIDAK ADIL BAGIKU-YUNA


Bersesuaian dengan lirik lagu "penakut" yang di menangi YUNA di AIM baru - baru ini dalam kategori lagu terbaik telah di tarik balik kerana berlaku kesilapan dalam pengiraan markah oleh juri.lagu 'penakut' yang di cipta sendiri oleh YUNA di anggap tidak layak untuk memenangi lagu terbaik dan anugerah tersebut di berikan kepada lagu 'sedetik lebih' nyayian oleh ANUAR ZAIN lirik oleh EDRY ABDUL HALIM.

Kesilapan ini di anggap memalukan dan akan mengakibatkan kurang kepercayaan orang ramai terhadap penganjur bagi anugerah tersebut yg di anggap begitu berpestij di negara kita.Bagi YUNA sendiri beliau beranggapan pekara ini ada hikmah di sebaliknya dan TIDAK BERCADANG untuk mengambil tindakan undang - undang.

"saya begitu mengagumi pengajuran AIM sebelum ini" ujar YUNA dan beliau berasa terkilan atas kesilapan yang berlaku.Awal - awal lagi YUNA berasakan ada sesuatu yang tidak kena berlaku kerana syarat untuk memenangi anugerah utama itu,lagu haruslah memenangi kategori di pertandingkan.

Bagi pihak penganjur pekara ini tidak harus berlaku lagi di masa hadapan kerana ianya akan menimbulkan kekeliruan dan ketidak percayaan orang ramai serta penggiat muzik tempatan terhadap RIM & JABATAN AUDIT yang diiktiraf.

Petikan lirik lagu "penakut" : ini tidak adil....tidak adil baginya...ini tidak adil...tidak adil bagi ku....kau bukan miliku........

Kepada YUNA kami di PETI SURAT ucapkan all the best!!! untuk album inggeris yang akan di pasarkan di pasaran amerika syarikat tidak lama lagi....

Tuesday, 22 November 2011

PENONTON FILEM DI INDONESIA MEMUJI HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA




 Bukan hanya di malaysia sahaja filem HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA mendapat pujian dan di angkat sebagai filem terbaik di anugerah FESTIVAL FILEM MALAYSIA 24,malah turut menjadi perbualan di negara seberang indonesia yang memuji filem tersebut serta memuji perkembangan industri filem malaysia.
berikut antara komen-komen yang dapat kami tunjukkan :

kenapa di indonesia sendiri tidak bisa bikin film seperti ini?"
kenapa harus berkiblat pada malaysia?
"mungkin jawaban nya salah pemerintah dan penonton indonesia yang gak percaya sama film nasional"
dulu masyarakat indonesia sangat senang menyambut gegap gempita hidupnya perfilman lokal pasca mati suri. tapi setelah muncul film-film kancut dari produser mata duitan, akhirnya banyak pengekor hal seperti itu. yang membuat indonesia terpaksa tunduk sebenarnya bukan pada kemauan pasar. tapi kemauan produser. see!
__________________________________________________________________________________

sabai: hebat industri film malaysia bisa ngangkat konten yang seperti itu.padahal malaysia miskin kebudayaan atau kearifan lokal.coba di indonesia ada yang membuat film tentang cerita ken arok atau majapahit pasti manteb, cuma gimana produser nya berani bermodal kan ke arah film seperti itu kalo masih ada penonton indonesia yg tidak percaya film nasional.
__________________________________________________________________________________


@Mochammad Yasser : Jangan suudzon.. . Aku sudah baca hikayat Merong Mahawangsa ini sejak lama. Hikaya ini memang hikayat lama Melayu tentang terbentuknya kerajaan Kedah. Hikayat aslinya ditulis sudah sejak abad 16 dan naskah aslinya disimpan di musium negara di KL, versi bahasa Inggrisnya disimpan di salah satu museum negara di London. Di cerita aslinya, putri china diculik oleh burung garuda, tapi di film ini Garuda justru diasosiasikan sebagai bajak laut. Menurut saya, justru ini (mungkin sih..) dilakukan untuk tidak menyinggung perasaan bangsa yang memakai burung garuda sebagai lambang negara.. .. Ga mungkin juga diganti namanya kan..karena ini cerita berlatar sejarah..
__________________________________________________________________________________
Secara pribadi, saya kagum sama film ini. ceritanya berlatar sejarah (walaupun ada sedikit penyesuaian disana sini) dan mendidik. Ditampilkan dalam cerita yang menarik sehingga generasi mudanya tertarik untuk menonton film sejarah bangsanya sendiri. Dan dari total 8 juta ringgit bajet film ini, 6,9 jutanya ditanggung pemerintah..
Sama sekali ga ada maksud menyalahkan pemerintah sendiri, ga ada gunanya juga selalu komplen. mendingan ayok kita sama-sama mulai membenahi negeri kita, tidak ada salahnya juga belajar dari negara lain (ga perlu gengsi..) karena masa depan bangsa ditentukan oleh anak mudanya.

sumber dari : http://bicarafilm.com/baca/2011/03/15/film-hikayat-merong-mahawangsa-malaysia
__________________________________________________________________________________

kami di peti surat mengucap kan syabas kepada trio adik beradik handalan malaysia KRU yang berjaya menghasilkan filem yang bermutu tinggi dan berjaya memasarkan nya di 72 buah negara.memang layak filem HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA ini di iktiraf sebagai filem terbaik.

produksi filem yang lain patut mencontohi langkah KRU memartabatkan industri filem malaysia di persada dunia.filem - filem yang di hasilkan di hanya untuk pasaran dalam negara tapi untuk pasaran dunia..KRU studio bakal melancarkan filem terbaru nya berjudul VIKINGDOM yang masih dalam pengambaran yang di bintangi oleh pelakon dari hollywood antara nya dominic (prison break), Jon foo (tekken), natassia malthe,craig fairbass.filem ini hasil arahan YUSRI ABDUL HALIM...

Monday, 21 November 2011

SHAMSUL YUSOF - PENGARAH MUDA, MEWARISI ZAMAN KEGEMILANGAN AYAHANDANYA.




    Syamsul Yusof, merupakan pengarah muda yang tidak pernah kekeringan idea menghasilkan karya seni di dalam pelbagai genre filem dan drama ini tidak keterlaluan boleh dikatakan sebagai sudah boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan ayahanda kesayangannya; Datuk Yusof Haslam.

Walaupun baginya masih terdapat banyak perkara yang perlu dipelajari, namun melihat kepada anugerah anugerah yang tidak henti diraih, membuktikan bahawa bakat beliau sudah semakin berjaya digilap oleh Datuk Yusof. Namun, tidaklah pula dikatakan bahawa six million dollar man; Datuk Yusof Haslam sudah hilang sinarnya, tidak sama sekali..

cuma seperti apa yang pernah diungkapkan oleh Datuk Yusof di dalam satu majlis berbuka puasa tidak lama dahulu, "Saya membayangkan bahawa Syamsul kini adalah bayangan saya di zaman kegemilangan saya dahulu" sudah cukup menunjukkan bahawa Datuk Yusof amat berbangga dengan kejayaan putera kesayangannya itu.

    Mengimbas kembali filem pertama arahan Syamsul, Evolusi KL Drift sehingga yang terkini iaitu 'Aku Bukan Tomboy' yang sedang hangat ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia, para penonton sudah boleh menilai dan meletakkan sendiri dimana kemampuan Syamsul. Terutamanya, selepas kutipan besar filem KL Gangster sebanyak 12juta yang telah mencetuskan fenomena di dalam industri seni tanah air, semakin membuatkan kita tidak sabar untuk menunggu garapan karya seterusnya dari bakat muda ini. Syabas Syamsul !

    Filem Filem Arahan Syamsul dan Kutipannya:

    1. Evolusi KL Drift (2 juta)
    2. Bohsia (4 juta)
    3. KL Drift 2 (6 juta)
    4. Khurafat (8 juta)
    5. KL Gangster (12 juta)

SHAHEIZY SAM - berhenti ketika lampu isyarat merah untuk bersama peminat




    Shaheizy Sam, satu nama besar yang tidak perlu diperkenalkan lagi di arena seni masa kini, merupakan seorang yang amat mudah untuk didekati. Sangkaan negatif yang acapkali tertusuk ke cuping telinga kita dimana ada yang mendakwa; "Selebriti yang banyak meraih anugerah mahupun meriah dengan tawaran berlakon, akan mula besar kepala". 

Sangkaan tidak berasas itu perlu ditepis kuat apabila masih ada pelopor seni muda seperti Shaheizy ini yang sanggup memberhentikan kereta ketika sedang memandu ke satu acara di Johor Bahru baru baru ini semata mata untuk memenuhi hasrat para peminatnya yang menahan keretanya untuk bergambar bersama ketika lampu isyarat merah. Shaheizy lansung tidak menunjukkan rasa tidak selesa malah beramah mesra dengan peminat peminat kesayangannya tanpa ada sebarang keluhan.

    Kami di PETI SURAT, amat 'salute' dengan tingkah laku Shaheizy yang sentiasa bersikap merendah diri tidak kira dimana sahaja walaupun beliau kini sudah berada ditahap yang amat boleh dibanggakan

Sunday, 20 November 2011

JOHAN JADI MR.MAMA


Berperanan sebagai seorang ayah yang tidak bekerja malah lebih terikat sebagai Mr mama yang banyak menghabiskan masa di dapur dalam ceria ELLY & EPIT di ASTRO CERIA,Johan menyatakan bahawa watak yang di bawanya banyak mengajarnya tentang displin.

tambahnya lagi,ternyata pelakon kanak-kanak mat komited dan bergantung penuh terhadap skrip yang di berikan."yang pasti,saya tidak boleh mengikut rentak sendiri dengan berlawak sesuka hati.mereka akan terpinga-pinga selagi saya tidak menyebut ayat serta dialog yang tertulis di skrip ujar nya ketawa.

akhirnya lagi, beliau seronok dapat berlakon dalam siri ELLY & EPIT dan berharap agar para penonton akan terhibur.

bercakap tentang masa depan,Johan turut merancang untuk memiliki produksi sendiri."selain daripada menerbitkan drama yang akan memaparkan tentang kisah benar kehidupan saya, berkemungkinan besar saya juga akan menerbitkan siri jelajah dan dokumentari" insyallah......

ASTRO CERIA HANGAT DENGAN "ELLY & EPIT"



   


 Saluran kanak-kanak No 1 negara iaitu ASTRO CERIA sekali lagi menerbitkan satu lagi program baru iaitu sebuah drama bersiri yang berjudul ELLY & EPIT yang bakal bersiaran pada setiap pagi AHAD jam 11 pagi bermula pada 20/11/11 ini menerusi ASTRO CERIA di saluran 611.

drama bersiri 13 episod arahan manesh negarathan yang berlatarkan lagu nyayian AKIM & ADIRA ini membariskan ramai pelakon antaranya JOHAN RAJA LAWAK,MOHD SHAFIEQ SHAZWAN,FARHANA QISMINA.ABDUL HADI ,WAN FAIQAH 'AINAA' dan ramai lagi.

menurut pengurus saluran ASTRO CERIA,PN EVON KOH,Astro akan membekalkan program berkualiti dan menghiburkan di samping dapat memberi pengajaran dalam bentuk yang lebih santai.

ELLY & EPIT mempunyai mesej tersendiri yang memaparkan tentang realiti kehidupan seharian yang pastinya khusus untuk penonton

KL GANGSTER & HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA TERBAIK DI FFM 24

Taniah di ucapkan kepada pemenang - pemenang anugerah festival filem malaysia ke 24 yang berlangsung penuh gilang gemilang di putrajaya convection centre.gandingan pengacara antara johan raja lawak & fauziah ahmad daud meriahkan lagi festival filem tersebut dengan jenaka yang menghiburkan....

berikut antara senarai pemenang anugerah festival filem malaysia ke 24 :


1. Anugerah Box Office – KL Gangster
2. Anugerah Khas Juri Yang Pertama – Sidik Hussien
3. Anugerah Khas Juri Yang Kedua – Filem Libas
4. Anugerah Khas Juri Yang Ketiga – Allahyarham Zami Ismail
5. Anugerah Skor Muzik Asal Terbaik – Edry Abdul Halim (Hikayat Merong Mahawangsa)
6. Anugerah Pereka Kostum Terbaik – Hikayat Merong Mahawangsa
7. Anugerah Penyunting Terbaik – KL Gangster (Syamsul Yusof & Hisham Jupri)
8. Anugerah Penataan Bunyi Terbaik – KL Gangster (Hisham Jupri & Rizal Ashreff)
9. Anugerah Cerita Asal Terbaik – Filem Libas
10. Anugerah Lakon Layar Terbaik – KL Gangster
11. Anugerah Sinematografi Terbaik – Hikayat Merong Mahawangsa
12. Anugerah Penataan Seni Terbaik – Hikayat Merong Mahawangsa
13. Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Faezah Elai (Filem Cun)
14.  Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Shofi Jikan (Filem KL Gangster)
15. Anugerah Pencapaian Gemilang – Michelle Yeoh
16. Anugerah Pelakon Wanita Terbaik – Eja (Filem Janin)
17. Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik – Shaheizy Sam (Filem Kongsi)
18. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat  – Tan Sri Jins Shamsuddin
19. Anugerah Pengarah Terbaik – Syamsul Yusof (KL Gangster)
20. Anugerah Filem Terbaik – Hikayat Merong Mahawangsa



NASI GORENG CINA BUATAN MICHELLE & DEQWAN

SELAMAT PENGANTIN BARU buat michelle wee @ nama islam beliau dalili michelle wee dan deqwan @ nama sebenar nya tengku naharuddin.wartawan melodi ini telah memeluk islam pada tanggal 27/07/11.majlis resepsi  mereka di siarkan secara langsung di rancangan melodi TV3,menerima hantaran sebanyak RM8,888.00....semoga berbahagia dan berkekalan ke anak cucu hendak nya....

Friday, 18 November 2011

TAYANGAN EKSKLUSIF MUZIK VIDEO HUJAN "KOTAK HATI"


Muzik video single terbaru kumpulan Hujan "kotak hati" akan ditayangkan secara ekslusif di stesen televisyen tempatan di TV9 pada 25 November ini.

 di umumkan di majlis A special Collaboration with TV9 presenting HUJAN.Kumpulan hujn di anggotai oleh NOH,DIMAS dan IZZAT merupakan kumpulan indie pertama malaysia mendapat tayangan premier di stesen televisyen tempatan.peminat boleh  menyaksikan tayangan premier "kotak hati" di program "HIP TV" pada 24/11/11 dan juga "GALAKSI" pada 25/11/11

TANIAH KUMPULAN HUJAN !!!

indie band : Foster The People Live in Kuala Lumpur


Kumpulan pop indie yang kian meningkat dan dikenali ramai, FOSTER THE PEOPLE bakal berada di Malaysia untuk persembahan buat pertama kalinya di Malaysia pada 13 Januari 2012, jam 8 malam bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

 Berasal dari Los Angeles, Amerika Syarikat, Foster The People yang dianggotai oleh Mark Foster, Mark Pontius dan Cubbie Fink mula dikenali selepas single pertama mereka berjudul "Pumped Up Kicks" dimainkan di radio dan menduduki tempat teratas dalam pelbagai carta muzik.

 Mempertaruhkan album debut "Torches" yang telah pun berada di pasaran Mei lalu, Foster The People Live In Malaysia telah dibawakan oleh PR Worldwide dan tiket sudah mula dijual dengan harga RM98, RM138 dan RM188 di cawangan Rock Corner dan Victoria Music serta laman web www.ticketpro.com.my. Peminat juga boleh mendapatkan potongan diskaun 10% jika mereka membeli tiket pada bermula 15 November – 5 Disember 2011.

Zarina Anjoulie: Saya yang menanggung dosa




Zarina Ann Julie yang sudah menukar nama beliau kepada "Zarina Anjoulie Lovacah mengakui bahawa gambar yang di ambil di FHM indonesia edisi oktober adalah pilihan nya sendiri.walaupun sedar ianya akan mengundang kemarahan dan kebencian orang ramai terhadap diri nya.

Zarina memberitahu beliau telah menerima tawaran dari pihak FHM indonesia untuk sesi photografi sebanyak 2 kali..tapi pada awal nya saya menolak kerana mereka mahu saya berbikini dan pada kali kedua saya bersetuju di sebabkan pakaian yang di berikan agak tetutup.walaupun saya tahu ramai yang akan mengutuk dan membenci saya.

"saya tak peduli apa yang orang kan katakan kepada saya,bagi saya,saya berpegang kepada prinsip jadi diri sendiri dan jika mahu mengutuk apa yang saya boleh buat.

"jika orang ramai mahu bercakap buruk terhadap diri saya,ianya terpulang kepada mereka kerana saya sendiri yang menangung dosa saya"kata zarina ketika di temubual.

Zarina bakal membintangi sebuah filem aksi bertajuk "khon malay" bersama hero malaya iaitu faizal hussien.

Fantasi afdlin shauki dalam "MISTERI JALAN LAMA"


kecendurangan meminati filem - filem fantasi mendorong pengarah filem terbaik FFM ke 22 menghasilkan filem berbentuk fantasi dalam versi ke timuran yang bertajuk "MISTERI JALAN LAMA".filem ini melihatkan kelainan  dari filem -filem arahan beliau yang lebih kepada berbentuk komedi.

menurut afdlin ini adalah filem serius pertama arahan beliau pada masa yang sama afdlin turut menyelitkan elemen-elemen komedi dalam filem "MISTERI JALAN LAMA" ini.

afdlin menyatakan dalam filem ini saya masih mengetengahkan certia mengenai hubungan adik beradik,kalau saya buang semua elemen ini.ianya akan menjadi sebuah drama kekeluargaan yang biasa.untuk menjadikan nya menarik saya mewarnakan nya dengan elemen hantu & misteri , "kata afdlin di akhir perbualan.


Sebuah kisah yang menakjubkan tentang dua dunia berbeza, namun berlandaskan kasih sayang.  Dua beradik, Indra dan Ilya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian ayah mereka, Iskandar.  Indra adalah anak kandung Iskandar yang menjadi pelumba kereta profesional, tetapi kuat berjudi dan seringkali meminjam daripada ah long.  Hidupnya kini diburu gangster.  Manakala Ilya pula adalah anak angkat Iskandar yang diberikan oleh ‘seseorang’ ketika Iskandar melalui sebatang jalan lama 25 tahun dahulu.  Ilya seorang anak yang baik, yang banyak membantu Iskandar membina kerjayanya. Iskandar juga sangat sayangkan Ilya.  Ini jugalah yang menjadi punca ketidakpuasan hati Indra, lalu membawa diri jauh daripada keluarga.   

Pada hari kematian Iskandar, buat pertama kalinya selepas 15 tahun, Indra ke pejabat ayahnya untuk mengambil surat wasiat yang ditinggalkan untuknya.  Indra diminta menghantar Ilya ke sebuah tempat. Ketika di lebuhraya, Indra dikejar oleh gangster.  Lalu Indra mengambil keputusan menggunakan jalan lama.

Ketika melalui jalan lama, tidak semena-mena mereka memasuki ‘dunia lain’.  Pelbagai peristiwa pelik dialami mereka sepanjang berada di dunia tersebut.   Daripada diganggu oleh makhluk mengerikan hinggalah kepada sesuatu yang mengasyikkan.  Apakah akan terjadi kepada mereka berdua ? siapakah sebenarnya sebenarnya mereka ? apakah yang terdapat di jalan lama tersebut ? nantikan filem Fantasi Drama pertama arahan Afdlin Shauki ini bakal menemui penonton pada 24 November 2011.

pelakon : Hans isaac,que haidar,vanida imran,nasir bilal khan,marion counter,gambit


  l

Thursday, 17 November 2011

PENCURI DI MAHARAJA LAWAK MEGA

adlin aman ramli salah satu peserta maharaja lawak mega kehilangan laptop semasa membuat persembahan di pentas maharaja lawak mega...2 laptop jenama mac berjaya di curi oleh pencuri mega di dalam bilik persalinan adlin...kesian kat adlin dah lah tengah susah payah suruh orang gelak..lepas tu laptop kene rembat plak...

Wednesday, 16 November 2011

RUTH SAHANAYA KEMBALI LAGI


Nama RUTH SAHANAYA bukanlah satu nama baru buat peminat seni di malaysia.dikenali menerusi lagu 'kaulah segalanya" yang telah di rakamkan pada tahun1992,Ruth ternyata tetap malar segar kerana ia tetap menjadi pujaan ribuan peminatnya termasuklah generasi baru.

Pernah meraih beberapa anugerah bertaraf dunia,artis yang diklasifikasikn DIVA di indonesia ini pernah membuat persembahan di MIDNIGHT SUN SONG FESTIVAL di finland pada tahun 2002.

Kini Ruth kembali lagi ke malaysia untuk konsert solonya "25 TAHUN KONSERT RUTH SAHANAYA yang di jadualkan pada 17 disember di plenary hall kuala lumpur convention centre.

Menyanyikan lebih 30 buah lagu hit termasuk medley,konsert ini turut mengundang DATUK KHADIJAH IBRAHIM yang bakal menyanyikan 4 buah lagu

Konsert bersejarah ini  di anjurkan oleh A'caralis kuala lumpur sdn bhd dengn kerjasama anak darul aman malaysia di mana hasil kutipan konsert nanti akan di salurkan kepada beberapa badan tertentu antaranya termasuk yayasan sultanah bhiyah & yayasan anak yatim sultanah hamimah.
    
Menariknya konsert ini akan menampilkan para pemuzik Ruth sendiri yang dibawa khas dari jakarta.

kolobarasi AMY-HAZAMA dalam SIMETRI





kelahiran single terbaru "dua era" berbeza nurkilan komposer Audi mok serta lirik oleh zol firdhaus hadauan yng berjudul SIMETRI berjaya menggabungkan 1 kolobrasi hebat di antara HAZAMA juara akademi fantasia 9 bersama bekas pengetuanya AMY SEARCH.

menurut HAZAMA,beliau begitu teruja sekali dengan penghasilan album ini kerana berpeluang untuk bergabung tenaga dalam projek kahas ini memandangkan AMY SEARCH merupakan idolanya sejak kecil lagi."apapun,terima kasih kepada pihak ASTRO memberikan peluang kepada saya untuk merealisasikan impian terpendam di jiwa saya.malah sehingga hari ini pun ,saya (hazama) masih segan dengan abg amy search yang banyak memberi tunjuk ajar.

manakala AMY pula berkata,potensi serta semangat yang ada pada hazama seolah olah mengembalikan nostalgia pembabitan awalnya di bidang nyayian,berganding dengan bakat baru ini sesuatu yang begitu "excited" buat saya.maklumlah dah lama tak buat muzik video.

bagi amy mahupun hazama,keduanya tetap mengharapkan agar para peminat dapat terus menyokong lagu SIMETRI ini sebagai satu usaha yang mampu mencipta fenomena dalam industri muzik malaysia 

Friday, 11 November 2011

pengacara melodi berkahwin 11/11/11

                                              
bukan zizan la......DIRA ABU ZAHAR baru sahaja selesai akad nikah bertarikh 11/11/11...taniah dan selamat pengantin baru di ucapkan kepada dira...semoga berkekalan sampai ke akhir hayat....layannnnnnn

Tuesday, 8 November 2011

konsert of the year 2011....terbaik dari search...

penghargaan kumpulan search untuk peminat peminat rock tanah air...bakal berlangsung di 3 lokasi :

  • pulau pinang 19 November
  • Johor bahru 03 Disember
  • Petaling jaya 17 Disember
artis jemputan antara nya :bittersweet,sofea,koffin kanser,projek pistol,pesawat & jemputan khas m.nasir (kl)...jom rasai gegaran nya.....lets rock!!!