Friday 30 March 2012

Pasangan dalam filem yang menjadi ingatan.....

TAN SRI P,RAMLEE & SALOMA
Pasangan legenda yang merupakan ikon kepada industri seni tanah air,TAN SRI P.RAMLE & SALOMA cukup terkenal dan tidak mungkin sekali dilupakan oleh masyarakat di malaysia.Jiwa seni yang berada dalam jiwa mereka terjalin hubungan cinta yang romantik dan membawa kepada ikatan perkahwinan.Banyak lagu duet yang di hasilkan bersama yang sekarang masih di dengari oleh masyarakat sekarang.P.RAMLEE meninggal dunia pada 29 mei 1973 dan tidak lama kemudian SALOMA meninggal dunia.

JAMAL ABDILLAH & FAUZIAH AHMAD DAUD (OGY)
Filem AZURA pada tahun 1984 mengandingkan JAMAL & OGY sebagai watak utama dalam filem itu mendapat sambutan yang memberangsangkan.Lakonan yang mantap antara JAMAL & OGY telah menyentuh hati para penonton pada waktu itu.Sehinggakan ramai peminat menyangka mereka berdua akan menjadi suami isteri namun jodoh tidak memihak pasangan ini.Lagu duet mereka tidak jemu di dengar malah sering di nyayikan di pusat-pusat karoake.Filem AZURA telah menjalankan pembikinan semula pada tahun 2012 dengan gandingan SHAHRIZAL & NEELOFA namun tidak mendapat sambutan dan penonton lebih mengemari lakonan pelakon asal.


AWIE & ERRA FAZIRA 
Siapa yang tidak lupa kepada pasangan sensasi AWIE & ERRA dalam filem romantik SEMBILU pada tahun 90 an.Filem yang mendapat kutipan pecah panggung ini telah serta merta menaikkan nama ERRA FAZIRA di dalam industri perfileman tanah air.Hubungan percintaan yang memang sudah terjalin di luar filem menjadi sering menjadi perhatian dan menjadi perbualan hangat.Ramai yang menantikan perkahwinan mereka namun jodoh tidak kesampaian,hubungan percintaan mereka putus di tengah jalan.Namun pasangan ini menjadi ingatan kepada pengemar filem cinta.

FARID KAMIL & LISA SURIHANI
Pertama kali di gandingkan dalam filem IM NOT SINGLE,LISA & FARID telah mewujudkan keserasian di antara mereka berdua dan seterusnya sering di gandingkan dalam kebanyakkan filem.Namu filem LAGENDA BUDAK SETAN telah memberi impak kepada mereka apabila penonton sangat menyukai lakonan mereka.Ramai yang menyangkakan mereka berdua bercinta,tapi ternyata ianya tidak apabila LISA berkahwin dengan pilihan hatinya iaitu YUSRI KRU.Di maklumkan filem LAGENDA BUDAK SETAN 2 akan berada di pawangam tidak lama lagi.

SHAHIEZY SAM & YANA SAMSUDDIN
SAM & YANA mungkin anda tidak dapat lupakan.pasangan yang selalu di gandingkan dalam filem keluaran METROWEALTH ini menjadi tanda tanya kepada peminat-peminat mereka sama ada mereka bercinta atau tidak.kemesraan dan keserasian mereka menjadi topik hangat,mungkin di sebabkan kedua-duanya masih single dan baru ini mereka berduet menyanyikan lagu tema sebuah filem yang akan datang.Pasangan ini di gandingkan dalam pelbagai genre filem yang terbaru filem aksi 8JAM yang akan menemui penonton tidak lama lagi.Bagi SAM & YANA ramai diluar sana menyokong sekiranya anda berdua bercinta ;-)

REMY ISHAK & TIZ ZAQIYAH
Filem NUR KASIH membawa kepada terjalinnya hubungan cinta antara REMY ISHAK & TIZ ZAQIYAH,,menafikan hubungan mereka pada awalnya dengan menyatakan tiada apa-apa istemewa di antara mereka di luar filem dan akhirnya terbukti mereka memang bercinta.Lakonan mereka di dalam NUR KASIH betul-betul menyentuh jiwa dan perasaan para penonton sehingga ramai makcik-makcik di luar sana sangat mengkagumi si REMY ni.Ramai peminat REMY menyatakan mereka berdua memang sepadan dan di harapkan percintaan mereka kekal selamanya

Lagu BAWAKU PERGI nyanyian ZIZAN & KAKA di haramkan


Lagu ciptaan malique ini telah di haramkan siaran di tanah air oleh pihak kerajaan malaysia atas sebab menyentuh beberapa pekara sensitiviti yang dikaitkan dengan politik.ZIZAN memaklumkan bahawa surat sudah di terima daripada pihak kerajaan untuk menghentikan penyiaran dengan segera.

Keputusan yang di buat tanpa membuat sebarang pembicaraan dan tidak memberi peluang kepada tertuduh untuk membela diri,rasanya ianya tidak adil dan MALIQUE merasakan dirinya berserta ZIZAN & KAKA telah di tindas

Sebelum ini MALIQUE mencipta lagu  PERGI JAUH yang di buat untuk isterinya yang bercita-cita untuk pergi bercuti di pantai bali manakala lagu BAWAKU PERGI merupakan sambungan kepada lagu sebelumnya yang berkisar seorang isteri yang berangan-angan mahu mengajak suaminya pergi bercuti ke TIBET untuk berbulan madu.

Dari situ datang nya ayat "puncak dunia kita duga" yang memberi maksud himalaya,dalam asas geografi himalaya merupakan puncak dunia.Ayat YETI yang ada di dalam lirik lagu juga datang dari sana,yang merupakan seekor haiwan mitos yang tinggal di tanah tinggi tersebut.

MALIQUE yang suka mengembara menyatakan "sempadan dunia saya tidak berakhir di siam dan saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakanya kepada sesiapa sahaja",ujar beliau lagi "saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika ada pihak kurang matang yang mendengar lagu saya dan bertindak bodoh ,itu bukan hal saya"

MALIQUE dengan perasaan kecewa menyatakan lagi "Jika lagu ini diharamkan, tanpa disoal, tanpa dibicara, saya menuntut keadilan dari KERAJAAN MALAYSIA yang telah menghukum rakyatnya dan menidakkan hak dan kebebasan saya untuk bersuara.

Rasa nya pekara sebegini tidak patut berlaku kerana ianya sebenar nya jelas menunjukkan negara kita merupakan sebuah negara yang bebas untuk bersuara dan bagi pihak yang bertanggungjawab seharuslah membuat perbincangan dengan kedua belah pihak serta mengkaji terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan di buat.sekiranya pekara sebegini berlaku menjejaskan industri seni tanah air yang boleh di anggap jauh ketinggalan dari negara jiran dan kita tidak sepatutnya takut kepada bayang-bayang kita sendiri.

# sedikit info lagu BAWAKU PERGI pada asalnya adalah lagu ELLA feat MALIQUE tetapi ditukar kepada KAKA feat ZIZAN atas permintaan ZIZAN sendiri.

Thursday 29 March 2012

TAHNIAH kepada pemenang kuiz filem LOVE

TAHNIAH diucapkan kepada ASHRAF & MIEZA kerana berjaya memenangi 2 pass menonton filem LOVE di TGV CINEMA. Jutaan terima kasih kami ucapkan diatas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan.

#kepada MEMBERS PETISURAT yang lain, stay tuned with us..Mungkin selepas ini anda pula yang bertuah bakal terpilih untuk menerima hadiah - hadiah misteri dari kami.....Kepada yang belum menjadi members, sila-sila lah join kami dengan memasuki email di ruangan JOINS PETISURAT :)



TRIO utama filem hollywood yang tiada ganti

            Daniel Radcliffe, Emma Watson, dan Rupert Grint - HARRY POTTER
Filem fantasi yang di adaptasi dari novel ini.berjaya mengandingkan mereka bertiga dalam filem HARRY POTTER.TRIO ini di gandingkan dari episod 1 sampai lah sekarang.Boleh dikatakn dari mereka kanak-kanak sampai lah dewasa,mereka bersama dalam filem ini.

Kristen Stewart, Robert Pattinson, dan Taylor Lautner - TWILIGHT SAGA
Kisah percintaan remaja dalam filem TWILIGHT menjadikan trio ini begitu popular di serata dunia.Gandingan     ini mencetus fenomena kepada remaja di seluruh dunia dan seterusnya menaikan nama mereka dalam industri perfileman di hollywood.Robert pattinson di khabar menjalinkan hubungan dengan Taylor Lautner di luar filem.

Jennifer Lawrence, Liam Hemsworth, dan Josh Hutcherson - THE HUNGER GAMES
Trio yang baru di gandingkan dalam filem THE HUNGER GAMES ini yang mengisahkan sebuah negara pada zaman moden yang masyarakat nya terlalu obses meyaksikan rancangan realiti.Dalam trio ini watak Josh hutcherson tidak begitu menyerlah,mungkin ianya baru episod yang pertama dan pengarah mahu membuat episod yang seterusnya kerana siapa yang menonton filem ini akan tertanya-tanya apa terjadi kepada watak lakonan Josh Hutcherson.

Logan Lerman, Brandon T. Jackson, Alexandra Daddario 
PERCY JACKSON & THE OLYMPIANS: THE LIGHTNING THIEF
Sebuah filem bercorak fantasi metologi yunani ini mengandingankan trio muda dan ada yang mengatakan filem ini menjadi pengganti kepada filem harry potter.Filem ini boleh dikatakan di anggap berjaya tapi tidak mampu lagi menjadi persaing kepada Harry potter.Namun terdapat info bahawa filem ini akan di buat sekuel nya yang bertajuk  PERCY JACKSON: THE SEA OF MONSTER, sama-sama kita nantikan gandingan trio ini,adakah watak mereka akan di perkembangankan lagi?

Keanu Reeves, Carrie Anne Moss, dan Laurence Fishburne - THE MATRIX TRILOGY
Filem aksi ini telah berjaya mendapat kutipan yang lumayan di seluruh dunia.Meletakan trio yang mantap iaitu KENAU REEVES,CARRIE ANNE & LAURENCE FISHBURNE ternyata menjadi dengan adegan aksi yang begitu menarik di tunjukan trio ini.Aksi yang tunjukan menjadi ikutan kepada pengeluar filem aksi yang lain.

Harry Moses Horwitz Samuel Horwitz, dan Louis Feinberg - THE THREE STOOGES
Dalam genre komedi slapstick watak THREE STOOGES ini tidak boleh kita lupakan,trio ini boleh dikatakan revolusi kepada genre komedi kerana ramai pelawak meniru gaya mereka dalam filem-filem komedi pada masa kini seperti pelakon JIMMY CAREY.ekspresi dan mimik muka yang di lakonkan membuatkan kita sukar untuk melupakan trio pelawak ini.

Drew Barrymore, Cameron Diaz, dan Lucy Liu - CHARLIE'S ANGELS
Cantik,seksi,ganas itu yang boleh di gambarkan kepada trio gadis ini dalam filem CHARLIES ANGELS.Filem pada tahun 80 ini telah di buat semula dengan menampilkan gandingan tiga gadis jelita ini di layar perak membuat penonton mahukan penampilan mereka lagi dengan adegan aksi yang lebih menarik.


Beyoncé Knowles, Jennifer Hudson, Anika Noni Rose - DREAMGIRLS
Diva pop america ini beraksi dalam filem DREAMGIRLS bersama dengan jennifer hudson & anika noni rose tidak kurang hebat nya.Filem arahan bill condon ini tidak dapat menyerlahkan keberkesanan kepada trio ini dan hanya dapat dirasai oleh HUDSON yang telah memenangi anugerah oscar bagi pelakon pembantu terbaik.

Mark Hamill, Harrison Ford, dan Carrie Fisher - STAR WARS
Trio yang di cukup di kenali di seluruh dunia iaitu gandingan MARK HAMILL,HARISSON FORD & CARRIE FISHER dalam filem STAR WARS memang di takdirkan untuk bersama.Chemistry yang ditunjukan ternyata begitu berkesan sekali dalam menjayakan filem STAR WARS ini.sekiranya pihak LUCAS FILM ingin membuat STAR WARS yang baru pada masa akan datang,ianya tidak akan dapat menandingi trio ini.Mereka bertiga berjaya membawa penonton merasaka pertembungan di alam galaksi.

Bill Murray, Dan Aykroyd, dan Harold Ramis - GHOSTBUSTERS
Kita semua harus berterima kasih kepada trio ini kerana berjaya memberikan unsur komedi kepada filem sains fiksyen ini.Filem hantu yang berunsur kan sain fiksyen ini cukup terkenal di seluruh dunia dan mempunyai perngaruh nya tersendiri kepada kanak-kanak serta para remaja yang ingin menjadi seperti mereka menangkap hantu.Rasa nya trio ini telah membuatkan kita tidak takut kepada hantu.


JUSTIN BIEBER terima padah hanya kerana bergurau


Penyanyi remaja terkenal, Justin Bieber bakal berdepan tindakan undang-undang gara-gara gurauan telefon yang telah dibuat melalui laman twitternya minggu lalu mengundang amarah dua orang awam yang dikatakan mempunyai nombor telefon yang hampir sama dengan apa yang dikatakan Bieber.

Menurut laporan TheSun.co.uk, Bieber dikatakan telah mengiklankan nombor telefonnya di laman Twitter dengan dua nombor terakhir tidak diletakkan. Penyanyi remaja berusia 18 tahun itu kemudiannya meminta peminat di twitter yang berjumlah 19 juta untuk menelefonnya sekarang.

Ketika berjuta-juta peminat Bieber cuba untuk meneka dua nombor terakhir dan menelefon, dua orang dari Texas, seorang wanita bernama Dilcie yang berumur 81 tahun dan lelaki bernama Kent mendakwa mereka telah dihujani ratusan panggilan dalam masa sehari daripada remaja perempuan.

Walaupun Twitter itu telah dipadam dengan cepat, namun kedua-dua pengadu itu berkata ia membantu langsung kerana mereka tetap menerima panggilan.

Peguam yang mewakili kedua pengadu itu memberitahu bahawa kesabaran kedua-dua anak guamnya kini semakin menipis selepas mereka menerima 1,000 panggilan telefon dan mereka menuntut pampasan diberikan kepada mereka disebabkan gurauan tersebut.

Pengadu turut mencadangkan agar pelantun yang terkenal dengan lagu "Baby" agar memohon maaf kepada mereka dan memberi tiket konsert, wang tunai dan juga tawaran untuk projek internet produk Kent's.
Bieber yang sememangnya terkenal dengan sikap suka bergurau, pernah muncul dalam rancangan " Punk'd " dan telah menyakinkan Taylor Swift bahawa dia secara tidak sengaja meletupkan sebuah bot yang digunakan untuk majlis perkahwinan.

LIYANA JASMAY nikah selepas tamat kursus pengarahan


Pelakon yang pernah dinobatkan sebagai pelakon wanita terbaik pada Festival Filem Malaysia 22 Liyana Jasmay, sah bertunang dengan seorang ahli perniagaan muda, Fathuddin yang berusia 28 tahun.

Majlis pertunangan gilang-gemilang itu berlangsung di kediaman milik keluarga Liyana Jasmay di Kemensah Height, Hulu Kelang, malam Rabu semalam.

Ketika majlis pertunangan tersebut berlangsung, kedua-dua pihak telah bersetuju memilih tarikh pernikahan iaitu pada 24 Januari tahun hadapan selepas Liyana menamatkan kursus jangka pendeknya dalam bidang pengarahan di New York, Amerika Syarikat.

Liyana yang tampil anggun pada malam tersebut dengan memakai baju rekaan Rizman Ruzaini yang bernilai hampir RM 10,000 memberitahu bahawa majlis ini adalah tanda dia sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri meskipun baru berusia 24 tahun.

"Walaupun orang cakap usia saya ini masih boleh berseronok dan tidak perlu memikirkan soal kahwin tapi pada saya, fikiran saya jauh lebih matang dari umur merasakan sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri."

Pihak lelaki menghantar sebanyak 5 dulang hantaran yang kemudianya dibalas oleh pihak perempuan dengan 7 dulang.

Ujar LJ lagi, detik pertemuan mereka adalah apabila mereka diperkenalkan oleh rakan baiknya sebelum malam tahun baru. Perkenalan itu berterusan apabila Fathuddin mula memberikan pesanan ringkas berbunyi "Hi Jiran". LJ tersenyum apabila menerima pesanan tersebut, bermula dari situlah detik perkenalan mereka. Setelah bertemu untuk kali yang kelima, perasaan terhadap Fathuddin bertukar menjadi sayang.

"Saya merasakan kami mempunyai keserasian yang jitu. Dia juga walaupun nampak serius dan matang, masih ada sifat kelakar dalam dirinya. Selain daripada sifatnya yang ikhlas berkawan dengan saya, dia amat menyanyangi keluarga saya dan perkara itu membuatkan saya tersentuh dan merasakan dialah calon paling sesuai."

Liyana Jasmay bakal meriliskan lagu terbarunya pada 30 Mac ini yang berjudul "Cinta Bersatu" dimana lagu tersebut ditujukan khas untuk tunanganya Fathuddin atau nama sebenar, Fathuddin Mazlan.

USOP ingin berhenti daripada jadi deejay radio

Pelakon Shy8 atau lebih dikenali sebagai Usop Wilcha mungkin akan meninggalkan stesen radio Hot FM walaupun kontraknya masih lagi berbaki selama setahun.

Dipetik daripada sebuah laman hiburan, pemilik nama sebenar Syed Mohd Asri mengakui sudah merasa tekanan menjadi seorang penyampai radio kerana ia memerlukan komitmen yang tinggi.
Ujarnya, banyak tawaran lakonn yang terpaksa ditolak kerana terikat dengan jadual radio yang telah ditetapkan.

"Menjadi seorang penyampai radio bukanlah satu tugasan yang mudah. Orang mungkin nampak seperti ianya senang tetapi hakikatnya ia memerlukan komitmen tinggi dan kepetahan bercakap.
"Apabila menjadi penyampai radio, banyak tawaran lakonan saya terpaksa tolak kerana jadual yang bertindih. Namun ada juga yang saya terima namun terpaksalah saya mengambil cuti selama 25 hari," jelasnya.
Tambahnya lagi, cuti selama 25 hari itu diambil untuk menjalani penggambaran filem arahan Mamat Khalid, "Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh" yang dilakukan di Perak.

Sementara itu, Shy8 turut menafikan bahawa dia berasa terpinggir dengan penyampai radio yang lain.
"Kenapa saya perlu rasa sedemikian sedangkan mereka sudah lama berada dalam industri ini dan mempunyai pengikut tersendiri. Kehadiran saya hanyalah sebagai penamba rasa dalam menceriakan pagi di Hot FM.

"Tambahan pula penyampai radio seperti Fara, AG dan Faizal Ismail sememangnya berbakat dan petah berbicara. Pihak pengurusan sudah menetapkan skrip masing-masing dan saya hanya mengikut sahaja. Ada yang saya tambah tetapi tidak banyak kerana gusar ada yang tidak menggemarinya," katanya lagi.
Shy8 menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan pihak pengurusan stesen radio tersebut dan sekiranya perkara tersebut berlaku, ia merupakan keputusannya sendiri.

Wednesday 28 March 2012

Pelakon yang anda tidak sangka berasal daripada British

Andrew Garfield
Anda mungkin pernah melihat Garfield dalam filem "The Social Network" dan bakal menonton lakonannya dalam "The Amazing Spiderman". Namun ramai yang terkejut apabila bintang ini memiliki loghat British yang pekat. Sekalipun dilahirkan di Los Angeles, Garfield telah dibesarkan di Surrey, England dan memiliki dua kewarganegaraan.

Hugh Laurie
Ya, dia doktor yang bengis dan sarkastik dalam siri televisyen "House". Namun ramai yang terkejut apabila Laurie bercakap dalam loghat British ketika menyampaikan satu anugerah. Tiada siapa menyangka Laurie merupakan kelahiran Oxford, England, bekas graduan Eton dan Cambridge, mempunyai sitkom sendiri bersama Stephen Fry dan turut membintangi sitkom terkenal "Blackadder" bersama Fry dan Rowan Atkinson.

Christian Bale
Pelakon yang terkenal dengan sifat panas baran ini banyak melakonkan watak yang memerlukan dia bercakap dalam slanga Amerika yang pekat. Malah pelakon "American Psycho" dan "The Dark Knight" ini pernah dicalonkan untuk Oscar melalui filem "The Fighter". Namun Bale sebenarnya dilahirkan di Wales.

Jonny Lee Miller
Anda mungkin mengingatinya sebagai si peguam yang mengalami halusinasi akibat aneurism dalam siri televisyen "Eli Stone". Mungkin juga anda mengingati Miller sebagai suami pertama aktres Angelina Jolie. Namun begitu, ramai yang terkejut apabila lelaki ini membuka mulutnya dan bercakap dalam slanga British. Ini kerana Miller dilahirkan di Kingston upon Thames, Surrey, England.



Stephen Graham
Ya, dalam "Boardwalk Empire", Graham melakonkan watak gengster terkenal Al Capone. Lengkap dengan slanga Brooklyn-Itali, tiada siapa menyangka Graham sebenarnya berasal dari Liverpool. Mungkin kerana dia terlalu kerap melakonkan watak gengster di kaca televisyen dan juga filem.


Andrew Lincoln
Dia bercakap dalam slanga Selatan, menjadi syerif dan menembak seperti mana-mana lelaki selatan Amerika. Semua itu dilakukan watak Rick Grimes dalam siri televisyen tentang zombie, "The Walking Dead". Namun sebenarnya Lincoln yang melakonkan watak Grimes berasal dari London, England.

Vivien Leigh
Tiada siapa dapat melakukannya seperti Vivien Leigh. Si jelita ini melakonkan watak kesayangan Amerika, si gadis selatan Scarlett O'Hara dalam "Gone With The Wind". O'Hara merupakan simbol kemegahan tradisi selatan Amerika Syarikat dan lambang kebebasan pemikiran kaum wanita sana. Namun demikian, watak tersebut telah dilakonkan oleh seorang pelakon dan bekas isteri Laurence Olivier, Vivien Leigh yang berketurunan Inggeris dan dilahirkan di Darjeeling, India.

HOBI pelik artis hollywood

Rod Stewart – Model keretapi
Anda pasti sangka hobi Rod Stewart ialah mengumpul gitar, album rock atau supermodel. Tapi tidak. Stewart sangat meminati model keretapi. Pelan skala HO 23x124 kaki di kediamannya di Los Angeles diinspirasikan dari New York Central dan stesen keretapi Pennsylvania pada tahun 1940-an. Malah ia dipaparkan dalam majalah Model Railroader pada tahun 2007 dan 2010. Pada tahun 2007, Stewart yakin mengatakan dia lebih suka menjadi model majalah keretapi daripada majalah hiburan. Malah dikatakan keghairahannya ini menjadi antara punca perceraian keduanya.

Kiefer Sutherland – Gitar Gibson
Pelakon siri televisyen "24" ini merupakan pengumpul gitar Gibson. Dia dikatakan memiliki 38 buah gitar Gibson dan disimpan di dalam studionya yang dibina untuk memupuk minat beliau bermain muzik. Cintanya pada gitar bermula selepas dia mendengar lagu-lagu Jimmy Page dan Angus Young. Sekalipun dia suka memetik gitarnya, Kiefer mengatakan dia seorang penggemar dan bukan pemuzik. Namun begitu, pereka gitar Gibson telah mencipta sebuah gitar Gibson khas untuknya dan diberi nama Gibson Kiefer Sutherland KS-336.

Quentin Tarantino – Papan permainan berdasarkan siri TV
Tarantino merupakan seorang ikon budaya pop. Malah ia terlihat dalam hobinya sebagai pengumpul permainan siri TV (board game). Dalam satu temuramah, dia menunjukkan koleksinya yang disusun mengikut genre. Permainan kegemarannya ialah "Dawn Of The Dead" dan "Universe". Tarantino juga memiliki permainan "Plantoon" dan berharap agar dapat bermain permainan itu dengan pengarahnya, Oliver Stone!


Reese Witherspoon – Kain linen antic
Dilahirkan sebagai gadis selatan di New Orleans, Louisiana, hobinya mengumpul kain linen antik ini memang cukup sesuai dengan dirinya. Tambahan lagi, Witherspoon juga amat menggemari sulaman halus. Sungguh kewanitaan!

Brad Pitt – Seni logam
Kekasih hati aktres Angelina Jolie ini suka mengumpul hasil seni daripada logam. Malah Pitt sebenarnya sangat gemar dengan hasil seni dan pernah muncul di sebuah galeri di Basel, Switzerland untuk membeli lukisan bernama "Etappe" oleh Neo Rauch yang bernilai AS$1 juta (RM3.05 juta)!

Nicole Kidman – Syiling Judea
Nicole Kidman memang seorang yang aneh. Selain daripada menghabiskan masa senggangnya bermain Nintendo, pemenang anugerah Oscar ini juga suka mengumpul syiling kuno Judea. Disebabkan jumlah syiling ini yang tidak banyak, ia merupakan satu hobi yang agak sukar untuk dilakukan setiap masa.

Tom Hanks – Mesin taip
Berapakah jumlah mesin taip yang dimiliki Tom Hanks? Dalam 200 buah mesin taip manual! Malah dia memiliki sebuah mesin taip mudah alih model Corona dan sering dibawanya untuk mempromosi filem "Larry Crowne". Malah sepanjang waktu promosi, Tom turut mengambil beberapa gambar dengan modelnya itu. Kata Tom, dia sukakan mesin taip kerana perasaan menaip menggunakan alat itu umpama mengukir perasaan di atas batu. Katanya...

Angelina Jolie – Pisau
Anda pasti sangka kami nak buat lawak tentang hobi Jolie mengumpul anak kan? Tidak. Hobi asal Angelina Jolie ialah mengumpul pisau. Ibunya membelikan Jolie pisaunya yang pertama pada usia 12 tahun dan koleksinya pun bermula. Jolie pernah dikatakan gemar mengelar teman lelakinya ketika sedang mengadakan hubungan seks. Malah Jolie sudah mula memperkenalkan hobinya itu kepada anaknya Maddox.


Claudia Schiffer – Serangga
Model kelahiran Jerman ini memang sangat sukakan serangga. Rumahnya dipenuhi dengan imejan serangga, sesetengahnya dihasilkan daripada bahagian serangga sebenar dan digantung dengan penuh megah di ruang tamunya. Malah koleksi pakaian kait rekaannya pada tahun 2011 diinspirasikan daripada labah-labah.

Johnny Depp – Pengumpul segala macam keanehan
Depp adalah raja bagi segala koleksi benda aneh. Koleksinya dimulakan dengan tulang burung merpati, selain kelawar dan serangga. Malah dia memiliki kedai serangga kegemarannya di Perancis. Dia juga mengumpul barang milik penulis Jack Kerouac, ini termasuk manuskrip penulisan Kerouac, jaket, kot hujan dan juga bagasi penulis tersebut. Depp juga mengumpul lampu-lampu yang aneh dan berseni, juga gambar badut yang dikatakan dilukis oleh pembunuh bersiri John Wayne Gacy. Mungkin Depp patut mula mengumpul watak-watak aneh lakonannya juga.

Selebriti hollywood yang menghiasi majalah PLAYBOY

PETER SELLER -1964
BURT REYNOLDS-1979
STEVE MARTIN-1980
DONALD TRUMP-1980
JERRYSEINFILED-1993
DAN AYKROYD-1993
GENESIMMONS-1999
SETH ROGEN-2009
BRUNO MARS-2012

Tuesday 27 March 2012

SAIFUL APEK positif dadah kanabis !!!


Seorang juruteknologi makmal perubatan memberitahu Mahkamah Majistret di sini semalam, ujian pengesanan dadah menunjukkan pelakon dan pelawak, Saiful Apek, positif dadah kanabis.

Israfel Ismon, 54, dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, berkata bagi mengetahui kandungan dadah itu, pihaknya membuat ujian pengesanan dadah dikenalSelain Saiful Apek, tiga suspek lain iaitu Shah Zainatul Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28; Shaiful Baharom, 24, dan Noremy, 28, didapati positif dadah.
Disoal Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad bila ujian itu dibuat, saksi kelima itu bagaimanapun tidak ingat tarikh dan hanya mengesahkan ia dilakukan Jun 2010.

“Selepas menerima arahan daripada pegawai perubatan, saya mengambil sampel air kencing yang disimpan dalam peti sejuk dan membuat ujian TLC,” katanya.

Israfel berkata, sebaik selesai menjalankan ujian, sampel disimpan kembali dalam peti ais, manakala hasil ujian disahkan pegawai perubatan, Rozita Abdullah.

Israfel memberikan keterangannya pada perbicaraan kes Saiful Apek atau nama sebenarnya, Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 42; dan tiga kru produksi, Shah Zainatull, Shaiful Baharom serta Noremy, yang mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengambil ganja.
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini, jam 11 malam, 12 Jun 2010.

Apek serta tiga rakannya itu didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di depan Majistret Ahmad Solihin Abd Walid bersambung 10 Mei ini.i sebagai TLC iaitu Thin Layer Chromatography.